
#PrayForPalestine#OperasiBadar#GazaUnderAttack#ICC4Israel
#PrayForMH370#PrayForMH17#terroristisrael

ASSALAMUALAIKUM...:)
UPDATE: BAB 17
“Ada apa-apa ke kat muka saya nie..?” Anis Adelia menghentikan suapannya.Menyedari dirinya menjadi perhatian lelaki itu sejak beberapa minit yang lalu,terasa semua yang dilakukannya kekok jadinya.
Dipanahkan seketika pandangannya ke wajah itu sebelum dijatuhkan kewajah Ariq Ehsan mereka.
Sikecil tue?
Amboi dia..! Bukan main berselera lagi dia menjamah nasi lemak kosong yang disuapkan abahnya.
Anak ummi seorang,suap apa pun takkan ditolaknya...lepas makan nie,menyusu pula...
Hatinya berbisik lucu,melayan kerenah sijantung hatinya seorang sudah cukup untuk membuatkan harinya sentiasa diceriakan dengannya.
“Pandang isteri pun salah?” Baru nak jawab?
“Tak salah awak..” Jawab Anis Adelia malas.
“Berdosa?” Tokoknya lagi,masih dengan kelembutan dan hikmahnya.
“Tak juga,cuma saya...tak selesa.Sedap ke nasi lemak saya nie? Dekat setahun tak masak.” Terpaksa Anis Adelia menukar topik perbualan mereka.
“Lama tu sayang,kenapa? Takut rindu abang?” Aniq Ehsan serkap jarang.
Rasanya betul.
“Tak ada maknanya nak rindu,malas nak masak saja.Lagipun saya bukannya minat sangat nak makan.Awak saja yang hantu nasi lemak.” Giliran Anis Adelia pula.
“Masih ingat kesukaan abang?” Soal Aniq Ehsan gembira..bahagia..
Ingatkan nak kenakan dia? Hati kecil Anis Adelia berbisik.
“Kita bukannya bermusuh sampai saya perlu lupakan semua tu.”
Mustahil perkara sekecil itu pun boleh dilupakannya.
Ermm...
“Okey..okey,tak perlu nak berbalah..sedap sayang! Air tangan isteri abang sentiasa sedap.Terima kasih ingat lagi makanan kegemaran abang nie.”
Tak ke senang kalau daripada awal dia terus jawab sahaja soalan yang diajukan tadi,nie tak..bersimpang siur dahulu baru menjawab pertanyaan yang diajukan isterinya.
Anis Adelia sekadar menghampiri suami dan anaknya,ditangannya ada sebakul kecil pakaian mereka anak beranak yang tidak sempat dilipatnya semalam.Bukan Aniq Ehsan tidak menawarkan diri untuk membantu,Anis Adelia sahaja yang menolaknya.
Perlahan-lahan diletakkan dihadapan anak dan suaminya.
Sepasang mata kecil,sedang terarah kepadanya.
Tersenyum Anis Adelia melihatnya..
Ermm..Kejap lagi nie..ada la sepasang tangan kecil tu duk sibuk nak ‘menolong’.
Anis Adelia mengerling manja kearah puteranya yang sudah tersenyum melihat bakul pakaian yang berada didepan matanya.
Mainan ditangan tu pun sanggup dibuang jauh.
Pembantu setia ummi.
“Assalamualaikum...”
Suara orang memberi salam diluar rumah membawa pandangan Anis Adelia kearah pintu rumah yang tertutup rapat.
“Waalaikumussalam..Kak Sue.” Anis Adelia menyambut akan kehadiran wanita itu.
“Ganggu ke?” Suhana agak tenang melihat wajah ceria Anis Adelia.Terzahir segala-galanya.
“Taklah,tengah bersantai anak beranak kak..”
“Masuklah dulu.Ada bersembang kat luar,masuk kak.”
“Tak payah.Dulu bolehlah keluar masuk ikut ‘suka hati’.Nie cik abang dah ada...”
La?? Agak lucu pula jawapan yang diberikan Suhana itu.Mengapa Aniq Ehsan pula menjadi masalahnya?
“Masuklah kak Sue...” Sahutan dari dalam rumah memanjangkan leher Suhana.
“Main dengan anak Niq?” Soalnya tanpa menyambut pelawaan Aniq Ehsan.
“Melayan hero seorang.Masuk kak Sue,bersembang kat dalam.Boleh berborak panjang.”
“Cik abang saya dah bagi green light.Masuklah dulu kak..” Pantas Anis Adelia mempelawa.
“Kak Sue singgah sekejap jer nie...Lama-lama nanti,abang Mie mencari pulak.”
“Nie ha.Kak Sue nak bagi nie saja,lagipun kak Sue nak keluar dengan abang Mie sekejap lagi.Pergi tempat kerja dia sambil bawa anak-anak berjalan.”
“Susah-susah jer berbalas bagai kak?”
“Tadi tu rezeki kak Su sekeluarga,nie rezeki Anis sekeluarga pulak.”
“Cucur udang kuah kacang..”
Memang rezeki Aniq Ehsan hari ini,menu-menu yang berada didepan matanya adalah menu kesukaannya!
“Nampak sikecil tu nanti,makan lagilah jawabnya! Sedapnya kak..Eh? Kucai...?”
“Kucai dalam pasu tulah..”
“Dah boleh makan?” Soal Anis Adelia tidak percaya,seingatnya Suhana baru sahaja menyemai anak benih kucai tersebut sebulan yang lepas??
“Boleh dah Nis,dapatlah cucur sikit,semalam buat masak lemak dengan taugeh..bukan main berselera abang Mie dengan anak-anak makan semalam.”
“Iyelah..sikit hari lagi kucai dalam pasu tu pulak.” Ujar Anis Adelia sambil memandang kearah pokok kucainya yang dilihatnya semakin matang itu.
“Nasib baik hidup,hari tu dah nak mati...” Mereka berdua memandang kearah pasu bunga bersederhana besar yang berada tidak jauh daripada mereka.
Anis Adelia tersenyum..
“Itulah,kalau tak kena ambik benih daripada kak Sue lagi.”
“Ambik saja,tak payah minta..Pergi mana hari nie?”
“Tak tahu lagi,ingat nak bawa anak pergi jalan-jalan,tengoklah macammana.Nak cakap pun tak tahu sebab tak merancang nak pergi mana lagi.Kak Sue dengan abang Mie plan pergi mana hari nie?”
“Paling jauh tempat biasalah Nis...Abang Mie tu nama saja cuti,kerja tak pernah habis pun..”
Anis Adelia tersenyum sambil mengangguk,memahami.
“Ariq mana?”
“Ada dengan abah dia.Main dua beranak.Abah dia rajin melayan...”
“Hari ini ummi ada dirumah,lagilah dia seronok.Abah rajin melayan,ummi pun ada ha!”
“Ada Aniq nie senanglah sikit kerja Nis,kak.Tapi tulah kak,ummi nie dah macam tak diperlukan lagi.Nak susu,nak tidur...baru nampak ummi,kalau tak...abahnya sahaja dia nak..”
Jawapan Anis Adelia menerbitkan senyuman dibibir Suhana.
“Anak-anak,Nis..” Tutur Suhana dengan maksud yang mendalam.
“Sedap nasi lemak Nis! Sampai anak-anak request akak masak nasi lemak pulak esok.”
Ketawa Anis Adelia mendengarnya.Ragam anak-anak.
“Anis hari nie memang buat nasi lemak jer kak.Memang banyaklah..”
“Aniq nak makan?”
“Dia tak mintalah,sajalah Anis masakkan.” Lebar senyuman dibibir Suhana mendengar jawapan adiknya ini.
Bukan tak ingat suami tu,ego jer yang tinggi.
“Kak Sue minta diri dululah..Lagi lama,lagi panjang pulak nanti.”
“Terima kasih Kak Sue...”
“Sama-sama..”
Selesai melipat dan mengemas pakaian mereka,ruangan tamu kecil yang agak semak dengan barang mainan Ariq Ehsan menjadi agenda keduanya pula.
Anis Adelia terbongkok-bongkok mengutip mainan yang disepahkan sikecilnya tadi kedalam kotak.Ini juga rutinnya setiap kali menghabiskan masa dengan anak dirumah.
Tiada istilah penat dalam kamus hidupnya jika berkaitan dengan anak...dan suami.
Dua jam yang lalu dia dan Aniq Ehsan menghabiskan masa mereka dengan melayani teletah sikecil mereka seorang.
Ariq Ehsan?
Ermm...Sibam bam itu,lepas menyusu buat ketiga kalinya,baru mengalah.Merengek kecil yang sudah difahami oleh Anis Adelia akan maksudnya.
Kenyang menyusu,dia kembali kepada abahnya.Sanggup tak tidur meskipun mata kecil itu sudah beberapa kali terpejam.Wajah abah tetap dicari.
Aniq Ehsan mengucup lama dahi puteranya yang baru terlena dipangkuannya tadi sebelum dialihkan keatas tilam kecil yang berada tidak jauh daripada mereka.
Seketika,Aniq Ehsan ralit menatap wanita yang berada tidak jauh daripadanya dan anak ketika ini.Pandangannya kaku,wanita itu sedang mengemas sehingga tidak menyedari dirinya sedang diperhati..
Perempuan itu..?
“Jangan tak tahu Niq?! Masa mengandungkan Ariq dulu..pantang bau nasi lemak.Sedar-sedar dah basah pipi isteri awak tu dengan air mata..Sampai abang Mie pulak pesan kat kak Sue.Jangan masak nasi lemak sampai Ariq lahir..Lama juga kak Sue tak masak nasi lemak lepas tu,seingat kak Sue.Sampai Ariq lahirlah.Penangan anak sulong.”
Terngiang lagi usikan Suhana kepada isterinya ketika wanita itu bertandang seketika tadi.
Aniq Ehsan mengucup dahi puteranya.
Sampai macam tu sekali ke Anis Adelia rasa ketika mengandungkan anak mereka ini?
Sesuatu yang begitu ingin diketahuinya kerana Aniq Ehsan sedar,sepanjang setahun dan 4 bulan lebih ini..banyak benda yang dia telah terlepas mengenai dunia cinta hatinya ini.
Keras betul hati ummi tu sayang,rindu abah tapi...?
Hati kecilnya berbisik sayu,buat anak yang sedang terlena.
Setiap perilaku Anis Adelia diperhatikan dan hatinya juga terus bersoal jawab.
Bagaimana kehidupan sebenar wanita ini selama ini?
Bersendirian dibumi asing?
Mengandungkan anaknya bersendirian?
Melahirkan...tanpanya disisi?
Membesarkan Ariq Ehsan mereka sendiri,tambahan 6 bulan lagi ini?
Ya Allah!
Dia benar-benar perempuan yang penuh dengan rahsianya.
Namun..dia masih juga perempuan yang aku kasihi,yang aku cintai..
Selepas ibu,dialah wanita kedua yang menjadi kepentingan aku..dialah keutamaan aku.
Tak pernah sekalipun aku lupa akannya meskipun hubungan ini baginya hanya menunggu retak-retak itu berderai dengan sendirinya.
Ya Allah!
Dia amanahku,
anak yang kami kasihi ini amanahku...
Biar apa pun ujian yang sedang dan akan Kau berikan kepada diri ini.Jadikan aku,hambaMu ini seorang suami dan bapa yang akan membimbing anak dan isteri menuju syurgaMu.
Aniq Ehsan bangun.Dirapatinya isteri yang sedang leka mengemas itu.
“Pergi rehat,biar abang sambung.” Kotak ditangan Anis Adelia diambil.
Nyata kedatangan Aniq Ehsan secara tiba-tiba mengejutkannya. Ariq Ehsan tiada bersama lelaki itu?
“Tidur dah?” Soal Anis Adelia,disatu sudut,kelihatan tubuh kecil kesayangannya itu kaku diatas tilamnya.Tahulah Anis Adelia,anak kesayangannya itu sudah pun terlena..
Patutlah senyap.
“Itulah anak awak,bukan senang nak tidur.Tapi jangan risau,sekali dia terlelap 5,6 jam pun mahu tu...”
Beritahu Anis Adelia.Sambil membawa cawan yang digunakan suaminya tadi kedapur.
“Nak kemana lagi sayang?” Barulah dia ditegur..
“Tu...” Anis Adelia memuncungkan bibirnya kearah dua tiga lagi mainan Ariq Ehsan mereka yang bertaburan agak jauh daripada tempatnya bermain tadi.
Sejujurnya dia lebih senang berada jauh daripada lelaki itu.
Mengelak?
Mungkin juga.
“Awak duduk,rehat.Kan saya dah cakap? Hari ini semua kerja rumah saya akan buat?? Awak tak perlu bersusah-susah.”
“Abang dah puas berehat,berehat daripada tanggungjawab abang sebagai suami dan seorang abah..”
La...kesitu pula dia.
“Ini pun tanggungjawab saya...”
“Tak berdosakan sekalipun abang tolong?”
Ya Niq... Hati kecilnya yang memberi jawapan.
Aniq Ehsan tidak mahu mengalah,Anis Adelia jauh sekali.
Bila masing-masing bertegas dengan keputusan masing-masing.
Sudahnya ruangan ini dikemaskan bersama.Sepi...tanpa suara sikecil yang sedang terlena itu.
---------------------------><------------------------------
Alhamdulillah .. bez terima kasih cik writer :)
ReplyDeleteBest....terbaekla....
ReplyDeletesukanya.. thanks
ReplyDeleteBestnya..
ReplyDeleteBest......terbaik
ReplyDelete