
#PrayForGaza
#PrayForPalestine
#OperasiBadar
#GazaUnderAttack
#ICC4Israel
#PrayForMH370
#PrayForMH17
#terroristisrael

Assalamualaikum WBT...
Subhanallah.. walhamdulillah.. walailahaillallah..! Allahhuakbar!!!
Next..Latest From me..
Maaf buat yang lama menanti :(
InsyaAllah..esok..1 lagi bab na..diwaktu2 begini juga..
Rasanya masih tak terlewat untuk Cek ucapkan, Salam Syawal buat semua pembaca di zahrahcinta.
Buat sahabat2 yang sedang melaksanakan ibadah puasa 6,selamat berpuasa.Ganjaran yang besar sedang menanti kalian,itu janjiNYA.:) Salam sayang semua... #ceknursalisa
UPDATE: BAB 16
“Ma..”
Panggilan yang tidak diduga Anis Adelia sama sekali dipagi itu.
“Lama mama tak dengar khabar Anis dan Ariq..Cucu mama tu mana? Sihat ke dia? Anis??”
Rasa bersalah pula Anis Adelia mendengar soalan wanita ini.
Benar katanya.Sudah seminggu dia tidak menghubungi Puan Faridah,dan hari ini? Wanita ini sendiri yang menghubunginya.
“Alhamdulillah...Anis dan anak sihat.Maafkan Nis,lama tak telefon mama.” Rasa bersalahnya dizahirkan dengan kata-kata.
“Tak apa..mama faham,sajalah mama telefon nie..Nak dengar khabar anak cucu.”
Anak cucu..
Perkataan itu cukup mengusik hati Anis Adelia.
Sejak arwah Firdaus pergi...dia dan Ariqlah yang menjadi tempat wanita ini mencurahkan kasih sayang.Begitu jugalah dengan Anis Adelia.
Meskipun tidak sama,namun kasih sayang yang dicurahkan Puan Faridah buat dia dan anak cukup dihargainya.
“Mama masak apa sarapan nie?”
Anis Adelia menantikan jawapan darinya.
“Mama jadi vegetarian hari ini.”
“Kenapa pulak?”
“Hari ini mama masak sayur sahaja,sajalah..Tengok lobak merah nie,itu yang teringat kat cucu mama seorang tu.”
“Ya ma..cucu mama tu pantang nampak lobak merah.Suka sangat.Nasib baik gigi tu tak ada lagi,kalau tak..makan macam tu sahaja nak agaknya..”
Puan Faridah ketawa mendengar kata-kata anaknya,makin hatinya merindui cucu kesayangannya itu.
“Kalau ada masa,bawaklah Ariq datang sini.Bermalam.”
Cukuplah ayat itu memberitahu Anis Adelia,nenek ini begitu merindui cucunya.
“InsyaAllah ma..”
“Ma..”
“Ya?”
“Sebenarnya,abah Ariq ada disini ma.” Dia tidak perlu berahsia lagi.
“Siapa? Aniq Ehsan?” Puan Faridah agak terkejut!
Seperti yang lain-lain juga.
“Hmm..”
“Bila dia sampai? Dah berapa hari dia ada disini??”
“Dah masuk 3 hari ma..”
“Alhamdulillah.”
Bergetar hati Anis Adelia mendengar jawapan Puan Faridah.
“Ariq?”
Hanya nama anaknya disebut.
Anis Adelia memahami soalan yang tersirat disebalik nama Ariq Ehsan yang baru disebut itu.
“Alhamdulillah ma..agaknya gambar dan cerita yang selalu Anis kisahkan pada Ariq tentang abahnya sejak dari dalam rahim,buat dia kenal abahnya.Masa abah dia dukung buat kali pertama hari tu tak menangis ma.Selalunya kan terus menangis kalau kita bagi dia kat orang yang dia tak kenal?! Tapi hari tu..tak langsung,siap boleh senyum lagi..”
Ummi dia pula yang menangis ma..
Ayat terakhir itu hanya mampu disudahkan didalam hatinya.
Sekali lagi tawa Puan Faridah kedengaran,gembira sahaja nadanya.Seolah-olah sedang menggambarkan peristiwa itu.
“Bapa kandung dia,Anis..mana mungkin dia tak kenal.”
“Kalau dah macam tu,mama agak mesti berkepit berdua jer lah dua beranak tu?”
Seperti yang diduga wanita itu..Tepat! 100%
“Kalah belangkas ma.” Sahut Anis Adelia,tidak menduga sama sekali yang dia pula akan diusik.
“Aikk..Ummi dia cemburu ke?”
Eh?!
Dia pula yang kena?
Ketawa kelat pula Anis Adelia dengan pertanyaan berbaur usikan daripada Puan Faridah itu.
“Tak adalah ma...seronok lagi adalah,tapikan..Ariq pun dah rindu dengan tok mama nie..”
“Tok mama nie yang rindu sangat kat Ariq Ehsan.Datang sini,bawa Ariq..bawa Aniq.Mama nak kenal juga dengan menantu mama seorang tu.”
“InsyaAllah ma..nanti kami sampai.”
“Siapa sayang??” Tanpa Anis Adelia sedari,ada seseorang yang sedari tadi curi dengar perbualannya bersama Puan Faridah.
Kehadiran Aniq Ehsan agak mengejutkannya.Wajah dua insan itu menyapa pandangan Anis Adelia.Ariq Ehsanlah yang mencuri perhatiannya.
“Mama,” Ringkas Anis Adelia menjawab.
Dahi itu berkerut.
“Ibu angkat saya.” Terang Anis Adelia selanjutnya tanpa dipinta.Malas bersoal jawab juga adalah sebab utamanya.
Namun reaksi Aniq Ehsan masih juga begitu.
Apa yang nak diterperanjatkan sangat?
“Nantilah..ada masa saya temukan awak dengannya.InsyaAllah.”
Mujur Aniq Ehsan tidak bersoal jawab lagi dengannya.
Anis Adelia mengerling kearah suami dan putera kesayangannya itu.
Bersinar-sinar wajah kecil yang menjadi penyejuk hatinya ini.
Lebar senyuman dibibir Anis Adelia,lebar lagi senyuman Ariq Ehsan yang berada didalam dukungan abahnya itu.
Haih la anak ummi seorang,kalau abah balik Malaysia nanti macammana la?
Soalan yang bermain dibenaknya setiap hari sejak beberapa hari ini.
“Sayang..mari kat ummi,kita menyusu dulu.” Ariq Ehsan sudah berada didepan matanya.Dikucup wajah bulat itu sepuasnya.Sentiasa rindu meskipun selalu berada didepan mata.
Seketika menantikan reaksi daripada anak terunanya itu,sudahnya Anis Adelia menghulurkan tangan.
Inilah dianya,nak menyusu sekarang bukan dia yang minta..?
Sebaliknya ummi pula yang kena pelawa?
Sampai macam tu sekali pun,pelawaan umminya masih ditolak??
“Duduklah dulu,saya hidangkan sarapan.” Arah Anis Adelia.
20 minit lalu niatnya untuk membawa Ariq Ehsan keluar bersamanya terbantut begitu sahaja apabila Aniq Ehsan mahu anaknya dibiarkan sahaja bersamanya didalam bilik.
Niat Anis Adelia untuk membawa sikecil itu bersamanya tadi tidak lain hanyalah untuk memberikan Aniq Ehsan sedikit kelapangan dan ruang.
Dia perasan,sejak lelaki itu muncul dalam hidup mereka..Aniq Ehsan banyak menghabiskan waktu dengan anaknya,kadangkala Anis Adelia pula bimbang melihatkan lelaki itu terlalu menguruskan segala-galanya tentang anak mereka dan rumah tangga ini.Bimbang Aniq Ehsan tiada ruang untuk dirinya.
“Masak apa?” Aniq Ehsan sengaja menyoal meskipun dia sudah tahu menu apa yang telah disediakan isteri tersayangnya ini untuk sarapan mereka pagi ini.
Anis Adelia menarik nafas berat,..Laju sahaja tangan itu apabila dia leka.Kemas pinggangnya dalam pautan tangan itu.
“Nasi lemak..,sambal tumis sotong??!” Jawabnya sendiri setelah melihat menu tersebut dengan mata kepalanya sendiri.
Ya! Sambal tumis sotong itu yang menjadi keterujaannya.
“Ada apa lagi En.Aniq??” Tegurnya malas setelah merasakan yang lelaki itu takkan melepaskan lingkaran tangan kiri dia di pinggangnya ini,
“Isteri abang makin slim ke...abang yang dah lama tak peluk isteri??” Soalan Aniq Ehsan berbaur gurauan.
Tahu yang isterinya tidak selesa.
“Saya tak makan pujian.” Tersenyum Aniq Ehsan mendengar jawapan isterinya.
“Abang tahu...sebab tu abang ucap ikhlas..”
Pandai dia bermain kata..
Haih....
“Awak nampak tak senduk besi kat tangan saya nie??” Soal Anis Adelia serius.Senduk yang sedia diangkatnya itu disambut dengan ketawa rancak dibibir suaminya.
“Anak sebelah nie sayang..”
Sempat Aniq Ehsan tapi tangan tu...makin kuat pula melingkari pinggang isterinya ini.
Anis Adelia benar-benar tidak selesa.Kerjanya terbantut begitu sahaja.
“Sabit tu nak ‘cari pasal’ dengan ummi??”
“Bukan ‘cari pasal’,abang nak bagi sayang pahala.”
Haih..
“Dahlah tu,lepaskan,rimasla...”
“Sayang rimas tapi abang suka.”
Ya Allah...
“Nak apa nie?”
“Isteri abang...” Tak habis dengan gurauannya.
“Encik Aniq..”
“Ya..”
“Pergi duduk,saya nak hidangkan sarapan.Nak air apa?”
“Air kosong pun boleh.”
“Pergi duduk dulu.” Pinta Anis Adelia penuh hormat.
“Duduk sama-sama tak boleh?” Ish...
“Saya dah lama tak bukak langkah karate.Nak try ke?” Aniq Ehsan ketawa lagi,lebih rancak daripada tadi.Apa yang lucunya tak tahulah.
“Tengok ummi nie abang long...serius sangat dengan abah?”
Abang long??
"....." Anis Adelia kehilangan kata buat seketika.
Heeee..!
“Yalah abang long,abah tu suka sangat menganggu ummi.”
Haha! Gembira benar Aniq Ehsan mendengarnya..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
[…] ← Di Penghujung Rindu: BAB 16 […]
ReplyDeleteWah rindunya kt dieorg....abg long??? Ad ura2 ariq nk dpt adik nie....huehhehh
ReplyDeleteade kah???
ReplyDeleteHahaha... ;)
The google said ' can't the page'
ReplyDeleteSent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
wah finally ada update. lama tunggu sambungan cerita ni... hope cik writer sambung lagi k..
ReplyDeleteIts been quite long since your last entry.. Rindu kat deme ni...
ReplyDeleteIts been quite long time since your last entry. Rindu kat deme ni...
ReplyDelete