UPDATE BAB: 14

“Ariq tengok apa tu sayang..? Dog?!”
Anis Adelia memberitahu Ariq Ehsannya yang leka melihat seorang wanita tua sedang membawa anjing peliharaannya bersiar-siar.Kemudian mereka dilewati juga oleh pasangan kekasih yang turut membawa seekor anjing betina,rasanya..daripada cara anjing tersebut dihiaskan oleh pemiliknya.
Secara tiba-tiba seekor bulldog berwarna kelabu putih yang sedang bermain dengan seorang kanak-kanak Inggeris,tidak jauh daripada mereka telah 'menawan' pula pandangan anak mereka ini.
Besar sangat agaknya,itu yang pandangan Ariq Ehsan terus tertancap kepada bulldog tersebut.Tak beralih dah...
Ariq memandang wajah umminya seketika sebelum kembali kearah haiwan itu semula.Ummi dan abah menantikan reaksinya..
Melihatkan tangan kecilnya sudah menunjuk-nunjuk kearah haiwan tersebut,terdengar kembali suaranya.
Abahnya mengangguk sambil bersembang dengan anak.Macam faham jer apa yang dibualkan anak mereka ini.
“Ya sayang..dog tu pun nak jalan-jalan..”
“Assalamualaikum...”10 minit mereka berjalan,seorang lagi saudara seagama datang menyapa.
“Waalaikumussalam...Kak..” Anis Adelia bersalaman dan berpelukan mesra dengan Hasnaa'.
“Dah lama tak nampak,datang bertiga hari nie?”
“Pergi mana? Dekat seminggu tak nampak si debab nie..?” Hasnaa’ merapati Ariq yang berada didalam dukungan lelaki yang tidak dikenalinya,
“Cik Has tak nak ambik dialah..Geram jer tengok pipi tu..” Tegur Cik Hasnya ketika melihat Ariq Ehsan sudah memeluk leher lelaki yang mendukungnya itu.
Tergelak wanita itu melihat tingkah anak teruna orang nie..
Sempat juga tangannya mencapai pipi lebar Ariq Ehsan,dicubit manja.
Namun sebaik wajah lelaki yang mendukung Ariq Ehsan dilihatnya,pandangannya serta merta ke wajah Anis Adelia.
Tak sempat Anis Adelia menjawab pertanyaan wanita itu,dia disoal dengan pertanyaan lain pula.
“Suami..?” Soalnya agak terkejut,kali pertama..
“Ye..suami saya,abah Ariq.Aniq Ehsan,” Anis Adelia memperkenalkan.
“Seratus peratus genetik abah dia,patutlah susah cari part mana yang sama dengan ummi tu.” Gurau Hasnaa'.
Anis Adelia ketawa mendengar komen Hasnaa’,abah dengan anak nie menjadi perhatian benar.
“Bila sampai? Datang nak ambik anak dengan isteri ke?” Hasnaa' menegur Aniq Ehsan pula.
“Dah tiga hari saya kat sini.InsyaAllah,niat dihati begitu,cuma bukan sekarang nampaknya.” Aniq Ehsan sempat mengerling kepada isterinya,Anis Adelia hanya mendengar jawapan yang diberikan suaminya.
“Senang cerita,duduk kat sini terus Aniq.Tengok anak tu,dah sayang sangat dengan abah dia..”
Hasnaa' mengusap wajah Ariq Ehsan seketika.
“Anis masih nak tinggal disini,saya pun kena berhijrah kesini juga alamatnya.”
“Sukalah Ariq ya? Tak berpisah dengan abah lagi lepas nie..”
“Ada abah nie kak Has,ummi lambat balik pun tak kisah dah..ummi ada pun,bila dah lapar sangat, baru cari ummi.”
“Lepas rindu.Lama tak jumpa,berhubung dengan telefon saja selama ini.”
Anis Adelia sekadar tersenyum kelat mendengar kata-kata Hasnaa' itu.Aniq Ehsan tetap tenang.
“Orang baru jumpa abah,macam tulah kak Has..” Jawabnya,
“Yalah,anak-anak.Rapat dengan ibu,macam tu..rapat dengan bapa..macam nie.”
Ujarnya berkias.
“Aii..Sejuk pulak petang nie..Boleh Cik Has pinjam baju Ariq? “ Hasnaa' mengagah Ariq Ehsan.
Dalam dukungan abah atau ummi,dengan sesiapa pun dia akan layan....kalau disua tangan? Jangankan nak senyum,kita balik dipeluknya.Macamlah orang nie nak pisahkan dia daripada ummi atau abah dia.
“Nasib baik pakaikan anak dengan baju sejuk dia tadi.Kalau tak tadi,jawabnya balik kerumahlah.”
“Sejuk petang nie..Kak Has tadi,berlenggang jer keluar dengan baju sejuk nipis nie.Ingatkan panas balik tadi,tapi makin rendah pulak suhunya.5 hari tak nampak dia,Cik Has tengok makin tembam nie..?”
“Tak tembam macam mana Cik Has,pagi petang siang malam..menyusu jer kak.Duduk kat rumah tu,lagilah..Sekarang nielah kurang sikit,banyak main dengan abah dia.”
Hasnaa' ketawa kali ini,bijak betul anak orang ni..
Anis Adelia mengerling kewajah Ariq Ehsannya,macam faham saja apa yang dibualkan ummi bila sibuk bibir mungil itu tersenyum sambil memandang ummi.
Aii..masa ummi nak ambik daripada dukungan abah..tak nak disambutnya? Tak semena-mena ummi kena tolak stroller nie?
“Ariq main dengan abahlah?? Lama tak jumpa abah,rindu sangat tu ummi.Ini yang nak topup semuanya...Eh,kak Has dah lewat nie,eloklah kak Has mintak diri dulu.”
“Daripada mana sebenarnya?”
“Kak Has pergi jumpa kawan tadi,”
“Anak mana?”
“Tinggalkan kejap dekat nursery.Terpaksalah,papa dia pun ada kuliah hari nie.Nak terus pergi ambik dia nie.”
“Tak kesana hari nie?”
“Tak tahu lagi,ada abang Azree kat rumah nanti,kak Has turun.Kalau tak..rehat kat rumah dengan anak Nis.Ha! Su pun dah dua hari kak Has tak nampak?”
“Ada jer kat rumah tu kak Su.Dia pun sibuklah tu,urus anak-anak.”
“Herm..yalah,kak Has mintak diri dulu.Jumpa Su nanti,sampai salam kak Has pada dia.”
“InsyaAllah.”
“Letaklah anak kat sini awak...lenguh tu.” Ujar Anis Adelia sebaik Hasnaa' berlalu meninggalkan mereka kembali bertiga.Kesian pulak dia melihat lelaki ini daripada tadi mendukung Ariq.Dah hampir 15 minit rasanya..Kalau dengan ummi,dah masuk kedalam stroller nie.Nak dukung lama-lama macam tu sekarang? Tak lalu rasanya.
“Abang okey,janganlah risau.Ramai juga masyarakat melayu kat sini?”
“Boleh tahanlah,lagipun dekat dengan universiti.Senanglah nak nampak muka-muka anak melayu.”
“Ariq Ehsan,mai la kat ummi.Ummi letak Ariq dalam stroller? Lepas tu abah tolak? Kesian abah...” Anis Adelia kembali mengintai wajah anak terunanya itu,meliar mata sikecil mereka itu melihat kearah sekeliling..
Aniq Ehsan hanya memandang kearah isteri dan anaknya.
“Kita duduk dalam stroller sayang..Selalu kan macam tu?” Pujuk umminya lagi,diusap-usap pipi anaknya itu penuh kasih sayang,namun..Ariq Ehsan cuma tersenyum dengan mata hitamnya yang bersinar-sinar itu.
Hee....
“Sudahlah tu sayang,dia tak naklah tu..Berjalan saja sebelah abang nie,”
Ujar Aniq Ehsan sambil ketawa melihat reaksi diantara anak dan isterinya ini.Tangan kirinya langsung memeluk pinggang itu agar tidak banyak bergerak lagi.
Anis Adelia tidak dapat berbuat apa.
“Suka kak Su tengok Ariq..Gembira sangat dekat abah dia,lepas rindu betul tu.”
“Anis tahu,masa Aniq datang nak ambik dia pagi tadi,tak sempat kak Su nak dukung.Dia dulu nak meniarap kepintu.Baju pun tak sempat nak tukar.Punya nak pergi jumpa abah dia..Tak sampai dua jam tu,dah rindu sampai macam tu sekali.”
Cerita Suhana didengar sebaiknya oleh Anis Adelia,hanya senyuman yang dapat dibalasnya sebagai jawapan.
“Sampai Abang Mie pulak duk sibuk bertanya,dia yang pelik bila Ariq bukan main rapat dengan abahnya.”
“Itulah kak Su jawab,apalah nak dihairankan..dah nama pun anak dengan bapak?”
Pandangannya tetap kepada anak dan suaminya.
Kedua-duanya sedang berada bersama anak-anak dan suami Suhana.
Aniq Ehsan rancak berbual dengan Suhaimi sehingga tidak sedar dirinya sedang menjadi perhatian isterinya.Ariq Ehsan pula gembira bermain dengan kakak dan abang-abang yang datang menggerumuninya sebaik mereka sampai disini tadi..
Suhana sudah pun berada disini sebelum mereka datang tadi,patutlah sunyi sahaja keadaan dirumah itu ketika mereka melewatinya tadi.
“Tengok kak..elok saja dia main dengan abang dan kakak-kakak tu.Kalau dengan saya,jenuh berpujuk dan bercakap dulu,baru nak main..”
“Penangan seorang bapa..itulah dianya! Anak-anak memang boleh membesar dengan kasih seorang ibu saja,tapi sempurnanya tak sama tanpa kehadiran seorang bapa.”
“Sekarang nie lapang sangat hati saya nie kak Su,kalau dulu..resah saja.Anak pun dah jumpa dan kenal dengan Aniq.”
“Itulah..sorokkan lagi anak tu daripada pengetahuan suami awak.Nasib baik suami tu lembut hatinya.” Sindiran Suhana membuatkan Anis Adelia melepaskan tawa berat.Bebannya hanya dia yang tahu meskipun dia sedar,niat Suhana hanya untuk mengusiknya.
“Bila difikir-fikir balik,menyesal pun ada kak.Jahat betul rasanya diri nie..”
“Apa cakap macam tu?”
“Usah dikenang lagi Nis...benda yang dah berlalu,biarkan pergi..apa yang penting sekarang,hargai apa yang ada didepan mata kita.Apa perancangan Anis lepas nie.”
“Ermm??”
“Aniq dah ada kat sini,kak Su tak fikir dia akan tinggalkan Anis lepas bersusah payah dia cari dan bertemu dengan Anis.” Seperti Sofia juga pandangannya.
“Aniq ada cakap apa-apa ke dengan Anis? Dia ajak Anis balik Malaysia?”
“Katanya nak menetap disini kalau Anis masih nak tinggal disini.”
Jawapan Anis Adelia menerbitkan senyuman lebar diwajah Suhana.
“Tengok tu..?! Betapa sayangnya dia kat awak? Sampai sanggup tinggalkan kehidupan dia kat Malaysia tu semata-mata nak hidup dengan isteri dan anak dia?”
Tangannya ditepuk perlahan oleh Suhana.
“Tapi lagi bagus kalau dia terus tak jumpa kami kak..” Boleh pula terpacul kata-kata itu dibibirnya.
“Apa cakap macam tu?” Pantas Suhana menegur.
“Yalah kak,kesian kat dia..”
Tersentak lagi Suhana mendengar jawapan Anis Adelia.Sengaja dia melihat kearah Aniq Ehsan seketika.Kesian?? Hatinya menyoal sepatah kata yang telah disebut oleh Anis Adelia beberapa saat yang lalu.
“Kesian? Dia punya gembira macam tu dapat jumpa isteri dia balik?? Anis boleh kata kesian?”
Soal Suhana tidak percaya.
Diam pulak?
“Anis...Kak su kenal Anis lagi lama daripada Aniq,Kak su tahu apa yang ada dalam hati Anis tu tapi yang kak Nis tak faham..kenapa Anis tak beri peluang pada diri Anis dan Aniq untuk kecap bahagia tu? Cuba sesekali tengok muka suami awak tu dalam-dalam,tengok muka anak tu.
Lepas tu tanya kat hati awak tu,betul ke nak berpisah?
Tu..anak tu,sampai hati ke nak pisahkan daripada bapanya?” Mainan psikologi yang digunakan oleh Suhana ternyata berhasil kerana mampu terserap jauh kedasar hati ibu ini.
“Kak Nis...”
Perbualan mereka tergantung begitu sahaja dengan kehadiran anak muda yang begitu dikenali oleh kedua-duanya..
Haih..Suhana sudah mengeluh didalam hatinya.
Bukan mereka yang berada direstoran sahaja tahu tentang perasaan anak muda ini kepada Anis Adelia,tetapi juga..Suhana dan rakan-rakan yang lain disini,termasuklah.. pelajar-pelajar Malaysia yang kenal rapat dengan mereka.Begitu juga alkisahnya di Bookstore kerana Fitri pasti akan ada dimana saja Anis Adelia berada.
Pun begitu,mereka juga tahu..
Cinta siteruna ini hanya bertepuk sebelah tangan kerana Anis Adelia tidak pernah memandangnya,dengan sebelah mata juga jauh sekali..
Ha! Elok jugak kau datang nie Fitri..!
Hati Suhana berbisik gembira.
Gembira kerana akhirnya dia tidak akan melihat lagi wajah Fitri yang sibuk mengambil hati Anis Adelia dan Ariq Ehsan yang lebih 'keras' daripada hati umminya selepas ini.
Sikecil tu pun pandai..
Bukannya cemburu,namun..anak muda ini susah betul untuk difahami isi hatinya.
Bukannya Fitri tak tahu Anis Adelia masih isteri orang.
Namun..Dia tetap ingin mencuba nasib?
Haih! Aku sendiri tak faham dengan perasaan budak muda sekarang.Dengan isteri orang pun boleh simpan perasaan.
Suhana terus mengomel didalam hatinya.
Memang patutlah Anis Adelia tak layan kau dik..suami dia 10 kali ganda lagi kacak daripada babyface kau nie.
Sorrylah dik..baik kak Anis kau ataupun kak Su..taste kami memang lelaki-lelaki macam husband kami nie..
Gumamnya lagi didalam hati..
Suhana pulak yang terlebih gembira?
“Itulah suami kak Nis?”
Anis Adelia melemparkan pandangannya kearah Aniq Ehsan dan anaknya.
“Suami kak Nis...?” Dia masih bertanya meskipun apa yang diperkatakan oleh Anis Adelia tadi jelas dipendengarannya.
“Ya Fitri..suami kak Nis..”
“Patutlah..”
“Patutlah..?”
Berkerut dahi Anis Adelia mendengar perkataan itu.Apa yang cuba disampaikan sebenarnya?
“Hmh..patutlah muka Ariq saling tak tumpah dengan wajahnya,copy paste ? Dengan putihnya,kacaknya.” Kenyataan yang tidak mampu dinafikan oleh Fitri mahupun sesiapa.
“Dia tak ikutlah ummi dia sebab ummi dia tak sesegak abah dia..” Gurau Anis Adelia.
“Siapa kata kak Nis tak segak..” Laju pula Fitri memperbetulkan.
“Haha,nantilah..kotlah dapat anak perempuan nanti ada iras-iras akak pulak..” Guraunya lagi,Fitri pula yang semakin terluka mendengarnya..
Akan sia-siakah penantiannya selama ini?
“Cepat betul dua-duanya mesra sedangkan baru seminggu saya tak jumpa dia.Dengan saya dulu pun puas berpujuk baru nak..dah abah dia ada sekarang nie,makin susahlah saya nak dukung sikecik akak tu..” Luahnya,
“Kak Anis pun tak sangka dia cepat rapat dengan abah dia padahal baru tiga hari jumpa.”
“Anak beranak akak..itu tandanya ikatan mereka tu memang kuat.Walaupun tak pernah jumpa..walaupun jauh beribu batu selama nie..” Dalam lukanya dia tetap memberikan komen-komen yang positif kepada Anis Adelia.
Makin menebal pula cemburu dihatinya melihatkan kemesraan yang terjalin diantara Ariq Ehsan dengan bapanya itu.
“Ariq sekarang nie dengan akak pun dah kurang sikit,semua abah..main nak abah,makan nak abah..minum nak abah...tidur nak abah..mandi pun nak abah..”
Fitri ketawa mendengar kata-katanya.Namun tawanya itu dapat dihidu oleh Anis Adelia.Tidak semanis selalu,juga seolah-olahnya meluahkan kekecewaan dihati.
“Jangan tunggu kak Nis lagi Fitri..”
Melihat Fitri makin tenggelam dalam perasaannya,Anis Adelia bersuara kembali.
Sebelum Aniq Ehsan salah faham tentang hubungan mereka nanti,lebih baik dia berterus terang dengan Fitri dulu.
“Inilah sebabnya kenapa kak Nis tak nak Fitri ada menaruh apa-apa perasaan pada kak Nis.Kak Nis dah ada suami..ada anak...walauapapun yang terjadi,mereka kehidupan kak Nis.Mereka nyawa kak Nis.” Harapannya lebih besar,berharap agar Fitri tidak lagi menganggu dia dan Ariq selepas ini.
“Saya memang tak layak untuk mendapatkan cinta kak Nis.”
“Kak Nis dah ada suami,Fitri sendiri dah tahu benda nie daripada awal.Dalam hati kak Nis nie cuma ada dia,kak Nis tak mampu nak lupakan dia walaupun sedetik meskipun kami terpisah selama nie.Apatah lagi,antara kak Nis dan dia..ada Ariq.Anak dia..”
“Sekarang nie dia dah kembali dalam hidup kak Nis,jadi..kali nie,kak Nis berharap sangat agar Fitri dapat padamkan terus perasaan yang Fitri ada pada kak Nis selama ini.Kak Nis yakin,Fitri boleh dapat perempuan yang jauh lebih baik daripada kak Nis.Dah tiba masanya untuk Fitri bukakan hati Fitri kepada orang lain.Percayalah Fitri,Fitri akan lebih bahagia kalau itu yang Fitri nak.”
Kumpulan pelajar Malaysia yang baru mendekati mereka membuatkan Anis Adelia memberikan penumpuannya kepada mereka pula.Fitri juga sudah merapati anak dan suaminya pula.Entah apa yang dibualkannya dengan Aniq Ehsan,agak bimbang juga Anis Adelia melihatnya namun dia masih cuba berfikiran positif,husnu zhon~bersangka baik.
Memang menjadi perhatian apabila sudah lama tidak bersua muka,tambahan lagi dengan kehadiran Aniq Ehsan yang tidak pernah dilihat oleh mereka selama ini.Satu sahaja jawapan yang Anis Adelia tahu!
Sekali sahaja dipandang wajah Ariq dan lelaki yang mendukungnya itu,mereka sudah boleh mengagak hubungan yang terjalin diantara kedua-duanya.
Banyak lagi soalan-soalan cepumas yang diajukan kepadanya selepas itu..
Pandai jer budak-budak nie..
Sepetang keluarga besar ini beriadah di padang.
Banyak yang diperbualkan oleh mereka.Isu-isu yang sedang hangat di Malaysia juga tidak terkecuali daripada menjadi bualan.Sekadar perbincangan kosong bukan untuk diperdebatkan.
Beginilah menjadi anak perantau.
Suasana tenang dan santai yang agak dirindui oleh Anis Adelia sejak hampir seminggu ini.
“Awak..kenapa nie? Daripada balik tadi diam jer?”
Anis Adelia melabuhkan punggunya disisi anak dan suaminya selepas Aniq Ehsan menyambut segelas besar kopi panas yang baru dibancuhnya tadi.
Kepala anaknya yang sudahpun terlena dipangkuan suaminya diusapnya kasih.
Dia baru berbual dengan Sofia melalui telefon beberapa minit yang lalu,berbincang mengenai jamuan makan yang akan mereka conduct hujung minggu nie.
Awal Ariq Ehsan terlena,balik-balik tadi terus mintak susu,keletihan betul Ariq tadi sampai suaranya yang selalu riuh memecah kesunyian didalam rumah langsung tak kedengaran.
Sebelum isyak tadi pun dia menyusu lagi..letih sangat.
Sebaik abah mendukungnya kembali setelah selesai isyak berjemaah dengan ummi tadi dia terus terlena didalam dakapan Aniq Ehsan.Mahunya tidak,sebaik Aniq Ehsan meletakkan Ariq Ehsan dipangkuannya tadi,bibirnya terus mengalunkan zikir-zikir dan selawat yang begitu membuai perasaan.
Senang sangatlah nak menggamit lena anak mereka itu yang sememangnya menunggu masa sahaja untuk terlelap.
Sampai ummi pun turut ralit juga mendengarnya tadi.
“Awak ada masalah ke??”
Anis Adelia mengembalikan sepenuh tumpuannya kepada Aniq Ehsan.
Sebelum nie...kena melayan kerenah anak saja,sekarang nie? Ditambah dengan bapanya sekali?
Mahunya dia tak perasan,balik sahaja daripada beriadah tadi.Aniq Ehsan tiba-tiba jadi pasif.
“Siapa budak lelaki tu..?” Nasib baik mulut dia bukan lombong emas,kalau tak..dah bertabur emas dihadapannya sekarang,huhu..
Ingatkan tak boleh nak bercakap dah tadi?
Kejap?!
Budak lelaki?
Anis Adelia bagaikan sudah dapat meneka apa punca kepada perubahan 'mood' lelaki ini.
Tapi?? Apa masalahnya pulak? Tiba-tiba Fitri yang kena kait?
“Maksud awak...Fitri?” Anis Adelia menyoal ragu..
Cukuplah air muka itu memberikan jawapan kepada soalan yang diajukannya.
Sudah?!
“Jangan cakap dekat saya...?”
“Apa kena dengan budak tu? Semacam saja dia tengok Anis?”
Nie...kes cemburulah nie?
Penyudahnya Anis Adelia pula yang gagal menghalangi dirinya daripada tersenyum.Seriously! Air muka suaminya benar-benar mencuit hati..segera juga Anis Adelia melindunginya.
Rasanya dalam situasi sekarang dia tidak boleh ambil mudah sama sekali perasaan itu.
Aii?!
Tak pernah-pernah pulak dia nak cemburu buta selama nie?
“Awak..saya dengan dia tak ada apa-apalah..Agak-agaklah?!”
Ayatnya terhenti seketika kerana dia hampir menghamburkan tawa,tercuit betul hatinya melihat wajah Aniq Ehsan begitu.
“Macammana awak boleh terfikir sampai kesitu? Dia muda daripada saya,bukan setahun dua okey tapi 8 tahun Niq..! Biar betul saya nak dengan dia..?”
“Macam awak tak kenal saya? Saya cuma anggap dia seperti adik saya,tak lebih daripada tu..” Terpaksa Anis Adelia menerangkan satu persatu.
“Usia bukan penghalang..Mungkin Anis tak nakkan dia,tapi dia??? Abang dapat lihat daripada cara dia memandang Anis,abang dapat rasakan perasaan tu..Dia tak anggap Anis seperti kakak dia tapi lebih daripada tu..”
Mendalam tu..
“Itu urusan dia,saya tak nak ambik tahu.Yang saya tahu perasaan saya bukan macam tu.Saya cuma berani serahkan diri saya pada awak saja dulu.Takkan terjadi buat kedua kalinya.Lagipun Ariq yang menjadi keutamaan saya sekarang.Takda masa saya nak fikirkan semua benda mengarut tu pulak.”
“Nasib baik masa dia nak ambik Ariq tadi,anak tak nak..Anak pun tahu.”
Pulak dah..?
Macamlah dia tak tahu yang anak kesayangan dia nie memang susah nak dapat sesiapa pun..
Haih...
Dengan budak muda tu pun jadi kerja dia nak cemburu?
Ruginya anak ummi nie tidur,tak dapat tengok muka merajuk abah..buat ummi teringat kat Ariq pulak bila sayang merajuk dengan ummi,dah sebijik sangat..
“Childish!”
Usiknya pula namun tidak sedikitpun menerbitkan senyuman dibibir itu.
“Marilah anak tu kat saya.” Anis Adelia dah malas nak berbincang mengenainya.Tubuh anaknya ingin diambil daripada Aniq Ehsan.
“Esok saya ada dirumah,awak bolehlah rehat sepanjang hari esok dan..dua hari yang bakal mendatang nie.”
“Nak tidur dah??”
“Yalah awak..nak tidur,letihlah..Awak tak nak tidur? Hujan makin lebat kat luar tu...confirm sejuk betul malam nie,pasang heater pun masih terasa sejuknya.Jawabnya kena tambah baju anak sekali nie..”
“Biar abang bawak Ariq masuk..Anis pergi dulu.” Aniq Ehsan baru perasan?
Ya Allah! Punyalah aku tunggu dia nak lepaskan anak?
“Ada apa lagi yang?”
“Yalah.Saya masuk dulu.Awak tak nak masuk lagi ke?”
“Abang habiskan kopi nie dulu.”
Anis Adelia bangun dan ingin masuk kebiliknya,baru beberapa tapak dia melangkah...tiba-tiba langkahnya terhenti,ada sesuatu yang ingin ditanyakannya kepada lelaki itu.
“Tertinggal apa?” Tegur suaminya namun bukan itu penyebabnya Anis Adelia berpaling kepada suaminya semula.
Dia cuma nak tanya...
“Letak anak atas katil dia lagi ke malam nie?”
“Yalah sayang..”
“Tidur dengan kita saja tak boleh?”
“Biar dia biasa tidur atas katil dia dulu..”Agak hampa Anis Adelia mendengar jawapan daripada suaminya.
Takda harapan lagilah ummi nak tidur dengan Ariq malam nie.
Bisik hati kecil Anis Adelia sambil matanya agak sayu menatap wajah anak kesayangannya.Rindunya ummi nak tidur dengan anak ummi semula..
Anis Adelia masih tidak dapat melelapkan mata meskipun dia sudah berada diatas katilnya ini sejak sejam yang lalu.Puas sudah dia memaksa matanya ini untuk terpejam namun masih juga tidak mahu terlelap.Badannya memang keletihan tambahan lagi selepas beriadah sakan dengan anak dan suaminya petang tadi.
Aniq Ehsan dan Ariq Ehsannya sudah lama dibuai mimpi..
“Assalamualaikum...”
Anis Adelia tersentak,baru bercakap dah terjaga?
“Waalaikumussalam...” Jawabnya perlahan.
“Kenapa tak tidur lagi? Sejuk?”
Anis Adelia diam..Itulah jawapannya pun.
“Pakai selimut nie.” Aniq Ehsan hampir membawanya turut sama berkongsi selimut.Mujur sempat ditolaknya.
“Eh..tak apalah,awak guna.Saya ada sweater nie.”
“Sejuk sayang..masuk dalam selimut nie.Abang takkan buat apa-apa..” Pujuk Aniq Ehsan kerana dia tahu,isterinya sedang kesejukan.Mengantuk benar dirasakannya.
Anis tahu tu...cuma tak selesa.
“Tak perlulah,saya ganggu awak tidur ke?”
Soal Anis Adelia dengan rasa bersalah,mungkinkah disebabkannya berkali kali bertukar posisi pembaringannya membuatkan Aniq Ehsan terjaga?
Tiada pula balasan daripada lelaki itu..
Hermm..
Hujan masih turun meskipun tidak selebat tadi,mahunya sampai kesubuh nanti baru berhenti kalau dah macam nie gayanya..
Nasib baik dia tak kerja esok.
Ralit Anis Adelia melayan perasaannya sambil memaksa dirinya untuk terlelap dalam kesejukan ini..
Allah!
Lemah semangat!
Bibirnya beristighfar perlahan,terkejut dengan tindakan pantas Aniq Ehsan.
Sekelip mata dia berada didalam selimut,berkongsi dengan Aniq Ehsan dan dalam sekelip mata juga...tubuhnya sudah rapat ketubuh itu.Didakap seeratnya oleh Aniq Ehsan daripada belakang.
Terpinga-pinga dia seketika..
Makin jauh dah tindakan lelaki ini terhadapnya??
“Awak buat apa nie? Tadi cakap...”
Tak sempat lagi ayatnya dihabiskan.
Jari telunjuk Aniq Ehsan berhenti tepat dibibirnya.Menghalangi Anis Adelia daripada berbicara walaupun sepatah cuma.
“Shyy..tidur sekarang! Pejam mata,tutup mulut tu..”
Huh! Dah macam mengarah anak..?
Dengan anak pun tak cakap macam nie.
“Awak tak..?!”
“Sepatah lagi...abang dodoikan?”
Tak perlu dia bercakap panjang,sepotong ayat itu sahaja sudah cukup untuk mengunci mulut isterinya dengan sendirinya.
Anis Adelia merengus geram didalam hatinya,pun begitu rasa hangat daripada tubuh lelaki itu yang mula disebatikan dengan tubuhnya memadamkan rasa tidak puas hatinya terhadap Aniq Ehsan sikit demi..sedikit.
Akhirnya....Kan dah tidur?! Tak sampai 5 minit pun...
Tak ke senang kalau daripada awal dengar sahaja cakap suami tu..?
Indahnya malam mereka hari ini,Aniq Ehsanlah terutamanya.Dapat juga dipujuknya.
###################################################
wahhh bestt
ReplyDeletememang best.
ReplyDeleteooouw how sweet aniq ehsan??? Ufufu :3
ReplyDeleteBest. Keep it up !
ReplyDeletemenarik nal lg
ReplyDeletebest...
ReplyDeleteMana bab 15...dah x sambung ke sebab dia org dah x mo balik malaysia?
ReplyDeletemana yg part 15?
ReplyDeletetakkan dh stop sampai part 14 je?
aloooo .. sambung lah lagi :'(
lamanya menunggu bila nak sambung ni....
ReplyDeleteDah tak nak sambung dh ka? lama menunggu dh jemu menanti....
ReplyDeletebest..
ReplyDeletebila nk smbung lg??
xkn smpai snie jer???
smbg la lg...
pleaseeeeeee...
Syoknya citer nie... bila nk smbung???? Good3x bt lgi lh, walaupn citer ni trhenti d cni,tpi memuasakn jgk. Ehehe.. :)
ReplyDeleteAd sikit typo kn??kak su spattnya tp writer tlis kak nis..lg sat7 yg baru berckp dh terjaga tu mcm
ReplyDeleteterbalik jer??
Paperpon citer nie mmg best...