UPDATE BAB : 13

“Kenapa..?”
Aniq Ehsan memandang kesisinya,tersenyum sahaja isterinya sedari tadi.
Mereka baru menghantar Ariq Ehsan kepada Suhana untuk diasuh selama dua jam,mungkin juga lebih awal daripada itu.Selepas selesai urusannya dihotel,Aniq Ehsan akan menaiki teksi kembali kerumah ini dan mengambil anak mereka daripada Suhana.
Baru seketika dia meninggalkan anak mereka itu,namun rasa rindu sudah menggamit hatinya.Moga urusannya akan selesai dengan segera dan dia dapat balik untuk mengambil Ariq Ehsan semula daripada asuhan jiran mereka itu.
“Seronok..anak tak menangis tinggal dengan kak Su tadi.Awak cakap apa dengan Ariq? Macam faham saja sampai tak menangis masa kak Su ambik dia tadi? Ini kali kedua dia tak menangis..”
“Cakap apa yang..abang cuma beritahu.Dia duduk sekejap sahaja dengan cik Su sebab abang akan ambik dia balik sebelum tengah hari nanti.”
“Itu saja?”
Soal Anis Adelia tidak percaya? Sebelum ini juga,itulah yang dia lakukan,sebelum keluar rumah,masa berjalan..sampaikan sebelum nak pergi pun ummi cakap benda yang sama tapi Ariq Ehsan tetap menangis masa lihat ummi pergi.
“Ya..Bukannya apa tu,dia tahu abah akan jaga ummi dia nie,sebab tu tak menangis dah.”
“Terima kasih..”
“Untuk apa?”
“Awak banyak mudahkan urusan saya sejak dua tiga hari nie.Dah dua hari tolong saya uruskan anak.Temankan anak,bermain dengan anak..”
Dia sekadar tersenyum namun Anis Adelia terpinga-pinga apabila tangannya diambil dan dikucup oleh lelaki ini.
“Nampaknya abang pun kena berhijrah kesini pulak?”
“Nak berhijrah kesini? Kenapa pulak awak?”
“Abang nak dekat dengan isteri dan anak,abang tak rasa abang boleh berpisah dengan Ariq dan ummi Ariq lagi.”
“Awak??”
“Abang nak kita mulakan hidup baru.Abang akan hormat keputusan Anis kalau Anis nak terus menetap disini dan abang nak minta satu perkara lagi dengan Anis.”
“Apa?”
“Beritahu mak dan ayah Anis berada dimana selama nie..beritahu mak dan ayah,tentang Ariq.”
Dia mengingatkan isterinya tentang sesuatu yang lebih besar juga..
Aniq Ehsan perasan,wajah yang tadinya kelihatan gembira..berubah kelat tiba-tiba.
“Walauapapun yang terjadi,Anis tetap anak mereka.Ariq tetap cucu mereka.Syurga Anis memang dibawah telapak kaki abang,tapi jangan lupa..tanpa mereka.Anis takda disini,Anis takkan mungkin ada Ariq dan abang juga.Air dicincang takkan putus sayang.”
Kata-kata Aniq Ehsan mengugat lagi ketenangan Anis Adelia..
Bukannya dia lupa semua tu,sentiasa dia ingat..
“Mak dan ayah dah masak dengan perangai saya Niq.” Anis Adelia tetap cuba mengelak lagi.
“Anis pun tentu dah faham dengan tingkah mereka kan?”
“Saya tak marah,memang semua yang telah berlaku itu adalah salah saya.Saya tak nafikan.Rahsia perkahwinan kita sampai ketangan mereka pun...”
“Kalau tak marah,takkan selama nie..langsung tak kirim khabar berita pada mereka? Sebimbang-bimbang abang pada Anis selama nie,mereka lagi bimbang sayang.Ariq?” Aniq Ehsan memotong kata-kata isterinya,tidak mahu Anis Adelia menyentuh tentang perkara itu lagi.Mak dan ayah sudah jelas tentang hubungan mereka,tidak perlu lagi perkara lama itu disentuh oleh Anis Adelia.
“Sekurang-kurangnya mereka tahu saya masih hidup.”
Sebab itu abang nak Anis beritahu mereka,jumpa mereka..
Aniq Ehsan berbisik kepada dirinya..
“Anis marahkan mereka.”
“Tak..”
“Kalau tak marah Anis takkan cakap macam nie.” Lembut tutur bicaranya.
“Awak jangan desak saya,boleh? Awak pun dah ada kat sini,lambat laun mereka akan tahu juga awak dah jumpa saya.Perkara nie pasti akan sampai kepengetahuan mereka juga satu hari nanti.”
“Lepas mereka dah takda kat atas dunia nie?” Tersentap Anis Adelia mendengar soalan itu.Kenapa sampai kesitu pula?
Aniq Ehsan semakin menggentarkan sekeping hati itu..
“Awak nak jadi begitu ke...??” Sayu sahaja suara Anis Adelia menyoal kembali suaminya.
Kenapa soal hidup mati pulak yang dipersoalkannya?
Semakin merasai perubahan isterinya,Aniq Ehsan lantas mencapai tangan itu.Jari jemari halus itu dikaitkan dengan jari jemarinya.
Niatnya cuma ingin membuka hati Anis Adelia.Biarlah semua masalah ini berakhir dengan baik.
“Abang tak nak Anis menyesal,perjalanan kita masih jauh...anak baru nak membesar.Selagi masih berkesempatan baik kita rebut peluang tu..Sebelum segala-galanya terlambat,masa tu takda guna kita nak menyesal.Fikir baik-baik cakap abang nie..abang tegur sebab Anis isteri abang,abang ingatkan kerana abang sayang dan tanggungjawab abang untuk memperbaiki kesilapan isteri abang kerana Anis amanah abang daripada-NYA. Tempangnya abang mendidik Anis,bermakna gagallah abang membentuk rumah tangga kita.”
Dia..?
Destinasi yang dituju,kunjung tiba.Anis Adelia sudah menghentikan kenderaannya.Perbualannya dengan Aniq Ehsan beberapa ketika tadi membuatkan dia berfikir panjang sama sekali.
“Betul ke awak tak nak saya tunggu awak?” Selepas mengambil keputusan untuk mendiamkan diri tadi,barulah gemersik suara itu kedengaran semula.
Sangka Aniq Ehsan tadi,Anis Adelia tidak mahu berkata apa-apa lagi padanya.
“Abang balik naik teksi sahaja,Anis pergi terus ke restoran.”
“Awak..?”
“Petang nie saya nak bawak anak pergi padang.InsyaAllah saya akan balik awal.Kalau boleh siapkan anak ya.”
Aniq Ehsan mengangguk.
“Hati-hati memandu.” Anis Adelia turut senang menerima pesanan itu,tangan suaminya disalami.
Terpinga-pinga dirinya seketika apabila dahinya dan kedua-dua belah pipinya dikucup bibir itu.
“Assalamualaikum..” Aniq Ehsan sudah turun,
“Waalaikumussalam..”
“Sampai rumah nanti,beritahu saya.” Sempat Anis Adelia berpesan lagi sebelum memulakan pemanduannya semula.Destinasi keduanya masih lagi jauh.
Dan..kata-kata Aniq Ehsan tadi lebih menganggu fikiran Anis Adelia,mujur dia masih mampu fokus kepada pemanduannya.
Mak...,ayah....,Ariq...
Aniq Ehsan sudah..mungkin perkhabaran ini juga telah sampai kepada pengetahuan adik beradik iparnya.Mustahil Aniq Ehsan tidak memberitahu mereka..
Yang tinggal sekarang adalah..keluarganya dan sahabat-sahabatnya terutama sekali Marlia.
Bila akan aku khabarkan kepada mereka pula tentang...anak kami ini,
Fitri menghampiri wanita yang sudah seminggu tidak ditatapnya itu.
Betapa rindunya dia pada seraut wajah ini...?
Hampir seminggu balik ke Malaysia,hatinya begitu meronta-ronta ingin kembali kesini..Semuanya kerana wanita dihadapannya ini!
“Jauh termenungnya kak Nis?”
Anis Adelia tersentak melihat kehadiran Fitri dihadapannya.Terhenti perbuatannya,api dapur gas yang masih berpasang tadi ditutupnya.
Seminggu dia tenang tanpa kehadiran anak muda ini,hari ini...hidupnya dan Ariq Ehsan akan kembali ‘diganggu’.
“Assalamualaikum kak Nis.” Ceria wajah itu menyapa pandangannya..tidak seceria Anis Adelia yang langsung tidak teruja menerima kehadirannya.
“Waalaikumussalam.”
“Buah tangan daripada Malaysia.Untuk kak Nis dan Ariq.” Anis Adelia mengambil juga pemberian itu,langsung tidak menolak kerana penolakannya nanti hanya akan membuatkan Fitri lebih memaksanya untuk menerima.Lebih baik ambil sahaja daripada dia terpaksa banyak cakap dengan anak muda ini.
“Bila balik? Kata seminggu sahaja?”
Berbuallah juga,tidak mahu sesiapa juga terasa lagi dengan sikapnya.
“Dua hari dah kak Nis.Baru sempat nak singgah restoran hari nie.”
Rasanya tak payah pun tak apa..
Hatinya terlebih dahulu memberi respon.
“Jomlah duduk kat meja sana.Kak Nis belanja minum..nak apa?”
Hah!
“Maira..”
“Ye kak Nis?”
“Iris mana?”
“Dengan saya..”
“Iris,tolong kak Nis tengokkan daging nie.”
“Baik kak Nis..” Anis Adelia berlalu kearah meja yang dimaksudkannya tadi.Fresh orange yang dipinta Fitri sempat diminta daripada Hurairah.
“Selalu pergi jumpa Ariq kat padang? Tak pun di rumah..”
Tegur Anis Adelia semula,terlupa yang dia sendiri tidak pergi ke padang.Bagaimana Fitri ingin bertemu dengan mereka?
Beg yang mengandungi buah tangan daripada Malaysia itu diletakkan diatas rak bersebelahannya,begitu juga dengan apron yang digunakannya semasa didalam dapur tadi.
Sejujurnya,dia lebih tenang tanpa kehadiran Fitri..rasanya,sikecilnya lebih lagi.
Ariq Ehsan?? Mujur dia lagi cerewet daripada ummi dia dalam hal-hal begini.Kalau dengan orang perempuan dia masih boleh nak dapat bila ummi ada,kalau dengan lelaki pulak? Belum sua tangan,tengok muka mana-mana lelaki asyik memandang dia pun dah nak menangis.Nasib baik dengan suami kak Su tak macam tu.Mungkin sebab dah selalu ada depan mata,seandainya begitu..Anis dapat membayangkan kesulitan yang bakal melandanya.
Jauh pula lamunannya...
“Saya ada saja di padang tu kak Nis,setiap petang.Kak Nis dengan Ariq saja yang tak nampak muka? Pergi mana? Saya lalu depan rumah kak Nis pun memanjang jer kereta tak ada?”
Terperangkap Anis Adelia dengan soalannya sendiri,terlupa yang dia juga sudah seminggu tidak membawa Ariq Ehsan berjalan dipadang.Sibuk dengan kerja,itulah jawapannya.
“Nak pergi macammana,orang dah ada suami kat rumah,duduk rumahlah Fitri.” Entah bila Sofia sampai,tiba-tiba berada diantara mereka.Tepat pada masanya!
Memang niatnya ingin Fitri mengetahui tentang kedatangan Aniq Ehsan disini dan kehadiran Sofia telah memudahkan segala-galanya.
“Eiii..patutlah happy berganda-ganda sejak dua tiga hari ini.Abang Aniq ada kat sini rupanya?? Pandai kak Nis rahsia kat kita yerk?” Sibuk pulak anak dara nie?
Rasanya dia ada diluar tadi? Bila masa pulak masuknya nie?
“Abang Aniq ada kat sini?”
Dia nampak terkejut benar.Apa yang terperanjat sangat?
Melihatkan anggukan diwajah wanita itu,lidah Fitri makin kelu..
Fitri agak kecewa dengan berita yang baru sampai kepadanya ini.Baru seminggu dia tidak bertemu dengan wanita ini dan hari ini? Dia mendapat berita pula yang suaminya sudah berada disini?
Apakah penantiannya selama ini hanya sia-sia? Hatinya mula bersoal jawab.
“InsyaAllah,kalau tak ada apa-apa..petang nie kak Nis bawak Ariq ke padang.Dah lama pun tak bawak dia berjalan.Datanglah kesana..”
“Ha! Betul tu Fitri.Boleh berkenal-kenalan dengan abah Ariq tu.” Tokok Sofia lagi.Dia pula sudah bersiap untuk mengambil alih tugas didalam dapur.
Anis Adelia semakin tampak akan perubahan diwajah anak muda ini dengan kata-kata Sofia kali ini.
Mereka tahu tentang perasaan Fitri terhadapnya dan mereka juga tahu tentang ‘perasaannya’ terhadap Fitri.
Pernah anak muda ini menyuarakan hasrat hatinya yang ‘suci’ itu,namun..mana mungkin dia menyambut cinta lelaki yang telah dianggap seperti adiknya ini? Dengan statusnya pula?
Dengan Firdaus juga dia tidak mampu membalas cinta insan itu..Inikan pula,kau..dik?!
Maafkan kak Nis,Fitri..hati ini dah terisi dengan cinta daripada insan itu.Sekalipun dia tidak wujud dalam hidup kak Nis,kak Nis tak rasa kak Nis mampu sambut cinta Fitri.
Sofia menghentikan langkahnya dihadapan Fitri,Anis Adelia sudah hampir sejam pergi ke Bookstorenya pula.Anak muda ini pulak? Dari sebelum Anis Adelia pergi tadi sampailah wanita itu sudah tiada didepan mata mereka.Dia masih juga disini.
Rimas pun ada Sofia melihatnya.
“Sudahlah tu Fitri.”
Mati lamunan Fitri,kehadiran Sofia menganggunya secara tak langsung.
Sengaja Fitri memandang wajah Sofia dengan kerutan diwajahnya,buat-buat tak faham meskipun dia tahu apa yang Sofia cuba sampaikan kepadanya.
“Lupakan saja perasaan kau tu pada Anis.”
Sofia mengambil senaskah majalah yang berada diatas meja disebelah mereka.Bukan dia nak baca pun,sekadar membelek sambil meneruskan perbualannya dengan Fitri.
Fitri pula masih tidak membalas setiap kata-katanya tadi.
“Kak Sofi bukannya apa,tak nak kau yang terluka...Anggap saja kau memang takda jodoh dengan Anis.Dia dah ada keluarga,anak dan suami..Dengar cakap kak Sofi nie,sebelum kau lebih terluka.Lupakan perasaan kau tu..Banyak lagi perempuan lain kat dunia nie.Teima hakikat,Anis cuma mencintai Aniq Ehsan,suami dia..”
Fitri memandang wajah Sofia kosong.Hatinya memang sedikit kecewa saat mendengarkan nama lelaki itu.Bagaimana dia ingin melepaskan Anis Adelia jika dihatinya..hanya ada wanita itu?
“Tak salahkan kak Sofi,saya hanya mencintainya dalam diam?”
“Salah!” Bantah Sofia keras,tersentak Fitri mendengarnya.
“Dia isteri orang! Hak orang! Berdosa buat macam tu.”
“Hati saya dah sayang kak...” Dia masih ingin mempertahan perasaannya.
“Lepaskan,dia hak orang..Kau tak berhak langsung mendapatkan dia,mencintai dia..apatah lagi!”
“Kak Sofi..saya,”
“Kalau betul kau sayang dia,kau kena lupakan perasaan kau.Kak Sofi tak nak perasaan kau tu nanti boleh menjahanamkan diri kau,merosakkan rumah tangga orang lain.Cari perempuan lain,kak Sofi yakin..kau mampu mengejar bahagia yang kau cari selama nie.Tak guna menanti pada yang tak sudi.”
Fitri kembali membeku...
Anis Adelia cuma singgah di Bookstore untuk sejam,melihat keadaan di Bookstore dan pekerja-pekerja sebelum bertolak balik.Tidak sampai dua jam pun dia berada disana,tak sempat juga untuk melepaskan lelahnya.
“Assalamualaikum..”
Anis Adelia menyapa suaminya.patutlah sunyi sahaja diruang tamu ketika dia masuk.Aniq Ehsan sedang memandikan anak mereka.
“Waalaikumussalam..”
Ariq Ehsan sudah memandang kepada umminya,bibirnya dihiasi senyuman.Menyambut kepulangan ummi tentu sekali.
Anis Adelia merapati kedua-duanya sebelum menyalami tangan suaminya,
“Awal balik..?” Barulah Aniq Ehsan menegurnya,Anis Adelia mengucup ubun-ubun putera kesayangannya.
“Kan dah janji nak bawak anak pergi riadah hari nie? Marilah sini anak tu,biar saya selesaikan.Awak mesti penat kan? Pukul berapa balik tadi??”
“Semua berjalan dengan baik,lepas check out tadi abang terus naik teksi balik kesini.Ambik anak..Lebih kurang pukul 10.30.” Ujarnya.
Anis Adelia sekadar mendengar sambil menyelak tangan bajunya,berniat untuk mengambil Ariq Ehsan daripada lelaki itu.
“Anis pergi rehat,baru balikkan? Biar abang selesaikan.” Perintahnya.
“Dah makan belum?” Soalan yang tidak pernah terlepas daripadanya untuk lelaki ini.
“Sup semalam ada,abang makan tu saja.Abang ingat nak masak,tak sempat yang..”
Tak sempat? Sibuk sangat ke mengurus anak?
Dah tiga hari Aniq bersama mereka,namun baru sekali Anis Adelia berkesempatan memasak untuk lelaki itu.Itupun hanya makanan barat yang kurang digemari oleh suaminya ini.
Agaknya bila lagi dia dapat menjamu lelaki ini dengan air tangannya lagi?
Anis Adelia tidak menuruti kata-kata suaminya,sekadar duduk diatas kerusi dibelakang anak dan suaminya sementara menantikan Ariq Ehsan selesai dimandikan abahnya.
Melihatkan telatah abah dan anak itu,tersenyum bibir Anis Adelia mengenangkan semua yang telah berlaku diantara mereka sejak Aniq Ehsan muncul dalam hidup mereka.Ikatan dan darah yang ada diantara mereka berdua tidak mampu dipisahkan.Sedangkan dia telah memisahkan mereka berdua sejak Ariq Ehsan didalam kandungannya lagi.
“Ariq macammana hari nie? Menangis ke..?”
“Menangis tu tak sayang,macam biasa tak minum susu saja lagi.Suhana cakap,dia ada minum susu dirumah Suhana tadi.”
“Main sajalah tu..?”
“Mainlah ummi,Ariq kan tengah membesar..”
“Alhamdulillah..siap dah hero ummi nie?!” Segenap wajah Ariq Ehsan dikucup umminya.Aniq Ehsan sedang menunaikan solat Zohor yang baru sempat dilaksanakannya.
“Allahhuakbar!” Barulah Anis Adelia mengangkat tubuh anak kesayangannya daripada atas katil.
Cuaca petang ini agak sejuk,Anis Adelia sedia memakaikan baju sejuk ketubuh sikecilnya ini.
Ketika dia berpaling kepada suaminya,Aniq Ehsan baru duduk tahiyyat akhir.Sebentar lagi selesailah tu..
Ariq juga sedang memandang kepada abahnya,dia tahu apa yang abah sedang lakukan.Setiap hari tengok ummi buat benda yang sama dulu dan sekarang abah pulak.Tak adalah dia merengek nak pergi kat abah.
“Abah tengah solat..kita tunggu abah sekejap.Lepas tu baru kita pergi ya sayang ummi.” Bisik Anis Adelia kepada anaknya itu.
Senyum dia..
Ummi keletihan sebenarnya,namun demi janji..dikotakan juga.
Masa ummi tengok ramalan cuaca pun tadi keadaan akan cerah dan baik sepanjang petang ini.Sesuatu yang menjadi rutin harian Anis Adelia setiap kali hendak membawa Ariq Ehsan keluar.Bimbang jika hujan sahaja,di musim bunga begini pun cuaca begitu sukar untuk diramal.Apatah lagi mereka hanya akan berjalan kaki.
Pun begitu payung tetap dibawa bersamanya,ramalan tetap ramalan kan? Bukannya selalu tepat.Jadi?! Sediakan payung sebelum...hujan!
“Hari nie Ariq nak pergi jalan-jalan dengan abah ye??”
Melihat senyuman diwajah itu Anis Adelia mengerdipkan matanya lama,makin pantang dengar nama abah sekarang nie.Suka sangat dia...
“Dah?”
Teguran Aniq Ehsan menyentakkan ibu dan anak itu,kepalanya baru disinggahi bibir itu.Anis Adelia mengangkat wajahnya.Aniq Ehsan sedang menghulurkan tangan kepada buah hati mereka itu.
Ariq Ehsan?
Seperti biasa tidak perlu dipelawa pun oleh abahnya tangan kecilnya sudah sedia mengepak sebaik melihat Aniq Ehsan.
“Ermm...Jomlah.”
Ariq Ehsan sudah bertukar kedalam dukungan Aniq Ehsan.
Beg yang berisi barang-barang Ariq Ehsan tadi diambil sebelum Anis Adelia turut bangun dan mengikuti dua lelakinya itu daripada belakang.
“Nak pakai macam nie saja?” Tiba-tiba Aniq Ehsan menegur.
Terhenti langkah Anis Adelia.
Soalan suaminya disambut dengan senyuman.Pelik sangat ke long skirt dan blouse yang diliputi cardigan ini ditubuhnya?
“Kenapa Encik Aniq? Saya bukannya nak berjogging.Tu..nak bawak hero awak tu pergi ambik angin kat luar.Dukung dia pun dah kira beriadah awak...” Ujar Anis Adelia penuh makna.
Dia kembali menapak,tiada lagi kata-kata daripadanya.
“Tak bawak stroller anak?”
Ada saja yang tak kena?
“Dia takkan nak duduk dalam tu,tambahan awak dah ada nie.Kalau tak larat nanti,awak bagi saja kat saya.” Terang Anis Adelia.
“Bawak saja,letak beg anak dalam tu.Bertolak tu ringan sikit daripada berpegang macam tu.”
Itulah maksud lelaki ini,bukannya dia tak larat nak mendukung anaknya.
Anis Adelia agak lapang sebaik keluar daripada rumah,bunga-bunga yang berkembang mekar disekeliling pagar dan diatas tanah membuatkannya tersenyum sendiri.Aniq Ehsan baru sahaja masuk kerumah bersama anak mereka semula,tertinggal sesuatu katanya.Menunggulah seketika.
Sudah dekat seminggu Anis Adelia hanya balik selepas hari sudah gelap.Sibuk benar dia rasakan sepanjang minggu ini sehingga Lavender,Dahlia dan Ros kesayangannya yang mekar diruang lapang itu langsung tidak sempat dilihatnya.Bunga-bunga rumput juga begitu mekar menghiasi lamannya ini,tidak sampai hati pula Anis Adelia ingin memijaknya.
Belum dikira ditepi sana dan dibelakang rumah,bunga-bunga di pokok plum yang begitu memutih dan memukau pandangan,cuma dia yang masih tidak berkesempatan untuk menikmati suasana ini sepenuhnya lagi sejak musim bunga berkunjung kembali.
Agaknya,inikah Ariq Ehsan rasakan? Sunyi juga kerana ummi hanya akan balik selepas maghrib?
Disebabkan itu,balik sahaja daripada bookstore dia terus mengambil Ariq dirumah Suhana.
Itu sebelum Aniq muncul..selepas Aniq ada diantara mereka,tidaklah dia berkejar dan bimbangkan keadaan Ariq yang ditinggalkannya agak lama daripada biasa.Sekarang nie nak pergi kerja pun tak susah hati sangat dah kerana dia tahu..Ariq selamat dibawah penjagaan abahnya.
Pun begitu,dia tetap rindu untuk menatap seraut wajah putera kesayangannya itu meskipun setiap hari mereka sentiasa bersama.
“Kak Nis..?” Tidak sampai seminit dia berada diluar ini,dirinya sudah disapa.
“Kak Nis? Lama tak nampak?”
Sekumpulan pelajar perempuan daripada Malaysia yang sedang berjalan-jalan menyapa pandangannya.Hampir 10 orang,semuanya sedang merapatinya.Sepertinya..ada destinasi yang ingin dituju oleh mereka?
“Jauh berjalan?” Anis Adelia menyoal kepada mereka semua sambil saling bersalaman dan berpelukan dengan mereka.
“Kami nak pergi rumah Farah dan kawan-kawan dia,kak.Oh ye! Dia ada pesan pada kami,mintak jemput akak.Terlupa lah..kita pun dah lama tak bertembung.Selalu nampak kak Nis dengan Ariq di padang?”
“Sibuk sikit Fatimah,itu yang tak sempat nak bawak Ariq kesana.Ermm,Farah buat apa kat kediaman mereka tu?”
“Dia buat makan-makan sikit.Marilah akak,akak pun dah cantik nie?! Ariq mana?”
“Sekarang? Tak dapatlah yang..Kak Nis nak ke Footscraylah nie.Bawak Ariq jalan-jalan petang nie,dah seminggu tak bawak dia bersiar-siar kesana.Terperuk jer dalam rumah.Nanti sampaikan maaf kak Nis pada dia,sampaikan juga salam kak Nis pada Farah dan kawan-kawan dia.”
Mereka mengangguk..
“Baby mana...?”
Tidak sempat Fatimah menyoal,Yasmin sudah memotong..
“Err..siapa tu kak?” Yasmin sudah memuncungkan mulutnya kebelakang Anis Adelia,tidak perlu Anis Adelia melihatnya kerana dia sudah mengetahui akan siapakah gerangan yang dimaksudkan oleh Yasmin.Yang lain-lain juga sudah melihat kearah orang yang dimaksudkan oleh Yasmin tadi.
Keluar juga akhirnya...?
“Suami kak Nis.” Anis Adelia berterus terang sambil memandang kepada kedua-duanya.
“Ha?” Terkejut mereka? Mungkin kerana tidak pernah melihat lelaki ini.
“Ayah Ariq ada kat sini ke..?”
“A'ah..Dah tiga hari ..”
“Tengoklah tu kak,dia berkepit dengan ayah dia.”
“Muka dia samalah dengan husband kak Nis..”
“A'ahlah kak Nis..”
“Aloo...manjanya?”
Dengarlah komen mereka..
“Assalamualaikum..” Aniq Ehsan menyapa..
“Waalaikumussalam..”
“Siapa?” Aniq Ehsan menyoal kepada isteri yang sudah berada disisinya.
“Nie..?? Semua anak-anak dara nie student Malaysia awak,tengah berkonvoi nak pergi jamuan makan.Bab-bab makan,memang terserahlah kat mereka..” Anis Adelia mengusik kesemuanya,alala..malu-malu pulak? Tadi banyak betul mulut mereka..
“Kenalkan..nie suami kak Nis,abah Ariq.Aniq Ehsan.Bolehlah panggil Abang Aniq.”
“Kacak kak!”
Aii...? Anis Adelia gagal menyembunyikan senyumannya mendengar komen Syakila.Kawan-kawannya sudah menyiku lengannya.
Berkerut dahi suaminya mendengar kata-kata Syakila itu.
Statement berani mati nie.
Reaksi yang lain-lain juga turut mencuit hati Anis Adelia..
“Wei! Tengok kak Nis? Diaorang nie kuat salah faham lah..”
La..baru perasan?
Bertaburlah tawa mereka melihat wajah kelat Syakila..
Malu dia..
Fahamlah Aniq Ehsan..
Inilah dia,perangai budak-budak nie..
“Kau nie! Elok-elok dia diam,menangis pulak nanti?! Janganlah nak ambik dia..”
Marah Yasmin apabila Ariq Ehsan yang sudah berada didalam dukungan Anis Adelia cuba diambil oleh Fadhilah.
“Alah,aku geramlah...lama tak jumpa dia,rindu kot.”
“Kalau dia nak kat kita tak pa,nie karang..elok-elok duk suka,menangis pulak? Dahlah dia nak pi jalan-jalan nie..Dah hensem-hensem nie,comot pulak nanti.”
“Eii..budak pipi lebaw nie? Lama tak jumpa..makin bam-bam erk??”
Anis Adelia merenung kewajah anaknya ini.Sudah memerah pipi anaknya ini dicubit oleh cik-ciknya ini.
Kesiannya anak ummi..Nasib baik tak nangis?
Itulah,orang nak ambik..jual mahal..kan dah kena gomol pipi tembam awak tu...
“Farah buat majlis apa sebenarnya?” Berbalik kepada topik asal mereka tadi.
“Birthday party housemate mereka,Vee.Kami pergi nie pun nak makan free jer kak.Hehe..” Itu dia jawapannya.
Haih..Budak-budak nie?
“Itulah! Bukan senang nak makan free kak Nis..Memang tak boleh nak tolaklah..Lagi-lagi masakan Malaysia..Hua! Dengar jer dah kecur air liur kitaorang nie kak.Untung-untung,dapatlah tapaw kang.” Ketawa mereka,memang dah rancanglah nie..
“Kami gerak dululah kak Nis,janji semalam nak tolong mereka..Lambat nanti, riuh pulak mulut 'makcik-makcik' tu.”
“Babai Ariq..Nanti jumpa lagi tau..”
Semua sibuk mengucapkan selamat tinggal pada Ariq,kali ini kena cium pula pipi tu..
Begitulah mereka setiap kali bertemu dengan buah hatinya ini.
“Hati-hati!” Sempat Anis Adelia berpesan sebaik mereka berpelukan untuk berpisah.
Riuh rendah kembali suara mereka sebaik melangkah semula.
Anis Adelia mengembalikan pandangannya kepada Aniq Ehsan.Suaminya hanya tersenyum..
_______________________________________
wah. cute nya ariq ehsan. oh. update lg.
ReplyDeletenanti ye..'
ReplyDeletebest....
ReplyDeleteBest. Next hehe. Love ur writing babe !
ReplyDeletebestnyaaa pi jalan2 together. Huhuhu sweet laaa :3
ReplyDeleteMenariksss!
ReplyDelete