Wednesday, 24 July 2013

Salahkah aku…Mencintaimu??? BAB:36

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah..Ramadhan ke-14...:)

Maple-Leafs-2-Hd-Widescreen-Wallpapers



             “Betul tak nak akak hantarkan?” Nur Imani ingin memastikan lagi,merenung kearah beg yang agak banyak untuk dibawa Sakinah itu tidak sampai hatinya membiarkan adik iparnya ini menaiki kereta sewa ke stesen kereta api walaupun itu yang Sakinah mahukan.

Sakinah tetap mengangguk walaupun sudah beberapa kali ditanyakan perkara yang sama daripada kakak iparnya..

It’s okey..Kinah dah biasa..Kinah bukannya apa..jalan nak ke sana tu selalu sesak,kalau akak hantar Kinah.Pergi kita berdua..balik nanti..akak balik sendiri,kesian akak...tambahan lagi kalau sesak teruk.Akak jangan risau okey?”

“Tak tunggu abang balik dulu? Kinah kan kirim coklat dan..”

“Abang kata nak balik kampung nanti..hujung minggu depan katanya,Kinah pun tak balik lagi masa tu.Bawak balik sekalilah nanti.”

Nur Imani tersentak,Ariff Farhan nak balik kampung minggu depan? Takdapun dia bagitau? Tapi..

“Itupun teksi dah sampai..Kinah balik dulu akak..” Lamunan Nur Imani terhenti..Sakinah sudahpun menyalami tangannya,seketika erat tubuhnya dipeluk erat adik iparnya ini.

“Dah sampai nanti jangan lupa beritahu akak..sampaikan salam akak pada mama,babah dan..semualah.”

“InsyaAllah..Akak pun..jaga diri,baby..abang lambat lagi sampai.” Nur Imani tersenyum sebelum mengangguk.Sesuatu yang berada didalam genggamannya tadi diletakkan ditangan Sakinah.

“Ambil nie..!”

“Err..apa nie akak? Tak payahlah..Kinah pun ada duit nie..Berlebih-lebih lagi,semalam babah baru bank in kan 100 lagi”

“Ambillah..akak hadiah.”

Sakinah nampak berat,kakak iparnya  tersenyum namun besar harapannya supaya Sakinah mengambilnya.

“Ambil.”

“Terima kasih akak..”

“Hati-hati Kinah..”

Sakinah memandang wajah kakak iparnya itu buat kali terakhir sebelum memboloskan dirinya ditempat penumpang belakang didalam kereta sewa yang dipanggilnya tadi..

“Abang balik nanti sampaikan salam Kinah padanya.Assalamualaikum akak..Kinah balik dulu.”

“InsyaAllah.Waalaikumussalam.”

 

Sunyi dirasakan apabila Sakinah tiada Nur Imani sekadar duduk diruang tamu sambil menonton kembali televisyen yang sedang terpasang.

Ariff Farhan pula hanya akan sampai selepas maghrib nanti.Masih panjang senggang waktu untuk dia menyambut kepulangan insan itu.

Kita nak buat apa nie sayang ibu...?

Mulalah akalnya merencana sesuatu untuk dilakukan bagi mengisi waktu lapangnya ini.

Keluar? Nak pergi mana? Beli belah? Bukan kesukaannya.

Berjalan-jalan?? Huh! Takda yang seronoknya kalau berjalan-jalan seorang diri.

Memasak? Selepas subuh tadi dia dan Sakinah sudah siap menyediakan menu untuk makan tengah hari sekali kerana Sakinah ingin membawa bekal tadi.Menu hari ini...nasi dengan sup ikan merah ,mudah namun begitu menyelerakan.

Kemas rumah?

Sepanjang dua hari yang lepas..itulah yang dilakukannya.Mengemas seluruh kawasan rumah bermula daripada dapur sehinggalah keluar rumah dan masuk kembali.Mahunya Ariff Farhan balik nanti dia akan disoal siasat,huhu...

Nasib badan..siapa suruh pandai-pandai cari masalah?

Hmm..dah tu..Nak buat apa nie?

Tidur?

Mata tak mengantuk..nak tidur macammana?

Kalau dipaksa pun paling lama,sejam?

Habis baki 11 jam nie?

Alahai...

Sehelai demi sehelai pakaian miliknya yang telah dilipat dan yang telah tersedia berlipat disimpankan kedalam luggagenya.Hanya dua helai yang masih dibiarkan untuk kegunaannya malam ini,esok dan lusa.

Inilah yang dilakukan oleh Nur Imani sejak lebih kurang 2 jam yang lalu..mengemas segala barang miliknya ke dalam kotak dan beg-beg yang sedia ada.

Nak pergi mana..?

Esok adalah hari terakhir dia menjadi permaisuri didalam rumah ini,sebaik sahaja terbit fajar selasa...dengan rasminya! Sahlah dia bercerai talak satu dengan Ariff Farhan.

Bermakna..dia tidak lagi diperlukan didalam rumah ini.

Sayang untuk meninggalkan,rumah ini telah menyaksikan permulaan hidupnya sebagai seorang isteri..Setahun bagi Nur Imani adalah satu tempoh waktu yang panjang dan kebanyakan daripada lukisan hidupnya telah terlakar didalam rumah ini.Terlalu banyak memori untuk dikenang apabila dia keluar nanti.

 

Ariff Farhan akan balik pada bila-bila masa sahaja daripada sekarang.. Nur Imani membelek seketika dirinya Jarang dia menghiaskan dirinya seperti malam ini,lepas maghrib dan mengaji seketika tadi dia langsung mempersiapkan dirinya untuk menyambut kepulangan suaminya.

“Mana babah nie sayang?” Nur Imani melemparkan pandangannya keluar tingkap,sepi.

 

Ariff Farhan sudah tersenyum melihat seraut wajah yang dirinduinya,cantik sungguh isterinya malam ini!

Jubah mengandung yang pernah dihadiahkan buat wanita ini sudahpun dipakainya.Sesuai sangat! Paling menawan pandangannya adalah perut isterinya yang semakin menampakkan bentuk itu.

Subhanallah..ada nyawa disitu,ada tanda cinta mereka yang sedang membesar dirahim itu.

Rindu betul babah pada ibu..pada anak babah. Hati kecilnya masih sempat berbisik.Sejak malam tadi dia tidak sabar-sabar untuk kembali ke rumah mereka ini,Alhamdulillah perjalanannya dipermudahkan dan dia selamat tiba kerumah mereka sebelum isyak,setengah jam terlewat daripada waktu yang diberitahukan kepada isterinya.

“Assalamualaikum..” Bergetar jantung Nur Imani mendengar suara insan yang begitu dirinduinya itu selepas 3 hari tidak bertemu.

Bibirnya sudah tersenyum daripada tempatnya sedang berdiri ketika itu.Sepasang mata mereka telah menyatu,menyatakan kerinduan melalui lirik mata yang saling menatap.

Sayang ibu..tengok tu..lelaki yang kita tunggu daripada tadi sampai dah.Senyum sampai lesung kat pipi tu dah boleh masuk sebiji cili dah..

Mahu sahaja Nur Imani berlari dan mendakap tubuh itu selama mana yang diingininya.

“Waalaikumussalam..” Nur Imani menjawab perlahan.Seperti pasangan pengantin yang baru dinikahkan sahaja lagak mereka.

Kepulangan Ariff Farhan membuatkan jiwa dan perasaan Nur Imani selapang-lapangnya,hilang segala risau dan resah yang menganggu dirinya sedari tadi.

Perlahan-lahan dia mengatur gerak kepada suaminya yang baru sahaja melangkah masuk sebaik menanggalkan kasutnya.Laju lagi langkah yang diaturkan Ariff Farhan mendapatkan isterinya.

Sebaik mereka saling berhadapan,sekali lagi mata keduanya bertatapan diantara satu sama lain,berbicara tanpa suara sekadar lirik mata yang menyatakan segalanya.

Nur Imani menyalami tangan itu,sejambak mawar merah dihulurkan kepadanya,terkesima seketika.

“Untuk siapa nie?”

Gatal pula mulutnya bertanya sedangkan sudah terang lagi bersuluh yang jambangan mawar ini memang untuknya.

“Untuk isteri abang..!” Bisik Ariff Farhan mesra..Hangat bibir Ariff Farhan singgah dipipinya,lama..

Nur Imani tidak menolak apabila tubuhnya terus ditarik ke dalam dakapan suaminya.Erat tubuhnya dipeluk insan itu.Nur Imani masih tidak membalas.

“Sayang tahu tak betapa rindunya lelaki ini pada isteri dia nie..?!” Bisikan itu sekadar menjadi halwa telinga Nur Imani,dia lebih berkeinginan untuk berada didalam dakapan insan ini biarpun hanya seketika cuma.

Selesanya tapi..

Kenapa hatinya tiba-tiba sebak? Kenapa tiba-tiba rasa nak menangis nie? Kenapa aku nak dia terus dakap aku macam nie sampai bila-bila? Kenapa nie..?

Perasaan sama yang dirasainya ketika Ariff Farhan hendak bertolak ke Langkawi beberapa hari lepas kembali dengan kepulangan lelaki ini?

Nur Imani masih mendiamkan dirinya didalam pelukan suaminya,ya Allah! Mengapa?

“Sayang..Anak kita?” Ariff Farhan menyoal perlahan,tangannya turut mencari permukaan perut isterinya itu.

Nur Imani masih membeku didada suaminya,saat tangan itu sudah berada ditempatnya baru kedengaran suaranya memecah kesunyian.

“Bercakaplah dengan dia..dah 3 hari tak dengar suara babah.Rindu.”

Tersentuh Ariff Farhan mendengar kata-kata isterinya..Benarkah seperti yang diperkatakan?

 

Ariff Farhan merendahkan dirinya,perhatiannya kali ini buat sikecil mereka yang sedang berada dirahim..ini,

“Assalamualaikum anak babah...Puteri babah rindu babah? Babah pun rindu kat dia.Babah tinggalkan sayang dan ibu ye? Lama? Babah dah balik kan? InsyaAllah lepas nie babah tak pergi dah..Babah akan teman ibu..teman sayang..Ya Allah! Sayangnya babah kat dia.Hmm.”

Seperti biasa,Nur Imani sekadar mendengar apabila dia berbicara dengan sikecil mereka..biarlah kedua-duanya saling berinteraksi.

 

Selesai makan malam bersama,berjemaah isyak berdua,mengemas dapur bersama..

Ariff Farhan dan Nur Imani menghabiskan masa mereka didalam bilik.

Sedang Ariff Farhan keluar kebawah kembali mengambil barangnya dan Nur Imani juga selesai menggubah jambangan ros yang diberikan suaminya tadi ke dalam pasu,pantas sahaja jari jemarinya memunggah pakaian elok yang berada didalam beg suaminya meskipun sudah dilarang Ariff Farhan daripada awal lagi.

Kembali semula kebilik,Ariff Farhan tidak dapat berbuat apa setelah melihat isterinya sudah duduk bersimpuh diatas lantai bilik sambil melipat pakaian-pakaiannya.

"Sayang..Kan abang dah pesan..?" Nur Imani segera menghalang apabila dia cuba untuk membantu,mujur Ariff Farhan mengalah juga dengan kehendaknya.

“Biarlah baju-baju tu kat situ sayang..esok abang kemaskan sendiri.”

Mujur dia tak membantu tapi bibirnya..ayat yang sama itu terus diulang-ulang.

“Nur kemaskan,sikit saja nie..yang lain-lain tu tinggal nak basuh.”

“3 hari yang..abang rindu.” Ujar Ariff Farhan tiba-tiba..

“Nak apa nie?” Nur Imani menyoal curiga.

“Nak suruh duduk dekat abang saja..teman abang tengok tv nie kejap.” Kusyen disebelahnya ditepuk-tepuk,mempelawa isterinya untuk duduk disisinya.

“Marilah sini sayang..”

“Seronok sangat ke ceritanya?”

“Bukan cerita tu yang abang nak suruh sayang tengok..abang nak dengar cerita isteri abang nie.Abang nak sayang buat report penuh pada abang sepanjang abang takda kat sini.Sinilah cepat yang..abang nak dengar.” Beria-ia Ariff Farhan mempelawanya.Macam tak nampak sahaja isterinya ini sedang mengemas.

“Nur bukan setiausaha abang,nak report segala bagai pulak?”

“Abang dengar hari sayang buat nasi daging tu,kaki tu cramp lagi?” Dia tetap tak berputus asa.

Nur Imani mengerling kearah suaminya,dia tahu juga..tenang saja dia menatap forum bual bicara yang sedang ditayang ditelevisyen ketika ini.Sajalah tu!

“Sikit saja..taklah teruk sangat.”

“Kan abang dah pesan,hati-hati?”

“Nak buat macammana? Dia nak sakit? Terima sajalah..”

Nur Imani tetap menyudahkan kerjanya kerana hanya tinggal dua tiga helai untuk disimpan.Selesai! Sekarang masa untuk dikemaskan didalam almari pula.

Ariff Farhan mengeleng melihat kearah isteri kesayangannya.Kalau dibiarkan,silap hari bulan dia keluar pergi basuh kain baju tu pulak!?

Ariff Farhan terus memerhatikan tingkah isterinya sehinggalah hatinya berbisik sesuatu.

Haih! Tak boleh jadi nie.

“Allah!” Bagai mengulangi kembali memori ketika ditangga beberapa minggu lalu.Nur Imani memandang wajah suaminya tidak puas hati.

“Abang!!!”

Nur Imani mengurut perlahan dadanya.Nafas yang dihelanya kembali tenang,pun begitu tindakan suaminya tetap membuatkan dia geram.

“Nak apa nie..? Boleh tak lain kali jangan buat macam tu! Terkejut tahu tak..nie..dengan anak pun terkejut sekali!”

Nur Imani meluahkan rasa tidak puas hatinya,suaranya masih ditahap sederhana.Tubuhnya yang berada didalam cempungan suaminya membuatkan dia tidak mampu bergerak cuma tangannya yang bebas tetapi tidak berdaya untuk melakukan apa-apa.

Kekalutannya itu hanya membuatkan si suami tersenyum.

“Abang dah suruh teman abangkan? Siapa suruh buat tak tahu saja?” Sanggahnya.

“Dah siap pun..Nak simpan dalam almari saja.Rimaslah tengok bilik nie bersepah.” Alasan itu pula diberikan.

“Abang tak suruh pun sayang keluarkan pakaian abang dari dalam beg tu? Abang dah cakap abang akan buat esok..tak nak dengar kan?”

“Simpan baju tu dulu..” Nur Imani tidak mahu mengalah.Semua baju dan seluar itu hanya perlu diletakkan kedalam almari sahaja.Berharap sangat agar suaminya dapat membantunya.

“Biarkan kat situ..mana lagi utama sekarang? Baju-baju tu atau abang..yang?” Alahai..

Nur Imani mendiamkan diri,mulutnya terkunci daripada berkata-kata.Mereka sudahpun menjauhi tempatnya mengemas tadi..

Err... “Nak pergi mana nie?” Soal Nur Imani semula apabila dia baru tersedar mereka baru sahaja melewati tempat rehat tadi.Bukankah dia cuma diminta untuk menemani menonton televisyen tapi sekarang nie dah tersasar ketempat lain?

“Teman abang..dah bersiap untuk abang,pergi duduk mengemas pulak?” Sindir Ariff Farhan berbisik,Nur Imani sekadar mempamerkan riak tenang.

“Tadi suruh teman tengok tv,nie...kenapa pergi ke katil pulak?” Nur Imani kembali menyoal sedang soalan yang diajukan suaminya tadi tidak berjawab lagi.

“Dah jemu abang melihat televisyen tu..daripada kecil sampai ke besar benda tu memang selalu kat depan mata.3 hari kat sana pun abang naik runsing melihatnya.Sekarang! Abang nak tengok perempuan nie saja,okey?!”

“3 hari dah sayang sibuk buat kerja masa abang takda? Sampai sakit-sakitkan? Sekarang nie time untuk rehat.Biar abang hipnosiskan fikiran sayang nie daripada memikirkan nak mengemas rumah,memasak?! Semua tu?? Understand?!”

Nur Imani mengangkat wajahnya,membalas pandangan redup suaminya.Kali ini bersama senyuman mekar yang dilakarkan khas buat insan ini,biarpun..wajah suaminya,serius betul!

Apalah yang dah suaminya ini buat pada hati dan perasaannya?

Susahlah macam nie?

 

Ini lagi selesa.. Nur Imani merenung kearah kakinya yang sedang diurut oleh Ariff Farhan..

Tidak mampu berbuat apa-apa setelah Ariff Farhan beralih kearah kakinya sebaik sahaja tubuhnya diletakkan diatas katil merek.Dalam masa yang sama dia sudah bersedia,memasang telinganya untuk mendengar segala yang bakal meniti bibir suaminya.

Ariff Farhan sudah memulakan mukadimah.

Ya! Sebentar dia akan mendengar seorang bapa menasihati anaknya.Hah..Inilah padahnya! Buat kerja sesuka hati sesedap rasa bila suami takda padahal sudah dipesan-pesannya jangan menyusahkan diri..

Hendak tergelak pun ada Nur Imani mendengar leteran suaminya ini,sedikit pun tidak membuatkan dia marah mahupun terasa hati dengan kata-kata lelaki itu.Sebaliknya suara itu kedengaran seperti hembusan angin yang bertiup lembut.

“Kenapa pandang Nur macam tu..” Nur Imani hampir memejamkan matanya ketika Ariff Farhan mendekatinya.Punyalah sedap urutan yang diberikan suaminya hingga dia hampir terlena.Cepat pula mengantuknya malam ini.

Nur Imani sedikit kekok,dia tidak dapat menghalang matanya daripada menatap sepasang mata suaminya yang berada didepan matanya..Nak mengelak macammana lagi apabila pinggangnya turut dirangkul oleh Ariff Farhan sebaik sahaja lelaki itu merebahkan badannya disisi isterinya.Nur Imani terperangkap.

“Apa nie?” Soal Ariff Farhan tiba-tiba.Daripada sibuk tangannya bermain diwajah isteri dan rambut isterinya tadi,pipi Nur Imani dicuitnya..

“Apa nie apa?” Nur Imani mengulangi semula soalan suaminya pelik.

“Nie..pipi tembam..badan makin berisi..?!” Komen Ariff Farhan menjawab pertanyaannya tadi,itu jer?

Kalau dah macam tu..?? Hmm...

“Apa nie?” Nur Imani sengaja mengulangi soalan dan perbuatan suaminya tadi.Tangannya mencuit lembut pipi suaminya.

Terangkat kening lelaki itu mendengar soalan yang diajukan kepadanya.Dia yang menyoal terlebih dahulu mengapa dia pula diajukan soalan yang sama ni?

Hmm..? Ariff Farhan mempamerkan riak wajah sepertinya tadi.Kelakar pula Nur Imani melihatnya.

“Apa nie apa sayang?” Soalan berbalas soalan yang sama juga diterima Nur Imani.

Peluang! Ini peluang keemasannya untuk mengenakan suaminya pula.Dicubit perlahan pipi itu.

Berkerut-kerut dahi suaminya melihatkan tindakannya.

Hehehe...Nur Imani tersenyum nakal.

“Apa nie..!? Pipi tembam..? Makin berisi..? Perut tu..dah nak sama naik dengan perut ibu dah?” Sudah??

“Ibu nie lainlah..ada satu lagi dengan ibu.Makan minum berdua,sakit berdua,buat apa pun..semuanya berdua..mestilah semuanya jadi double?! Ini yang orang nie pun..naik sama nie,apa hal pulak,cuba cerita?”

Ariff Farhan gagal menyembunyikan tawanya,niat dihati ingin mengusik isteri..sudahnya dia pula yang terkena?

Bibirnya dilabuhkan kepipi permaisuri dihatinya ini.Gembira.

“Tak tembam macammana? Tak berisi macammana? Lelaki ini,hatinya tengah berbunga bahagia.Hidupnya bukan mainlah gembira,tinggal beberapa bulan jer lagi dia bakal menimang cahaya mata pertama..Of courselah dia pun sihat sentiasa,takda benda pun yang buat hati dia nie resah tak tentu hala.”

Amboi ayat? Sayang ibu..tengoklah babah tu,bukan main indah lagi berbahasa kat kita.

Dalam masa yang sama Nur Imani sudah mengantuk..masuk ini sudah hampir 10 kali mulutnya menguap,semasa Ariff Farhan mengurut lagi tadi.Lenguh sudah tangannya menutup mulut yang terbuka kadang-kadang tangan Ariff Farhan yang terlebih dahulu mendahului.

Pun begitu dia masih ingin melayan bicara suaminya.

“Lelaki tu memanglah tengah bahagia,tapi perempuan nie tak larat dah nak celik mata.” Nur Imani hampir tertidur sebelum menghabiskan ayatnya,senyuman dibibir suaminya pasti disebabkan melihat keadaannya.Sentuhan diwajahnya juga mulai tidak terasa meskipun tangan suaminya masih lincah bermain dirambut dan wajahnya.

Tak boleh jadi nie..mengantuk!

“Kanda..kanda..” Tak larat nak bergurau dah..

“Ya dinda..?”

“Apa kata diakhirkan alkisahnya,tabir malam yang dah lama melabuhkan tirainya ini sudah menggamit lena adinda.Adinda nie kan berbadan dua,kanda juga yang tidak mengizinkan adinda beradu dilewat ketika.Alunkanlah kalam suci itu wahai kekanda,ingin benar adinda beradu walaupun seketika cuma.” Nur Imani sudah menjatuhkan kepalanya kedada suaminya.Tiada lagi kedengaran suara dibibirnya.

“Eh! Yang..nak tidur dah?” Sedikitpun kelantangan suara suaminya tidak dapat melawan rasa mengantuknya.Nur Imani tidak membalas lagi,mulutnya sudah tidak terangkat,inikan pula hendak menjawab soalan suaminya.Matanya yang sememangnya sudah terpejam hampir seminit yang lalu mula melangkah masuk ke alam mimpi.

Hanya telinganya yang masih mampu menangkap suara itu.

Mengantuk betul Nur Imani malam ini.Mungkin kerana Ariff Farhan sudah berada bersama mereka,mungkin kerana dia dapat terlena berbantalkan dada ini semula.

Ariff Farhan juga tidak terkata apa,deru nafas isterinya yang sudah kedengaran lebih tenang itu menjawab sendiri pertanyaannya tadi.

Sebelah tangannya begitu erat memeluk bahu isteri yang sudah nyenyak tidur berbantalkan dadanya.Sebelah lagi pula yang sedari tadi turut berada diperut isterinya,mengusap lembut permukaan perut yang semakin hari semakin menampakkan bentuk itu.

Ibu dah tidur..anak pula diganggunya.

“Assalamualaikum anak babah..Dah tidur ke puteri kesayangan babah nie?” Ariff Farhan bersuara serendah mungkin agar nadanya tidak mengejutkan isteri yang baru terlena.

Namun seketika kemudian..Ariff Farhan pula yang terdiam.

Anak?? Ariff Farhan yakin apa yang baru dirasainya tadi bukan mimpi!

Dia benar-benar terkejut saat merasakan pergerakan diperut isterinya.Bukan sahaja dirasai ditangannya tapi juga tubuhnya yang ditindih tubuh isterinya ini.

Ya Allah! Anak aku bergerak?! Hatinya menyoal tidak percaya namun dalam masa yang sama melonjak-lonjak gembira.

Anak babah,sayang...?

Subhanallah! Allahhuakbar!!

Ya Allah! Kekuasaan-MU tiada tolok bandingnya! Engkaulah Allah,yang menjadikan kami daripada setitis air mani yang tiada nilainya disisi-MU YA Allah namun Engkau angkat darjat kami dengan menjadikan kami sebaik-baik makhluk ciptaan-Mu,disisi-Mu.Alhamdulillah! Aku bersyukur dengan anugerah-Mu ini.Kau jagakan sikecil ini untuk kami sehingga pada waktunya yang telah Engkau tetapkan untuk kami menatap wajahnya.Aku setia menanti.

Ya Allah! Jadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur diatas kurniaan-Mu.Jika dihari muka tiba-tiba hati ini berpaling ataupun terlupa mengenai wanita didalam dakapan ku ini.Kau segeralah mengingatkan aku Ya Allah,ingatkan aku akan kepayahan dan kesusahannya untuk mengandungkan zuriat kami ini.Jangan Kau izinkan aku untuk melukai dirinya lagi.Sesungguhnya akulah,hamba-Mu yang terlalu kerdil disisi-Mu.Hamba-Mu yang terlalu mudah alpa dan lalai dengan nikmat dunia ini walaupun aku sedar ianya cuma seketika.

Ya Allah..teguhkan rasa cinta kami terhadap-Mu.Teguhkanlah rasa kasih ini dihati kami berdua.Biar berkasihnya kami dalam redha dan rahmat kasih sayang-MU sentiasa.

Untuk anak babah nie..terima kasih sayang memberikan babah kenangan terindah ini.Babah sayang anak babah,babah sayang ibu..Dua-dua nyawa babah,dua-dua cinta hati babah.Jadi anak ibu dan babah yang solehah sayang..babah dan ibu akan tunggu sayang.InsyaAllah,bila tiba masanya nanti,kita akan saling menatap diantara satu sama lain.Babah dan ibu akan tunggu...demi kesayangan kami ini.

Ariff Farhan kembali mengusap permukaan perut isterinya.Dalam masa yang sama tangan kanannya dikirinya ditubuh isterinya turut mengusap bahu itu.Kepala isterinya yang sekadar berada dibawah dagunya menjadi persinggahan bibirnya.

Terima kasih sayang,kalau tak kerana Nur sudi mengandungkan anak abang nie.Belum tentu lagi abang berpeluang merasai pengalaman berharga seperti ini.

Bacaan ayat Kursi dimulakan dan diakhiri dengan surah al-Mulk.Ariff Farhan masih diulit rasa bahagianya dapat merasakan pergerakan anaknya tadi,ikutkan hati mahu sahaja dia mengejutkan isterinya ini untuk berkongsikan kegembiraan ini bersama..cuma akalnya tidak mengizinkan dia berbuat begitu.

Malam ini,tidurnya turut diulit mimpi indah yang hanya diketahui dirinya.Subhanallah!

 

Nur Imani menyelak kain langsir bilik yang menutupi pintu kaca menuju ke balkoni bilik mereka.Pintu kaca tersebut turut dibuka sedikit,alat kawalan penghawa dingin yang terletak pada tempatnya dicapai sebelum dimatikan suhunya.

Angin pagi yang cukup segar dan mendamaikan ini cukup untuk memberikan pengudaraan yang lebih baik ke dalam bilik mereka ini.

Nur Imani kembali kekatil selepas selesai kerjanya itu.Dia sudah mempersiapkan dirinya sejak setengah jam yang lalu,tinggal untuk mengejutkan Ariff Farhan sahaja.

Wajah suami yang keletihan ditatap,lena suaminya tidur..mungkin benar katanya,3 hari mereka berpisah dia tidak dapat tidur dengan baik.Yang penting sekarang dia sudah kembali kesisi mereka.

Tengok sayang ibu..kesian babah.Letih sangat..Balik-balik semalam dah kena melayan kita.

Ibu nak babah teman ibu pagi nie cuma tak sampai pula rasa hati ini nak ganggu lena babah..tapi...kalau ibu tak kejutkan babah,ibu tak tahu bila ibu dapat cakap semua nie lagi.Ibu cuma harap..sebelum segala-galanya berakhir,ibu nak kongsikan segala-galanya dengan babah.

Nur Imani menatap wajah suaminya,serba salah pula dibuatnya.

Dibelai-belai wajah suaminya,diusap-usap ubun-ubun lelaki itu..Lama dia sekadar membiarkan sepasang matanya menatap wajah itu sebelum bibirnya dijatuhkan kedahi itu pula.

“Sayang?” Terkejut Nur Imani melihat mata yang terpejam sedari tadi tiba-tiba terbuka.

“Sayang? Kenapa bangun nie? Awal lagi kan?” Terjaga pula dia? Tidak menyangka perbuatannya menganggu lena suaminya.

"Nur ganggu abang?"

“Abang nak sambung tidur lagi?”

“Hmmh..?”

Nur Imani merendahkan kedudukannya,merapatkan dirinya ke tubuh suaminya sebelum berbisik sesuatu.Tangan suaminya sudahpun melingkari tubuhnya.

“Kita pergi dating pagi nie boleh?”

“Ermm..?” Bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarinya ini daripada mulut isterinya.

“Abang nak tahu keputusan Nur kan? Ada perkara Nur nak cakap dengan abang.”

“Hari nie..? Pagi esok tak boleh? Teman abang,abang mengantuklah sayang.” Ariff Farhan sengaja menarik kembali tubuh isterinya kedalam pelukannya.Nur Imani tidak dapat mengelak pun begitu dia lebih bijak mengawal keadaan.Sekali lagi bibirnya membisikkan sesuatu ketelinga suaminya.

“Kita hidup lagi ke sampai esok bang?”

Membulat pandangan Ariff Farhan memandang kearahnya. Kemenangan miliknya

Yeah!

“Isteri abang nie..abang guraulah.Yalah,abang bangun.Allah! Mengantuk lagilah sayang.”

“Abang?”

“Hmm..” Ariff Farhan merebahkan kembali tubuhnya.

“Abang..?”

“Sayang..Ya,abang bangun.”

“Abang mandi dulu..Nur tunggu abang.”

“Sayang mandi dah?”

“Dah!”

“Kenapa awal sangat? Tunggu mandi dengan abang pun tak apa tadi..?”

“Maaf..terlambat.”

“Pandailah dia.”

“Dah pukul 3.30..cepatlah..Anak pun nak berjemaah dengan babah nie.” Nur Imani mengusap ubun-ubun suaminya.Dia kelihatan letih,pun begitu tidak sedikit pun dia menolak keinginan isterinya ini.Ariff Farhan bangun seperti yang diminta,mengucup wajah itu sebelum berlalu kedalam bilik air bersendirian.

Namun pintu yang baru tertutup itu tiba-tiba terbuka semula.

Wajah Ariff Farhan tercegul semula,bukan main lebar senyumannya.Berkerut dahi Nur Imani memandang kearah suaminya.

Mengapa pula nie?

“Abang? Ada apa lagi nie..?!” Nur Imani menegur.Mengigau pulak ke?

“Sayang..sebelum abang tidur tadi.Abang dapat rasa..Anak kita bergerak!” Ujarnya teruja! Dia benar-benar teruja,Nur Imani melihatnya disebalik biasan mata yang dilemparkan kepadanya.

Ya Allah! Suami aku ni..!

Nur Imani tersenyum sambil mengangguk,gembiranya dia..!

Thanks sayang..abang appreciate sangat semua yang sayang dah buat demi rumah tangga kita.Lepas nie sayang boleh mintak apa saja yang sayang nak daripada abang.Abang akan beri..apa saja!”

“Nur nak satu saja..boleh tak abang mandi sekarang? Imamkan tahajud kita hari ini..Boleh tak..?” Ujar Nur Imani separuh merayu,yang ini pun tak tertunai lagi nak suruh mintak yang lain pulak?

Ariff Farhan tersenyum dan terus tersenyum.

Boleh pula dia keluar semula..ya Allah! Nak apa pulak nie..?

“Abang..?”

Namun suaranya terus tenggelam saat tubuhnya didakap erat...Pelik benar dengan pelakuan suaminya ini..

Dahinya dikucup,ubun-ubunnya juga..Nur Imani mendiamkan diri.

“Jadi isteri abang sampai syurga sayang..? Jadi ibu kepada zuriat-zuriat abang,kita besarkan anak-anak kita bersama..? Setia disisi abang sayang..sehingga nafas terakhir abang..?” Ariff Farhan berbisik lembut..

Tergamam lagi Nur Imani dipelukan suaminya,tidak tahu ingin mengatakan apa.Hanya tangannya mampu membalas pelukan yang diberikan.

Lelaki ini takkan berhenti memujuknya...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 

2 comments: