
Beberapa minit lalu Nur Imani selesai mengerjakan tanggungjawabnya.Sempat juga bilik suaminya dijelajah.
Ternyata semua barang-barangnya memang berada dibilik lelaki ini.
Yang peliknya..Bila masa pulaklah Ariff Farhan sempat mengubah semua ini?
Atau kehilangannya pagi tadi disebabkan ini?
Dia sanggup balik kerumah pagi-pagi buta tadi semata-mata nak memindahkan semua barang-barangnya?
Mungkin ya kerana bimbang Sakinah tahu tentang hubungan mereka agaknya?
Bermacam-macam andaian yang disimpulkan oleh akalnya.
Dari anak tangga,hidung Nur Imani sudah disapa bau sesuatu yang cukup membuka seleranya.
Sebaik kakinya menghampiri dapur,sesusuk tubuh seorang anak gadis sedang sibuk mengucai sesuatu didalam kuali panas menjadi perhatiannya.
Langsung hilang apa yang bermain difikirannya tadi.
“Wanginya,Kinah masak apa nie?”
Nur Imani mendekati Sakinah supaya tidak mengejutkan adik iparnya ini.
“Kak Nur..? Nie..Kinah buat cucur udang sikit..”
“Sedapnya..ada kucai dengan taugeh lagi nie..ermm,bertuahnya ibu dengan baby hari ni..dapat makan air tangan mak su?” Ujar Nur Imani sambil mengusap perutnya.
“Hehe,mestilah..ingat senang ke chef pemalas nie nak masak?” Dikutuknya pula diri sendiri?
Anak dara nie..
“Chef pemalas apanya macam nie? Tengah hari tadi dah tolong masak untuk makan tengah hari.Sempat pulak buat makan petang lagi.Kalau kahwin nie,confirm suami sayang.” Usik Nur Imani.
“Haha..kahwin? Kesitu pulak akak nie,lambat lagilah..” Jawab Sakinah pula,malu-malu.
“Kenapa lambat lagi pulak? Kinah dah 23 tahun pun..kalau nak kahwin apa salahnya?”
“Selagi tak habis degree,selagi tu takkan fikir tentang kahwin..tidak sama sekali.Kinah nak fokus dulu pada study.”
“Tapi kak Nur dengar,dah ada yang datang risik?” Nur Imani membuka cerita yang diketahuinya daripada ibu mertua serta kakak iparnya itu.
Boleh pulak Sakinah ketawa dengan soalannya itu.
“Dia tu?? Ish..mengada-ngada budak tu kak Nur.Suka-suka datang jumpa mama dan babah,tak bincang pun dengan Kinah.Sewel agaknya.”
Nur Imani yang sedang membancuh kopi O’ panas didalam teko langsung tersenyum mendengar jawapan Sakinah.
“Apa pulak sewelnya? Itu tandanya dia serius dengan Kinah.Ingat senang ke lelaki sekarang nak beri komitmen macam tu? Mama dengan babah cakap,budak lelaki tu pun baik.Mama pun ada kata dia tak kisah pun kalau Kinah nak kahwin sebelum habis study,babah pun kan?” Tokok Nur Imani lagi.
“Sejujurnya Kinah tak bersedialah akak...” Sekali lagi jawapan Sakinah menerbitkan senyuman dibibir kakak iparnya.Sementara itu,ruangan dapur ini sudah dipenuhi dengan semerbak harum aroma kopi yang pasti menggambit sesiapa juga peminatnya.
“Tak bersedia tak semestinya Kinah akan gagal.Kahwin tu kan ibadah..?”
“Kak Nur rasa Kinah patut kahwin ke?”
“Kinah rasa?” Sengaja Nur Imani mengembalikan soalan itu kepada Sakinah semula.Dia ingin mendapatkan jawapan daripada Sakinah terlebih dahulu.
“Memanglah semua tak kisah kalau Kinah nak kahwin dalam masa terdekat nie,tapi..”
“Tapi?” Setelah agak lama Nur Imani menantikan Sakinah menyudahkan kata-katanya,langsung dia pula yang menyebut kembali perkataan terakhir yang meniti bibir Sakinah tadi.
“Kinah ragu-ragu.Tak yakin untuk menjadi seorang isteri dan ibu.”
“Dah buat solat istikharah?”
“Tak..”
“Tak..? Hmm..kenapa tak buat? Kalau dah ragu-ragu,lebih baik mintak petunjuk daripada Allah.”
“Takut petunjuk tu pulak suruh Kinah kahwin,ha?” Ujarnya bimbang.Air muka Sakinah cukup untuk menggambarkan apa yang bermain dimindanya.
Nur Imani tersenyum.
“Baguslah macam tu,itu maknanya Allah nak dia yang jaga Kinah.Ambik alih tugas babah dan abang sepenuhnya keatas Kinah.”
“Betul ke kak Nur.”
“Kak Nur rasa,jalan terbaiknya..lebih baik Kinah minta sendiri petunjuk daripada Allah.Itulah bertuahnya kita,umat Muhammad nie.Allah sentiasa ada disisi kita samada senang ataupun susah.Dia takkan pernah tinggalkan kita,cuma kita nie..kadang-kadang lalai.Hanya mencarinya ketika dalam kesusahan..Kak Nur sokong saja apa keputusan Kinah..”
Pandangan mereka bersatu,Sakinah masih dengan rasa ragunya dan Nur Imani..dengan wajah yang tenang cuba untuk memberikan keyakinan itu kepada Sakinah.
__
“Ha!Siap pun..Nak tunggu abang ke?” Sakinah meletakkan dulang berisi cucur udang bersama sos dan seteko kopi O’ yang dibancuh kakak iparnya tadi bersama dua biji cawan keatas meja makan dihadapan mereka.
Sebelum punggungnya dicecahkan keatas kerusi makan disisinya,kakak iparnya menjawab soalannya.
“Kak Nur rasa abang Kinah tu balik malam nanti.”
“Kalau begitu..kita makan kat luarlah akak? Kinah tengok,redup je hari..angin petang pun sedap jer menyapa badan.Tenang sikit mata nie tengok keadaan diluar yang hijau je..”
“Eloklah tu..”
“Okey..Jom! Keluar.” Sakinah kembali mengangkat dulang tadi dengan kedua-dua belah tangannya.
“Mari sini dulang tu,biar kak Nur bawakan.” Nur Imani cuba memberikan bantuan.
“Tak perlulah.Biar Kinah yang bawak.Akak tu baru sembuh..jangan buat kerja berat-berat sangat.Kena jaga baby..” Sengih Sakinah kepada kakak iparnya.
“Dah lama rasanya kita tak dapat bersembang macam sekarang.Kalau dulu..Kinah nie asyik menyemak je kat rumah akak.”
“Hmm,sejak...”
“Sejak kak Nur kahwin dengan abanglah..” Laju bibir Sakinah menyambung..
Nur Imani sekadar tersenyum dan mengangguk dengan kata-kata adik iparnya kerana ada kebenarannya.
Petang itu,hanya mereka berdua yang menyantap menu petang yang cukup membuka selera.
Nur Imani terutamanya.Berselera betul dia menjamah cucur udang air tangan Sakinah yang begitu enak itu.
Banyak perkara yang dibualkan oleh dua beradik ini,jika dihitung kembali sudah begitu lama mereka tidak berbual berdua seperti sekarang.Sebelum Nur Imani menjadi kakak ipar,rumah mertua kepada abangnya itu seakan-akan rumah kedua buat Sakinah.Disitu dia akan bertandang sejak kecil sehinggalah dewasa,begitu juga dengan adik beradiknya yang lain.Terlalu banyak warna-warni kehidupan yang mereka semua kongsi bersama.
Daripada dua jiran yang menjalinkan ikatan persahabatan akhirnya telah menjadi sebuah ikatan persaudaraan.
Kini,persaudaraan itu pula akan dikuatkan dengan kehadiran seorang zuriat daripada kedua-dua buah keluarga ini.Alhamdulillah.
____
Nur Imani menatap kearah jam yang baru berdetak ke angka 12.30 malam.Kepulangan Ariff Farhan masih dinantikannya.Entah kemana suaminya pergi,sejak dia keluar petang tadi sehingga ke jam sekarang kelibatnya masih tak kunjung tiba.
"Kemanalah babah nie sayang?"
Bisik Nur Imani perlahan sambil mengusap perutnya.
Sengaja dia tak mahu menelefon suaminya kerana dia berharap panggilan itu akan dibuat Ariff Farhan sendiri.
Kotlah dia nak telefon,beritahu isterinya nie kenapa dia balik lewat? Balik ke tidak malam nie?
Sayangnya sampai ke sudah satu panggilan pun daripada lelaki itu tidak diterimanya.Kecewalah juga kerana Nur Imani menyangka suaminya benar-benar telah berubah.
Setelah jam hampir menjengah ke pukul 1.00 pagi barulah kedengaran deruman enjin kereta suaminya memasuki perkarangan rumah.Dari jendela bilik,Nur Imani menyambut kepulangan suaminya.
Sebelum Ariff Farhan masuk,dia terus naik kekatil dan berpura-pura tidur.
Malas ingin melayani rajuknya sendiri kerana dia tahu,tiada siapa yang akan memujuknya.
__
Ariff Farhan memberhentikan kakinya diruang rehat keluarga apabila matanya melihat ada cahaya samar-samar disitu.
Daripada belakang,dilihatnya Sakinah sedang berehat sambil menonton television,
“Assalamualaikum..” Dia menyapa adiknya itu.
“Waalaikumussalam..Abang..Baru balik..?” Sakinah memalingkan wajahnya kepada abangnya.
“Hmm..Tak tidur lagi Kinah?”
“Nak tengok cerita nie bagi habis dulu,seronoklah pulak.Abang daripada mana? Kak Nur daripada tadi menunggu abang balik?”
“Abang ada kerja dengan abang Him..”
“Tak nak minum dulu? Kinah boleh buatkan? Kopi?”
“Tak perlulah..Abang letih dik,nak tidur.Abang naik dulu ya."
"Yelah..pujuk isteri abang tu..kesian daripada petang tadi tunggu abang balik."
Ariff Farhan tersengih sambil mengenyitkan matanya kearah Sakinah.Barulah dia melangkah semula.
"Assalamualaikum abangku..”
“Waalaikumussalam..”
___
“Assalamualaikum..”
Ariff Farhan menjengulkan kepalanya terlebih dahulu.Melihatkan isterinya terbaring membelakanginya diatas katil,baru dia melangkah masuk.
Nur Imani masih menjawab salam yang diberikan kepadanya,perlahan dan dengan mata yang masih dipejamnya rapat.
Selepas itu tiada lagi kedengaran suara itu menganggunya,sibuk siapkan diri nak tidurlah tu..
Namun..sedang Nur Imani berusaha untuk memujuk dirinya supaya tidur..
“Sayang..berdosa tak jawab salam.”
Astagfirullahala’zim..
Lemah semangat Nur Imani mendengar bisikan ditelinganya itu.Langsung dia tidak sedar akan kehadiran lelaki itu diatas katil ini.Entah bila masa Ariff Farhan naik,pinggangnya sudah dipeluk mesra.
Hangat bibir itu mengenai telinganya.
“Lama Nur tunggu abang?” Ariff Farhan memancing lagi.Mata yang terpejam rapat itu diintai seketika.Tangannya dimain-mainkan diatas bulu kening hitam yang agak lebat itu.
Nur Imani masih seperti tadi,diam dan kaku.
“Ada orang merajuk ke nie?” Provok Ariff Farhan lagi dalam nada mengusik.
Geram Nur Imani mendengarnya,dahlah balik lambat lepas tu sibuk duk mengacau orang nak tidur!
“Sorry..abang tahu abang bersalah.Tapi abang sibuk sangat tadi,dah dua hari tak masuk kerja.Kesian pulak nak biarkan Zahim selesaikan kerja tu sendiri.Abang ingat nak telefon Nur tadi,tapi bateri pulak habis.Nak pinjam telefon Zahim..malu.”
Buat lawak?
“Dahlah tu sayang..jangan pura-pura tidur lagi.Abang nampak Nur intai abang kat tingkap tadi.”
Err? Nampak ke?
“Sayang..Kalau ya pun nak sambut suami balik.Tunggulah kat depan pintu,bolehlah abang peluk cium.Baru romantik.Nie kat tingkap...?”
“..abang bukannya superman sayang,boleh terbang masuk kot tingkap jer.”
Ha,sudah?!
Hai..tak boleh jadi nie..selagi aku tak bersuara,selagi tulah dia tak henti bercakap..
Desis hati kecil Nur Imani,memanglah malas ingin melayan kerenah suaminya,tapi..
“Nur bukan tunggu abang,” Nur Imani bersuara juga akhirnya.Malas..
Tegas pula dia menidakkan kata-kata Ariff Farhan sebelum itu.
Tersenyum suaminya...
Kan?
“Tadi Nur terjaga,turun minum air.Masuk bilik dengar kereta abang masuk kehalaman rumah.Nur tengoklah dekat tingkap.Lepas tu Nur naiklah kekatil.Nak tidur,baru nak lelap,abang tiba-tiba ganggu.” Jelasnya satu persatu,namun hanya membuatkan bibir suaminya semakin tersenyum mekar.
Baru Nur Imani merasakan sedikit bebas daripada Ariff Farhan,tiba-tiba dia diganggu lagi.Ariff Farhan sedang menarik perlahan bahunya,cuba membawa wajahnya untuk ditatap namun Nur Imani lebih cepat mengelak.
“Abang penatlah sayang,Nur tidur dekat abang..? Bolehlah abang tatap muka isteri abang yang comel nie?” Ariff Farhan mengucup pula rambut isterinya,keharuman rambut dan tubuh ini semakin menganggu ketenangan hati sang suami.
Aduhai...
“Selama nie penat macammana pun boleh jer tidur sendiri?”
Tersindir Ariff Farhan dengan isterinya.
“Itu selama nie..sekarang tak boleh dah.” Pujuknya pula sambil menghadiahkan satu lagi ciuman kudus dibahu Nur Imani,lama.
Mengada-ngada.
Dan Nur Imani lebih tegas dengan keputusannya,sampai ke sudah dia tidak mengubah kedudukannya.Hanya tubuh suaminya dirasakan makin mendekatinya yang akhirnya melekap rapat bersama kejapan pelukan ditubuhnya.
“Ya Allah..mengantuknya.!”
Ariff Farhan menutup mulut yang kembali menguap.Mengantuk yang teramat.
Matanya sudah kuyu,badan yang sudah keletihan itu terus merayu-rayu meminta direhatkan.
“Abang mengantuklah sayang..letih pulak rasanya..esok kita sembang lagi...Assalamualaikum ibu,anak babah..”
Akhirnya dia sendiri yang menutup perbualan mereka,tangannya terlekap rapat ke perut isterinya.
Sempat lagi bibirnya singgah dipipi isterinya,dalam masa tak sampai 10 minit nie saja hampir 10 kali ciuman diterima Nur Imani daripada Ariff Farhan.Rajin betul dia.
“Waalaikumussalam.”
Ariff Farhan hampir terlena ketika dia mendengar isterinya menjawab salamnya.Tiada lagi kata-kata daripadanya selepas itu.
Nur Imani hanya sedar suaminya memang keletihan saat mendengar nafas yang dihela lelaki itu sudah berubah tenang.
Dia sudah terlena.
Terperangkap dalam pelukan suaminya,Nur Imani tidak dapat bergerak kemana-mana.
Bimbang jika pergerakannya akan menyebabkan Ariff Farhan terjaga.
Tangan suami yang berada diperutnya disulam erat sebelum disatukan dengan jari jemari halusnya.
Sejenak dia ralit dalam lamunannya,perasaannya berpuisi sendiri..
Semalam..
kau tiba-tiba hadir menyerah diri tanpa dipinta.
Aku yang telah lama terluka,langsung tidak mengerti akan tujuan mu.
Kenapa baru sekarang?
Setelah puas hati ini dilukai...
Kau begitu mudah meminta peluang itu dengan bicara?
Sedangkan aku..,
Aku takut..bimbang,
Andai kemaafan ku akan memberikan ruang untuk kau menyakiti diri ini lagi...
Kerna didalam hubungan ini,
Kisahnya bukan lagi antara kita berdua sahaja...
Tetapi akan hadirnya sebuah lagi kisah mengenai penyeri ini,
Aku masih mampu bertahan jika diri ini yang disakiti,
Namun jika dirinya juga menjadi mangsa..
Aku bimbang aku akan lebih terluka..
Bimbang jika aku tidak mampu memberikan peluang itu lagi andai itu yang kau pinta.
Kerna mungkin,
Hatiku telah tertutup buat selama-lamanya dan tiada lagi ruang untukmu disitu.
Maafkan diri ini,sayang..
Alangkah baiknya..
Jika hati ini semudah itu juga mengikhlaskannya?
Jika begitu,
Pasti aku mampu terlena dengan tenangnya disisimu ketika ini,
Sebagai kekasih dan isteri yang ingin kau pertahankan kini.
Duhai kasih..
Mengapa sekejam ini kau menduga hati dan perasaan wanita ku..?
Siapakah sebenarnya aku..dihatimu,Ariff Farhan?
Bersenandung sepi hatinya,mencari jawapan pada setiap persoalan yang bermain dibenaknya.
Titis jernih yang mengalir ditubir matanya,dibiarkan jatuh..tidak juga diseka mahupun dihalanginya.
Ya Allah,takdir telah menyatukan aku dengan insan ini,jodoh ini adalah ketentuan dan kehendakMu.
Aku masih setia disini..demi sebuah janji.
Janganlah kau goyahkan hati ini seandai telah tersurat di nota takdirku yang dia bukanlah milikku sehigga kesyurgaMu.
Aku masih setia disini..kerana aku takkan berpaling lagi sebaik sahaja hari itu berkunjung tiba.
Sebelum waktu itu melewati,Kau tetapkanlah diri ini untuk menjadi kebahagiaan serta kegembiraan kepada kesedihannya,tetapkanlah aku menjadi penawar kepada penyakitnya kerana aku masih lagi isterinya dan wajib keatasku untuk mentaatinya selagi mana dia tidak melanggari hak Engkau keatasnya.
“Abang sayang Nur..”
Nur Imani terkesima..
Apa yang baru menyapa pendengarannya tadi bukanlah mainan mimpinya tetapi satu kenyataan.
Ariff Farhan baru sahaja mengucapkan perkataan itu ditelinganya.
Mengingau ke suami aku nie?
Tangan kanannya yang masih terlepas bebas,meraba-raba ke belakangnya sebelum terlekap dipipi suaminya.
Ariff Farhan masih terlena.
Diusap seketika wajah itu sebelum jemarinya dialihkan kedahi suaminya pula.
Sambil mengusap ubun-ubun Ariff Farhan,bibir Nur Imani membacakan surah al-Fatihah dan ayat kursi..bimbang andai ada sesuatu yang mengikut suaminya balik bersama tadi.
Sebelum matanya pula terpejam,Nur Imani sempat lagi berdoa memohon perlindungan ALLAH daripada syaitan laknatullah untuk mereka sekeluarga terutamanya bayi didalam kandungannya ini.
Semoga Allah memelihara dan menjaga anak ibu..
_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+
SEDIHNYA.
ReplyDeletewah...bestnya entry ni..tantah si ariff tuu mimpi pasal nur...nur...bukakanlah hati tuu... jgn biar tertutup untuk selamanye...please...hmm anyways good job kak ^^
ReplyDelete