Sunday, 3 February 2013

Salahkah aku...Mencintaimu??? (10)

Renungan bersama...;

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

 

Bahagian ; 10

->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->

Nur Imani melabuhkan punggungnya diatas kerusi ditaman mini ditepi banglo milik suaminya ini,selepas menyiapkan menu untuk makan tengah harinya dia terus keluar dihalaman rumah sambil berehat,tidak bercadang untuk menjamah masakannya lagi.



Mujur keadaan diluar tidaklah sepanas semalam,suasana suram dan berangin lembut sejak pagi tadi masih berterusan sehingga sekarang meskipun waktu sudah menjangkau kejam 11.30 pagi.Namun tidak pula menunjukkan tanda-tanda hujan akan turun.

Dua jam yang lepas dia telah pergi keklinik Dr Farihah yang telah dipilih untuk merawatnya sehingga dia bersalin nanti.Sekeping lagi  gambar ultrasound kandungannya yang didapatinya daripada Dr Farihah ketika membuat pemeriksaan tadi dikeluarkan daripada beg tangannya.

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah.Tuhan sekalian alam.Tidak tergambar rasa bahagia yang menyeliputi perasaannya ketika ini terutama sekali apabila Dr Farihah memberitahunya yang sikecil dirahimnya ini sedang membesar dengan baik,hanya rasa syukur yang tidak berbelah bahagi mampu dipanjatkannya kepada Allah.

“Alhamdulillah..nampaknya keadaan Nur dengan bayi dalam kandungan  baik-baik saja.Berat pun normal,ujian air kencing dengan darah juga nampaknya biasa.Kalau keadaan terus macam nie untuk beberapa bulan lagi,insyaAllah baby akan membesar dengan baik dalam rahim ibu dia nie sampai waktu melahirkan nanti.


Cukup kata-kata Dr Farihah itu untuk membuatkan rasa bimbang dihatinya sedikit hilang berbanding dulu untuk menjalankan aktiviti hariannya seperti biasa.Sekurang-kurangnya dia tahu yang aktiviti sehariannya selama ini tidak menjejaskan kesihatan diri mahupun kandungannya.

Alangkah bahagianya jika Ariff Farhan turut berada disisinya saat itu? Melihat sendiri bagaimana anak mereka sedang membesar dirahimnya?

Sudikah Ariff Farhan meluangkan sedikit masanya untuk menemani isterinya ini setiap kali dia membuat pemeriksaan kesihatannya dan bayi di klinik?

Nur Imani melekapkan kepingan gambar yang berada didalam tangannya tadi tepat kebibirnya,dikucup gambar tersebut penuh kasih sayang dan cinta seorang ibu terhadap anaknya.Matanya terpejam rapat,sekali lagi deraian air mata membasahi wajahnya.

“Alhamdulillah,sekarang ibu rasa lebih bersedia nak bawa anak ibu nie balik kampung,jumpa mak  tok,tok ayah,tok babah,tok mama dan semua orang kat kampung.InsyaAllah,petang nanti babah ambik  kita dirumah,kita balik kampung ye sayang.. ”

Album mini yang turut dibawa keluar bersamanya ketika keluar tadi diambil dari atas meja dihadapannya,Nur Imani membelek seketika album mini yang dihasilkan dengan kreativitinya sendiri ini.Semuanya bertemakan warna pink dan ungu anggur yang pastinya memaksudkan kepada kelembutan dan keindahan.Bermakna? Mungkinkah anak yang bakal dilahirkan Nur Imani ini adalah bayi perempuan?

Sebenarnya jantina sikecilnya ini masih lagi menjadi tanda tanya buat Nur Imani kerana dia sendiri tidak tahu.Cuma..kata hatinya sejak dia mengetahui yang dirinya mengandung kuat mengatakan yang bakal cahaya mata pertamanya ini adalah seorang perempuan.Bukan Nur Imani tidak mahukan anak lelaki malah sejak dulu..dia pernah berharap untuk memiliki seorang anak lelaki sebagai anak sulongnya kerana dia mahu anak lelaki itu menjadi ketua,pelindung dan seorang abang yang akan bertanggungjawab kepada adik-adiknya nanti.Namun dalam situasinya sekarang? Dalam perhubungan yang tidak diketahui akan apa kesudahannya ini Nur Imani tidak mengharapkan sesuatu yang lebih.Jika hubungan ini akan berakhir seperti yang dikehendaki oleh Ariff Farhan bermakna anak ini adalah satu-satunya zuriat yang akan dimilikinya.Sememangnya dia tidak bercadang untuk mendirikan rumah tangga buat kedua kalinya setelah memiliki anak ini.Biarpun cintanya tidak berbalas,biarlah dia menjadi seorang pencinta yang setia.

Album mini yang dibuatnya ini sebenarnya khas untuk menyimpan setiap memori sikecil ini sepanjang berada didalam kandungannya.9 bulan yang pastinya akan mencoretkan begitu banyak kenangan indah buat mereka.

Tubuhnya disandarkan rapat kebelakang kerusi untuk memberikan keselesaan kepada dirinya.Setelah itu baru Nur Imani membuka album yang berada ditangannya ini.

Gambar pernikahannya bersama dengan Ariff Farhan yang diletakkan sebagai kenangan pertama mereka yang dibingkaikan dengan kertas keras berbentuk hati menyapa pandangannya.Gambar yang meninggalkan seribu satu kenangan buat Nur Imani.Begitu mesra bahunya dipeluk oleh Ariff Farhan,indah lagi senyuman yang terukir dibibir itu walaupun pada hakikatnya kemesraan mereka ketika ini tidaklah seindah sentuhan yang dibuatnya pada sekeping gambar ini.Tidak juga seindah perasaan sang suami buat dirinya.Namun bagi Nur Imani,gambar ini adalah simbolik kepada penyatuan mereka.Semua tahu hubungan ini telah diikat melalui jalan yang sepatutnya.Dirinya telah diambil dengan sah dari walinya! Redha daripada kedua-dua orang tua mereka.Bukankah itu adalah perkara paling penting untuk membina sebuah ikatan?

Jadilah..inilah buktinya!

Walaupun tanpa kebahagian..?

Err…tidak bahagiakah aku dengan perkahwinan ini? Tiba-tiba persoalan itu hadir dibenak Nur Imani.

Wajah tenang suaminya didalam gambar ini disentuh,entah apa perasaan Ariff Farhan ketika ini setelah permintaannya untuk membatalkan perkahwinan ini dulu tidak dipersetujui oleh seluruh ahli keluarganya.Dari air mukanya…dia langsung tidak menunjukkan sesuatu yang dapat menggambarkan perasaannya kerana itu Nur Imani sendiri tidak dapat mengagak apa sebenarnya yang sedang bermain difikiran Ariff Farhan ketika ini,apatah lagi jelas terbias digambar ini akan kemesraan yang ditunjukkan oleh Ariff Farhan kepadanya dan mereka semua! Senyumannya?? Bisakah senyumannya seindah ini jika sememangnya dia tidak bahagia dengan perkahwinan ini?

Nur Imani tidak punya jawapan pada semua persoalan itu,satu yang dia pasti…disebabkan layanan yang dihulurkan Ariff Farhan kepadanya selama ini,Nur Imani hanya mampu menyimpul sendiri yang ketenangan Ariff Farhan ketika ini tidak lebih daripada untuk menutup kekecewaan dihatinya,mungkin juga…Dia tidak mahu seluruh ahli keluarga mereka bimbang  jika dia menunjukkan ketidakpuasan hatinya itu kepada semua.

Ah! Semua itu telah pun berlalu,tiada apa lagi yang perlu disesali mahupun dikesalkan.

Suka atau tidak…semuanya juga telah terjadi…

Baginya penerimaan Ariff Farhan keatas dirinya bukan lagi keutamaan.Dia redha seandainya hubungan ini berakhir ditengah jalan.Allah lebih mengetahui akan apa yang terbaik buat hamba-hambanya.

Sekarang,masa depan anak ini yang lebih penting daripada segalanya.

Gambar kenangan dihari pernikahannya itu ditinggalkan sebaik sahaja tangannya menyelak pula ke muka surat yang seterusnya.Nur Imani rela membiarkan semua kenangan itu berlalu pergi begitu sahaja sebagaimana dia merelakan hatinya diusik kenangan lama itu sebentar tadi.

Kali ini dua keping gambar ultrasound milik sikecilnya pula menyapa pandangannya.Hilang duka dihatinya,terbit pula bunga-bunga cinta yang kembang mekar dihatinya.

Terukir sebuah senyuman kebahagiaan dibibirnya.

Tidak pernah terjangkau dek akalnya hubungan mereka akan berjalan sejauh ini.

Namun dia juga sedar! Kuasa Allah akan menandingi segala apa yang berada diatas muka bumi ini,seperti hubungan mereka..Ariff Farhan tidak pernah jemu menyatakan pendiriannya untuk menokhtahkan hubungan ini,dia juga tidak pernah jemu menunjukkan kebenciannya pada diri ini!

Tapi...?

Lelaki itu juga sememangnya telah tewas dengan diri ini..Biar apa pun alasan Ariff Farhan ketika dia menginginkan dirinya..akal Nur Imani cuma dapat memberikan satu jawapan kepada semua itu! Ariff Farhan tidaklah sekuat mana untuk menghalangi dirinya,dia juga seorang manusia biasa! Tetap ada kelemahannya! Apatah lagi pada sesuatu yang telah dihalalkan kepadanya,bukankah salah satu tujuan perkahwinan itu adalah untuk mengelakkan penzinaan?

Ah! Dasar lelaki! Terlalu ego untuk menyatakan perasaan mereka!

Tangannya sudah menyelak kemuka surat seterusnya.Nur Imani mengembalikan semula sepenuh perhatiannya kepada dua gambar yang berada didepan matanya sekarang.

Ketika kali pertama ujian ultrasound ini dilakukan hampir 3 bulan yang lalu,keadaan janinnya terlalu kecil lagi masih tidak menampakkan bentuknya sebagai manusia yang telah lengkap penciptaannya.

Gambar kedua ini pula semakin membuatkan Nur Imani teruja,mengetahui anaknya sedang membesar dengan baik.Nur Imani tidak mampu menyembunyikan rasa dihatinya meskipun ada ketika dia merasakan seribu satu macam perasaan yang bertandang kesanubarinya.

Semua yang terjadi ini seperti sebuah mimpi..yalah..tidak pernah dia terfikir untuk mengandungkan zuriat lelaki yang membencinya.

Hampir 3 bulan yang lalu keadaan sikecilnya ini hanya sebesar ibu jarinya tapi hari ini?

Proses kejadiannya sudah sampai kepada satu penyempurnaan.

Alhamdulillah..melalui gambar ultrasound yang diperolehinya tadi jelas kelihatan bentuk wajah sikecilnya yang sudah terbentuk.Dah ada dagu..nampak juga hidungnya yang kecil dan..jari jemari ditangan dan kakinya turut sudah menampakkan perpisahan,mungilnya…

Alangkah indahnya jika bibir ibu ini mampu mengucup seluruh wajahmu,sayang?

Andailah bisa ibu menyentuh jari jemari mu ketika ini sayang?

Ya Allah! Sungguh aku begitu takjub dengan kekuasaanmu.Betapa kerdilnya kami ini dan betapa hebatnya ciptaan Mu..?

Buat kesekian kalinya,Nur Imani tenggelam lagi dengan perasaannya.Kedua-dua gambar ultrasound milik bayinya ini ditatap tanpa jemu.Makin tidak sabar pula untuknya menantikan hari itu,dimana akan bertatapannya dua hati yang telah bersatu selama 9 bulan sebelum ini?

“Anak ibu sedang membesar,pejam celik-pejam celik..sekarang anak ibu dah masuk 3 bulan.Cepatkan masa berlalu? Alhamdulillah..lepas ibu baik demam,alahan ibu pun dah takda tapi…makin banyak pulak selera ibu..habislah badan ibu yang comel nie lepas nie kan?” Gurau Nur Imani sendiri,

“Untuk anak ibu,ibu sanggup gantikan dengan nyawa ibu pun jika itu yang perlu ibu lakukan.Sayang kena lebih kuat lagi ya,insyaAllah bila tiba masanya nanti,baru kita dapat bersua muka.Ibu pun dah tak sabar-sabar nak tatap wajah permata hati ibu nie..Sayang anak ibu..” Bisik Nur Imani lagi..Album ditangannya tadi langsung ditutup dan diletakkan kembali diatas meja dihadapannya.

3 biji kurma dihadapannya disantap satu persatu sebelum segelas air zam-zam yang dibawanya tadi diteguk..ini juga salah satu makanan rutinnya sejak mengandung,pada mulanya agak susah untuk menyesuaikan keadaan ini buatnya namun sekarang..semuanya tidak lagi menjadi masalah..

Ariff Farhan menyudahkan kerjanya petang itu dengan memastikan yang kehadirannya kepejabat semula pada hari isnin nanti tanpa sesuatu yang menyesakkan fikirannya,jam ditangan dikerling seketika lantas mengingatkannya mengenai suatu lagi tanggungjawab yang tidak dilunaskan lagi.Begitu cepat masa berlalu sehingga dia tidak sedar waktu yang sudah melewati waktu petang.

Sebelum meneruskan perjalanan balik kerumah,Ariff Farhan singgah dimasjid terlebih dahulu untuk menunaikan solat asar.

10 minit berlalu,baru hariernya bergerak diatas jalan raya..menuju kerumahnya pula.

20 minit perjalanan,dia tiba juga dirumahnya kelihatan beg pakaian mereka dan barang-barang lain mungkin milik Nur Imani sepenuhnya sudah diletakkan diatas meja kayu yang diberada ditepi tempat letak keretanya,pasti  wanita itu sudah lama menantikan kepulangannya..

Sebaik enjin keretanya ditutup Ariff Farhan langsung turun daripada keretanya.Beg-beg yang tersusun rapat kedinding rumah dimasukkan kedalam bonet keretanya.Banyak juga barang-barang yang ingin dibawa isterinya balik kekampung nie,mengalahkan nak tinggal sebulan?

“Assalamualaikum..” Nur Imani disentakkan dengan sapaan dibelakangnya,

“Waalaikumussalam..Abang balik dah?”

Nur Imani menutup penutup tupperware yang berisi karipap ditangannya itu.

“Okey..dah siap.Nak balik sekarang ke?” Soalan itu terus ditujukan kepada Ariff Farhan,namun lain pula yang menyapa pandangannya ketika dia melemparkan semula sepasang anak mata hitamnya kepada Ariff Farhan.Lelaki itu sedang meleraikan ikatan tali lehernya sebelum menyinsing kedua-dua lengan panjang kemejanya sehingga ke siku..

“Aku nak mandi kejap,panas pulak rasanya…Lebih kurang pukul 6.00 nanti kita bertolak balik!” Ujarnya sambil merenung kearah jam ditangannya sebagai isyarat.

Cukup ayat itu memberitahu Nur Imani apa yang perlu dilakukannya,setelah Ariff Farhan berlalu meninggalkannya Nur Imani langsung menghabiskan kerjanya didapur.15 minit yang berbaki ini disudahkannya dengan membersihkan kawasan dapur ini walaupun tidaklah kotor mahupun bersepah..

Sekadar menyedapkan lagi mata yang memandang.Orang perempuan,faham-fahamlah.

Selepas menyudahkan kerja didapur,Nur Imani terus keluar.Niatnya ingin menyusun semua barang dan beg-beg  mereka yang masih berada diluar rumah kedalam bonet kereta suaminya langsung mati apabila dia sedar tiada satu pun barang mahupun beg yang diletakkannya tadi berada disitu lagi.

Setelah pandangannya singgah kearah bonet kereta Ariff Farhan yang masih terbuka itu,tahulah dia siapa yang telah menyudahkan kerjanya.Selesai lagi satu perkara,sekarang cuma kehadiran Ariff Farhan yang dinanti-nantikanuntuk menemani permusafirannya sebentar lagi.

10 minit sudah berlalu,namun kelibat yang dinanti masih tidak kunjung tiba..bosan tidak dapat melakukan apa-apa,Nur Imani mengeluarkan senaskhah majalah yang dibelinya dikedai berhampiran klinik Dr Farihah pagi tadi daripada dalam keretanya.Terlupa untuk membawanya keluar tadi.

“Dah?” Ariff Farhan muncul tiba-tiba,Nur Imani menghentikan pembacaannya beserta itu pandangannya turut dialihkan kepada insan itu…

Reaksinya..

Aduhai..Kacaknya babah kita sayang..  Itu pula yang dibisikkan Nur Imani sebaik wajah Ariff Farhan ditatapnya.

Terpaku dia seketika,

Berbanding ketika dia balik tadi suaminya kelihatan lebih santai dengan t shirt polo berwarna biru laut dan seluar jeans yang tersarung ditubuhnya ketika ini.

Kenapalah dirimu terlalu istimewa dihati ini Ariff Farhan? Keluhan itu pula turut bertandang langsung membuatkan perasaan bahagianya tadi berlalu pergi begitu saja.

“Apa yang kau lamunkan tu? Dah pukul 6.15 nie..? Bila nak bertolak nie??”

“Hmm..??” Apa yang keluar dari bibir isterinya hanya membuatkan Ariff Farhan semakin pelik,boleh pulak dibiarnya aku bercakap sorang-sorang? Sempat lagi hatinya berdesis sinis.

Sambil mengeleng, “Pergilah masuk dalam kereta dulu,aku nak kunci semua pintu.” Itu arahannya.

Nur Imani menurut akur..Dia berjalan kearah kereta suaminya sebelum memboloskan diri ditempat penumpang hadapan.Lebih senang untuknya memerhatikan suami tercinta dari dalam kereta ini.

Tepat jam 9.00 malam,Toyota Harier Ariff Farhan sudah melalui susur keluar ke tol Kuala Kangsar.

Sekilas pandangannya dilemparkan ketempat penumpang hadapan disebelahnya.

Dilihatnya,siisteri masih lagi terlena.Sejak dua jam yang lalu..dia hanya memandu bersendirian dengan ditemani lagu sentimental yang sengaja dipasang,itupun dengan nada suara yang perlahan,cukup sekadar dapat didengarinya dengan jelas.

Tak sampai pula hatinya ingin mengejutkan isterinya ini sedangkan mereka hanya akan sampai kekampung lebih kurang 15 minit lagi.

Tengkuknya yang sedikit lenguh dilentokkan kekiri dan kanan.Diulangnya pergerakan itu untuk beberapa kali sehingga memberikannya sedikit kelegaan.

Letih betul rasanya,seharian dipejabat ditambah lagi dengan 3 jam perjalanan balik ini benar-benar meletihkan.

“Dah sampai ke bang?”

Tersentak Ariff Farhan saat mendengar suara itu,meskipun agak mendatar namun telah mengejutkannya.

Kembali semula pandangannya kewajah wanita yang berada disisinya itu,Nur Imani turut memandang kearahnya.Kelihatannya dia masih mamai lagi.

“Kita baru keluar tol Kuala Kangsar.Kejap lagi sampailah.Sambunglah tidur tu balik.Dah sampai nanti aku kejutkan.” Beritahunya.

“Emm…Dah gelap?? Sekarang pukul berapa ye?” Nur Imani terus menyoal apabila pandangannya dilemparkan kepada suaminya tadi beralih arah  ke tingkap ditepi suaminya.Barulah dia sedar akan keadaan yang sudah bertukar rupa diluar ketika ini.

“Err..dah pukul 8 lebih ke? Patutlah!” Belum sempat Ariff Farhan bersuara Nur Imani sendiri yang menjawab persoalannya itu kerana selepas itu pandangannya telah singgah kearah jam didashboard kereta suaminya.

Ketika dia ingin memperbetulkan kedudukan dan keadaannya ketika itu,baru Nur Imani tersedar..ada sepasang kot hitam yang menyeliputi badannya.Pelik jugak?

Mungkinkah??

Daripada bauan minyak wangi yang terlekat dikot tersebut rasanya..sah! Milik lelaki disebelahnya ini..lagipun siapa lagi yang ada bersamanya sekarang? Sah-sah dia punya! Lagipun ini keretanya..

Baik pula hatinya meminjamkan barangnya untuk aku..

“Kau nak tidur lagi ke tak?”

“Apa bang?” Bukan dia tidak mendengari akan soalan yang baru diajukan itu cuma kedengarannya agak lain ditelinga Nur Imani.Nak ajak bertekak pulak ke??

“Kalau tak nak tidur dah..bak sini kot tu,aku letak balik kat belakang.Tadi aku nampak kau sejuk sangat.Padahal aku dah perlahankan suhu penghawa dingin kereta nie,itu yang aku pinjamkan kot nie untuk kau kejap..”

Err..? Aku tak cakap apa-apa pun? Desis hati kecil Nur Imani sebaik mendengar Ariff Farhan memberitahu semua perkara itu.

Risau sangat aku salah sangkalah tu dengan layanan baik dia! Ego betul!! Nur Imani menjeling geram kewajah itu,

Nak marah pula dia dibuatnya setiap kali memikirkan sikap Ariff Farhan yang sentiasa membuatkannya tertanya-tanya tentang motif yang tersirat disebalik semua kebaikan yang dihulurkannya ini.

Pun begitu Nur Imani tetap menurut arahan daripada suaminya ini,kot yang berada ditubuhnya tadi dihulurkan semula kepada Ariff Farhan sebelum lelaki itu meletakkannya semula ketempat duduk belakang,

Apalah salahnya kalau dia suruh aku saja yang letak? Bukannya aku nak koyakkan pun benda dia tu kalau dia mintak tolong sekalipun? Tangan aku nie pun bukannya bernajis!

Nie tak! Saja nak buat aku rasa bersalah agaknya padahal dia yang gatal-gatal buat baik dengan aku tadi?

“Terima kasih..” Masih terungkap penghargaan itu dibibir Nur Imani meskipun hatinya terus-terusan membidas akan tindakan Ariff Farhan terhadapnya.

“Untuk apa?” Soal Ariff Farhan pelik.

Nur Imani sudah tersenyum jahat didalam hati  dengan soalan suaminya itu.

Siaplah kau Farhan..Siapa suruh kau memandai menyoal dia semula..!?

“Terima kasihlah sebab sudi pinjamkan kot mahal abang tu untuk selimutkan Nur..Nur hargai sangat sebab Nur memang sejuk pun tadi..Patutlah lena betul tidur Nur.Terima kasih sekali lagi..Nanti balik Nur cuci dengan 1 liter dinamo erk! Rasanya dah terlekat sikit bau perfume Nur kat kot abang tu..jangan dibuang pulak sudah!??” Bidas Nur Imani sinissambil melemparkan pandangannya keluar tingkap semula.

Berdesing betul telinga Ariff Farhan dengan jawapan Nur Imani itu namun tidak pula dia ingin membalas apa-apa.

Cuma..kepuasan yang diharapkannya selepas mengenakan Ariff Farhan langsung tidak kesampaian.Mengapa perlu dia merasa bersalah pulak??

Tak terucap kata dibibir Ariff Farhan dengan jawapan isterinya tadi,akhirnya dia juga mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.“Tu dia mama..balik dah anak teruna tu!!”

Lantang suara Aminah mengatasi suara riuh rendah kanak-kanak yang sedang bermain dan suara orang-orang yang berbual diluar rumah ketika itu.Apa lagi! Semua yang berada dibawah khemah sudah merenung kearah mereka,yang didalam rumah juga turut menjengukkan wajah.

Ketika mereka tiba tadi,kebanyakan ahli keluarga sedang menjamu selera diluar rumah.Dua buah khemah yang dipasang khas untuk majlis esok dipenuhi dengan ahli keluarga mertuanya dan juga ibu dan ayahnya.

Kepulangan mereka sememangnya sedang dinantikan semua namun Ariff Farhanlah yang panas telinga apabila adik beradiknya turut sama naik menyindirnya.

“Hmm..lama tak jumpa menantu mama nie? Nur sihat?” Puan Zaharalah orang pertama yang datang menyambut kepulangan mereka,

Nur Imani sekadar membekukan diri apabila kedua-dua belah pipi,dahi dan ubun-ubunnya dikucup lembut oleh ibu mertuanya.Sukar untuk menggambarkan perasaannya yang pasti dia memang terharu dengan layanan baik yang diterimanya daripada wanita ini.

Namun saat tubuhnya dipeluk,Nur Imani jadi kekok.Bimbang yang teramat jika ibu mertuanya dapat merisik sesuatu.Lama pula tu.Ingin sahaja Nur Imani segera melepaskan,namun bimbang rahsia yang disimpan..terbocor sekelip mata dihadapan semua yang berada disini.Tak sanggup rasanya!

Sejak dia kecil,hubungan persahabatan ini telah terjalin diantara kedua-dua belah keluarga,cukup akrab.Ditambah lagi apabila Nur Imani  turut menjadi sebahagian daripada ahli keluarga ini,bertambah-tambah eratlah hubungan yang sudah sedia ada ini.Manis seperti madu,cuma yang pahitnya..hubungan suami isteri mereka.

“Lama mama tak jumpa,makin berisi menantu mama nie.Nasib baik anak mama nie jaga isteri dia baik-baik.” Teguran itu memalitkan senyuman kelat dibibir Nur Imani,mama tahu ke?

“Itulah..mama yang tak percaya anak mama nie boleh jaga menantu mama yang seorang nie?” Ariff Farhan pula sibuk memeluk pinggangnya dihadapan semua,rimas Nur Imani dibuatnya.

“Bukan tak percaya..”

“Ma..Han lapar nie,dari petang tadi perut nie tak sempat nak jamah apa-apa.Boleh tak kita masuk dulu,lepas tu nak bersembang panjang pun Han tak kisah dah.Janji ada nasi,ada lauk.Kalau mama nak,sampai pagi esok pun Han boleh bersembang dengan mama.” Pandai pula dia memotong percakapan mamanya,

“Oh..Kesiannya anak teruna mama tu,biarlah dia masuk mama.Kita bagi dia makan sampai kenyang,bukan selalu dapat jumpa dia kat kampung nie,sat lagi kita pakat dera dia pulak.”

Entah dari mana munculnya suara itu tiba-tiba pemiliknya sudah berada disebelah Puan Zahara,kakak iparnya?

“Eh?  Kak long ?”

“A’ah..kenapa? Terkejut tengok orang jauh nie pun ada?”

“Bila balik? Kenapa tak singgah kerumah?”

“Dah dua hari..Saja malas nak singgah,kamu tu pun.. kak long  dengar bukan main liat lagi nak balik kekampung sekarang.Nak kata isteri awak tu orang jauh,tu..rumah mertua duduk sebelah rumah jer.Selang dua buah jer dah sampai,ingatkan...isteri duk dekat lagi senanglah nak balik ke kampung.Ini tak..mengalahkan orang yang duk overseas.. kak long  yang jauh nie pun tiga bulan sekali balik melawat mama dengan babah.”

“Bukan tak nak balik  kak long ,sibuklah..”

“Yalah Han..Nasib baiklah isteri kamu nie boleh sabar,kalau dengan kak long ? Hai..entahlah..Mahu kak long seret abang long tu balik jugak ikut kak long .” Ujar Aminah,

“Kak long balik sekeluarga ke?” Nur Imani merapati kakak iparnya itu,saling bersalaman kemudian mereka berpelukan.

“Ya Nur..Semua ada.Balik nie pun lama sikit rasanya,anak-anak tengah cuti musim panas.Ingatkan nak berehat dikampung sajalah.”

“Kak long..Han lapar nie!” Sekali lagi dia menyampuk,

“Uii..alolo..kesiannya adik kak long.Meh..Hari nie kak long ada masakkan gulai tempoyak ikan patin! Bukan ikan patin sangkar,bukan ikan patin kolam.Ini patin khas datangnya dari Sungai Perak.”

“Sapa pergi memancing?”

“Memancing kat tepi Sungai Perak..huish! Belilah wuiii..kak long dengan abang turun ke jeti pagi tadi,mamalah beritahu.Jom Nur,apa-apa hal pun kita makan dulu!”

“Mari Nur.Anak mama yang seorang nie memang bertuah sangat..”

Ujar Puan Zahrah sambil menjeling kewajah anak terunanya yang sekadar mempamerkan senyuman kosong kearahnya.

Gelak tawa seluruh ahli keluarga ternyata membuatkan hati Nur Imani makin damai,terubat sedikit rindunya pada semua.Berkumpul beberapa buah keluarga yang bersilaturrahim ini makin mengeratkan lagi hubungan yang telah terjalin.

Nur Imani merenung kearah suaminya,

Ariff Farhan sedang leka melayan kerenah dua orang anak buahnya yang sedari tadi menempek dengannya.Sebelah tangannya menyuap nasi yang masih berada didalam pinggannya sebelah lagi memegang kedua-duanya yang duduk diribaannya.

Sekejap-sekejap,suapannya beralih kemulut kedua-duanya.Rajin betul pak uda melayan mereka.

Beg pakaian dan barang-barang yang masih berada didalam kereta pun tidak sempat diangkat masuk bila semua terus menjemput mereka turut sama menikmati hidangan makan malam yang begitu menyelerakan.

“Tambah lagi Nur?” Lamunan Nur Imani terhenti dengan teguran ibu mertua yang berada disebelahnya,

“Yalah Nur..tak sedap ke kak long masak?” Aminah pula menyampuk,namun pandangan semua yang berada dimeja ini sudah terarah kearahnya,termasuk suaminya.Tersenyum kelat Nur Imani dibuatnya..

“Lauk pauk kak long nie sedap…perut Nur nie yang dah kenyang..dalam perjalanan balik tadi dekat 10 biji karipap Nur makan.”

“Yalah Kak Nur..Karipap nie sedap sangat..nanti buat lagi erk..Mama pun dah lama tak buat karipap.” Adu Sakinah dalam nada gurauan dihujung bicaranya,sengaja hendak melihat reaksi kak long yang sudah diketahui pasti akan menghentamnya.

“Mama pulak yang kena sabit?? Hello..anak dara..awak tu dah 21 tahun,kalau kahwin..confirm boleh dapat dua anak dah..takkan semua nak harapkan mama lagi? Dah teringin sangat nak makan,bikin sendiri lor bukannya awak tu tak reti..sendiri mau ingatlah..”

Ha! Kan???? huhuhu…

Sakinah mengherotkan sedikit mulutnya,sekadar menambahkan lagi geram dihati Aminah.

“Kak long nie...cemburulah tu..Alah long…bukannya selalu adik balik,mestilah nak makan masakan mama…duk kat hostel tu adik dah tiap-tiap hari makan air tangan adik nie..sampai naik jemu dah.So..sekali sekala balik nie,apa salahnya nak bermanja-manja dengan mama kan? Kan ma??” Ujar Sakinah semula,dia sudah memeluk mesra lengan mamanya yang berada disebelahnya.

Aminah pula mencebik manja..

“Yalah-yalah..mama buatkan nanti,kamu nie Kinah,macam-macam benda nak makan,mengidam mengalahkan orang mengandung!”

Sakinah mula menarik muka masam dengan kata-kata mamanya,baru nak kenakan kak long.Akhirnya? Dia balik yang terkena??

Mama nie..!

Aminah sudah tersenyum-senyum disisi suaminya,muka masam Sakinah benar-benar mencuit hati..Nampak sangat sibongsu nie tak suka dikalahkan..

“Mama..kalau Kinah nak makan macam-macam itu bukan mengidam maknanya..Kinah nie suami pun takda lagi,macammana nak mengandung pulak? Lainlah kalau Kak Nur yang mengidam??? Itu baru boleh dilabelkan sebagai mengandung..Betul tak abang?” Sudah!! Abangnya pula menjadi mangsa?

Ha?? Itu reaksi Nur Imani dengan jawapan Sakinah.Mengapa namanya pula yang naik?? Sudahlah tu..hal sensitif itu juga yang disebutnya…

Tersengih panjang Sakinah kearah satu-satu abangnya itu,tidak sedar yang usikannya lebih menyentakkan kakak ipar yang berada disebelahnya..

Kinah nie…!

Nur Imani pula mengeluh sendirian.

Mati sudah seleranya sedangkan nasi didalam pinggannya masih memerlukan dia melakukan dua tiga kali suapan lagi untuk menghabiskannya..Lauk yang begitu sedap disantap lidahnya tadi tiba-tiba terasa pahit.Dirasanya semua yang berada disini turut menatapnya..

Dari ekor mata yang dilirikkan kearah suaminya,Ariff Farhan juga sekadar tersenyum-senyum dengan soalan yang diajukan acah tak acah sahaja oleh Sakinah kepadanya,sempat pulak mata itu dikerlingkan kewajah isteri tidak jauh daripadanya.Macam cacing kepanasan dilihatnya dari air muka siisteri yang pastinya mengharapkan pertolongan segera daripadanya.

Nampak sangat Nur Imani tidak selesa dengan keadaan ini..

Tak apalah Nur..layankan saja..Kau pun dah masak sangat dengan perangai keluarga aku nie kan? Bukannya kita nak tinggal kat sini sampai 2-3 bulan,lusa dah nak balik..Pandai-pandailah kau bawak diri,susah sangat kita lari ke rumah ayah dengan ibu saja.. Desis hati kecil Ariff Farhan.

Ariff Farhan segera mengalihkan pandangannya ketempat lain setelah menyedari akan kelakuannya telah ditangkap oleh isterinya itu.

"Abang tak nak turun?" Soal Nur Imani sambil memandang kearah lelaki itu.

"Kau turunlah dulu,letih sangat aku dah.Aku nak rehat kejap.Kalau aku tak turun kejap lagi,maknanya aku dah tidurlah tue."

"Kalau macam tu,Nur turun dulu.."

"Ermm.."

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.."

Nur Imani bergerak meninggalkan bilik itu,selepas menunaikan solat jama' takhir beberapa minit yang lepas,Ariff Farhan baru kelihatan memasuki biliknya ini.

Dia pun letih juga sebenarnya,jika diikutkan hati mahu sahaja dia turut merehatkan dirinya seperti Ariff Farhan.Namun tidak manis pula dirasakannya jika tidak menunjukkan muka kepada ahli keluarga dibawah memandangkan dia juga jarang dapat berkumpul dengan keluarga lelaki ini seperti sekarang.

Ketika dia turun tadi,kelihatannya kebanyakan daripada mereka sedang berehat sambil bersantai dalam beberapa kelompak yang terdiri daripada kanak-kanak,anak remaja,kaum lelaki dan perempuan.Yang paling menarik perhatian Nur Imani Imani adalah kaum perempuan atau ibu yangsedang mengerumuni barang-barang hantaran yang akan diberikan kepada pihak perempuan esok.

"Nur..?"

"Mari sini,duduk sebelah mama."

"Buat apa nie?"

"Bersembang kosong sambil menengok barang hantaran nie."

"Cantik.."

"Banyak hasil tangannya nie.." Sahut seorang sepupu suaminya pula,

Nur Imani tersenyum sebelum melabuhkan punggungnya disisi ibu mertuanya,

"Han mana?"

"Dalam bilik.Tengah berehat,letih sangatlah tu ma..Balik daripada pejabat tadi pun dah lewat petang.Tak sempat nak rehat,lepas solat asar tadi..bertolak balik kekampung pulak."

"Penat ke?" Tiba-tiba soalan itu terpacul dibibir Puan Zaharah,erat tangan wanita itu menggenggam jemari runcingnya.

"Hmm..taklah ma,kalau penat pun..lama dah hilangnya bila dapat berkumpul macam sekarang nie.Dah lama takda majlis kenduri kendara macam nie kat rumah mama."

"Yalah,kali terakhir buat majlis kenduri dulu pun.Masa majlis perkahwinan Nur dan Hanlah.." Kak ngah pula menyahut,langsung membuatkan suasana diantara mereka sepi seketika.Tiada suara pun yang kedengaran,mungkinkah semuanya sedang tenggelam dalam memori lama yang hampir mengaibkan maruah dua belah keluarga yang ingin menyambung silaturrahim?

"Itu cerita mereka,sekarang giliran Him pula.Ye tak cek abang?" Aminah segera menukar topik perbualan setelah dapat menghidu rasa tidak selesa dihati adik iparnya,

"Berdebar-debar kak long ..." Ujar Zahim seakan-akan berbisik,namun bibirnya bukan main lebar mengukirkan senyuman.Almaklumlah,orang yang bakal mendirikan masjid.Pertunangannya esok merupakan langkah yang seterusnya sebelum dia benar-benar bergelar suami kepada bakal isterinya nanti.

"Ha,yalah..Berdebarlah sangat!" Sahut Suraya sinis,

"Huish...betul Kak ngah.."

"Baru bertunang..bukannya buat apa pun,yang sarung cincin pun nanti mak ngah sarungkan bukannya kau.Lainlah masa akad nikah nanti,"

"Anak jantan! Kenalah berani!"

Sampuk Puan Zaharah tiba-tiba,membuatkan bibir Zahim tersenyum sumbing.Kepala yang tidak gatal digarunya.

"Betullah abang Him! Anak jantan! Takda apa yang perlu ditakutkan.Kena maintain macho selalu! Baru gentlemen."

Sakinah..! Menyampuk sesuka hati dia saja..

Dengan muka tak bersalah,dia duduk disebelah kak ngahnya..dekat dengan anak buahnya yang akan diraikan esok.

"Amboi anak dara! Buat air untuk dia seorang jer..??" Sudahnya,dia pula disergah oleh mama..

Berubah air muka,terkulat sendirian..Tidak jadi dia meneguk air masak yang baru diambilnya itu.

Zahim sudah tersenyum mengusik kearahnya.Aminah apatah lagi,makin seronok dia mengusik adik kesayangannya dengan mimik mukanya yang pasti menyakitkan hati Sakinah.

"Hello semua,ada sesiapa nak air tak? Kinah ada air masak nie,kalau nak..Kinah nak pergi ambik?"

"Mak su! Nak air!"

"Aim pun nak!"

"Nak,Adi nak air kopi tau mak su.."

"Insirah na.Insirah na su su...!"

Fuhh! Ambik! Semuanya disambut oleh suara-suara comel anak-anak buah kesayangannya,ditutupi dengan permintaan khas daripada Insyirah yang baru berusia 3 tahun setengah dalam kepetahannya.

Tidak jadi kakak-kakak dan abang-abang iparnya ingin mengenakan adik mereka setelah semuanya telah diambil alih oleh anak-anak mereka.

Suara tawa dan senyum mengusik ahli-ahli keluarga yang lain sudah kedengaran,termasuk kaum-kaum adam yang berada tidak jauh daripada mereka.

"So..mak su?? Tunggu apa lagi? Anak-anak buah kesayangan dah mintak order masing-masing tu.."

"Oh yeah,amboi..cepat saja anak-anak buah mak su nie menyahut erk? Insyirah pun nak juga? Apa kata mak su buatkan kopi juga untuk insyirah.Macam abang Adi,nak...?"

"Tak nak.."

"Alah..dah kenapa pulak? Kopi kan sedap? Mak su pun suka kopi.." Sengaja Sakinah ingin mengusik sikecil Insyirah,dia pun dah pandai kenakan mak su sekarang..

"Tak sedap,pahit.Kopi untuk orang tua saja.." Laju pula si Aiman menyahut,sekali lagi kedengaran tawa mereka.

"What???" Membulat mata Sakinah memandang Aiman sambil bercekak pinggang,

Kena lagi mak su nie..

"Mak su..! Baby tengah tidurlah..apa menjerit-menjerit nie?" Suraya berpura-pura marah dengan tindakan adiknya itu namun dalam masa yang sama dia juga tidak dapat menyembunyikan tawanya melihatkan dua beranak itu saling berinteraksi.

"Kak ngah.....tak dengar ke apa anak kak long dengan abang long nie cakap..Amboi-amboi..nie lagi pandai bercakap.." Tercabar ke mak su?

"Hello my little baby,siapa cakap kopi untuk orang tua jer..Cuba tengok mak su nie,dari kecil sampai besar mak su minum kopi..ada nampak macam orang tua ke?” Soal Sakinah laju,

“Mestilah mak su tu,kalau mak su muda..Mama dengan papa tak suruh Aiman panggil mak su, ‘mak’ su.Bukan ke ‘mak’ tu maksudnya panggilan untuk orang tua.Kan mama,tok mama.??”

Nak tercekik Sakinah mendengar balasan Aiman,

Fuhh! Ayat...!

Sabar Kinah,sabar...Bisiknya perlahan sambil mengurut perlahan dadanya.

“Sayang mak su..untuk pengetahuan Aiman,kopi sebenarnya lagi banyak khasiat daripada tea tau..Tak percaya?? Okey! Kita tanya tok babah,tok mama,tok ngah,tok cik..mama,mak ngah,mak uda..papa,pak ngah,pak long Him pun...?" Baru Sakinah ingin menyambung bicaranya semula,

"Alah..Aiman tak kisah,Aiman tahu Aiman tak suka kopi,tak nak kopi...mak su janji nak buat airkan? Aiman nak tea jugak.."

Ha! Sudah?

Hish budak nie,tadi ajak mak su berdebat.Baru nak tunjukkan skills berdebat maksu,potonglah Aiman nie.

"Na su..su." Rengekan Insyirah sudahnya mematikan pertelingkahan kecil abang sepupu dan mak sunya.Langsung perhatian Sakinah kembali kepada Insyirah,tersengih kecil Sakinah melihat wajah masam buah hatinya yang seorang ini.

Alolo..kesiannya anak maksu,

"Okey! Okey! Sekarang siapa yang nak susu ke,kopi ke,tea ke! Jom....ikut mak su kedapur sebab hanya yang minum dalam botol susu saja boleh bawak air kedepan,yang lain...kena minum kat dapur..Mak su dukung Insyirah."

"Ala..Kenapa?" Baru Sakinah ingin melangkah,sekali lagi suara daripada Aiman kedengaran.

"Anak-anak mak su,sekarang nie masa tidur okey...dah pukul 10.00..sepatutnya semua kena minum susu,disebabkan mak su nie baik hati.Mama dengan papa pun dah izinkan,jadi..semua kena dengar cakap mak su.Boleh ke tak nie??"

"Boleh!" Serentak ketiga-tiga hero itu menyahut,tergamam Sakinah.Lain yang dipancing,lain yang didapatinya.

Nak juga? La..ingatkan ajak pergi dapur,semua akan cancel order?? Hai..memang dahaga sangat anak-anak buah aku nie? Tu la..orang,malam-malam..berehat..diaorang? Dari pagi sampai malam tak habis-habis nak main..

Budak-budak.. Omelnya sendirian,bukan mengeluh tapi cukup terhibur dengan keletah anak-anak buah yang bukannya selalu dapat berjumpa sekaligus seperti sekarang.Masa-masa macamnielah dia berpeluang untuk melayan kerenah mereka semua.Esok-esok,semua dah balik...rindu pulak kat mereka.

Baik Aminah mahupun Suraya pula,kedua-duanya lebih senang untuk mendiamkan diri daripada bersuara kembali setelah melihat Sakinah tenggelam melayan kerenah anak-anak mereka.Cuma sesekali terdengar tawa mereka yang tercuit melihat drama didepan mata ini.

"Tunggu apa lagi tu mak su,anak-anak dahaga tu.." Zahim juga yang menyahut sudahnya,

"Yalah pak long Zahim,mak su nak pergilah nie.Kenapa pak long Zahim.Nak tolong mak su ke?"

"Jom,mak uda tolong mak su.." Usikan kepada Zahim disambut dengan pertolongan yang tak disangka daripada kakak iparnya.

"Eh,tak apalah kak Nur,biar Kinah buatkan..Kak Nur duduklah. " Malu pula Sakinah dibuatnya,bukan maksudnya ingin menyusahkan kakak iparnya cuma dia sengaja nak mengusik anak-anak dengan abang dan kakaknya.

"Kak Nur tolong,bukan senang nak layan si cilik-si cilik nie.Marilah...Jom,Insyirah..Adi..Aiman,Aqief."

Sudahnya dia berjalan beriringan dengan Nur Imani dan anak-anak buahnya yang lain kedapur.Lega betul setelah sesi dialog dengan anak-anak dapat diselesaikan dengan baik.

#######################################

"Nur naik bilik dulu,mama,mak ngah...kak long..kak ngah.." Nur Imani meminta diri juga setelah jam menjangkau keangka 1.00 pagi,sebenarnya dia agak keletihan tetapi semuanya bagaikan tidak dirasai apabila dapat berkumpul seperti tadi.

Selepas anak-anak tidur,makin rancak pula perbualan mereka.Ibu mertua serta mak ngah juga turut tumpang sekaki.

Almaklumlah,dah takda siapa nak menganggu.Sakinah pula sudah tertidur diantara anak-anak buahnya,rajin betul dia melayan kerenah mereka semua.

"Pergilah Nur,dari sampai tadi langsung tak berehat.Dah tak da apa-apa lagi nak dibuat kat sini pun..Nak bersembang pun,suami awak tu dah lama naik tidur.Silap hari bulan,dia pulak yang turun menurut karang."

"Pergilah naik Nur,kak long tengok mata tu pun dah tak lalu nak angkat dah..Nak ajak tidur sekali kat sini pun,Han ada kat atas tu.."

Jawapan daripada ibu mertua dan kakak iparnya disambut dengan senyuman oleh Nur Imani,sememangnya betul apa yang diperkatakan oleh Aminah.Dia mengantuk sangat tika ini.

"Nur naik dulu.Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.."

Sebaik huluran salam itu dihulurkan barulah Nur Imani membawa langkahnya kembali kebilik suaminya.

Ini satu lagi masalah kerana dia tidak tahu dimana tempat untuknya menumpang tidur didalam bilik lelaki itu nanti.

Sepanjang langkah yang diaturnya kebilik,hanya perkara itu yang bermain dimindanya.

Mustahil diatas katil,mahukah Ariff Farhan berkongsi katil dengannya?Masuk sahaja kebilik,sekujur tubuh yang begitu nyenyak terlena diatas katil menyapa pandangannya.

Letih sangatlah tu,sampai tidak menampakkan muka sebaik masuk kebilik tadi?

Setelah merapatkan pintu bilik,Nur Imani berjalan mendekati Ariff Farhan.Selimut yang telah jatuh daripada atas katil tersebut diangkatnya keatas semula sebelum diselimutkan ketubuh suaminya semula.

Jarang dia berpeluang melihat Ariff Farhan sedekat ini dan malam ini telah memenuhi keinginannya itu.Diantara rasa takut dan berani dihatinya,Nur Imani menjatuhkan pula bibirnya didahi lelaki itu.Didalam hati dia berdoa agar Allah akan sentiasa melindungi dan memberkahi kehidupan lelaki yang dikasihinya ini.

Sebaik barlalu dari katil it,langkah kaki Nur Imani diaturkan pula kearah almari pakaian yang berada tidak jauh daripanya.Sehelai kain selimut daripada almari suaminya itu dikeluarkan sebelum dibentangnya dekat dikerusi rehat Ariff Farhan yang berada tidak jauh daripada lelaki itu.Namun agak terselindung daripada katil yang sedang menjadi tempat beradu Ariff Farhan ketika ini.

Dua helai kain batiknya dikeluarkan pula daripada beg pakaiannya,sehelai dilipat kecil untuk menjadi alas kepalanya dan sehelai lagi sebagai selimut,setelah itu barulah Nur Imani menguruskan dirinya pula.Menukarkan pakaiannya dengan sehelai jubah tidur yang labuh sebelum dia bersedia untuk merehatkan dirinya untuk beberapa jam yang bakal mendatang ini.

Alhamdulillah..

Lega betul rasanya sebaik sahaja dia merebahkan dirinya diatas kain selimut dan kain batik yang menjadi alas kepalanya.

Bismikallahhumma amuutu wa ahya..

Baru matanya ingin terpejam,kokokan ayam jantan kedengaran..

Hmm...ayam pun dah bangun,aku juga yang baru nak tidur...

Sempat pula hatinya berdesis meskipun matanya sudahpun terpejam,tidak sampai seminit..Nur Imani terlena juga dalam keletihan.

######################################

:- maaf sangat2 buat sesiap y menanti..cdagnya Cek x nak update lagi al kisah nie sampai DIP Cek selesai hujung bulan 4 nie,sejujurnya dah dekat dua bulan juga Cek x bukak blog nie cos nak beri spenuh perhatian dengan kuliah,tambahan lagi di sem akhir macam nie,dengan tesis lagi y baru nak bermula..

Tapi,baru2 nie terniat pulak kat hati nie nak menjenguk blog yang dah lama tak dijengah nie..kalau rumah,mesti dah penuh dengan sawang..

baca pula komen y ada..x smpai hati pula nak biarkan jer..so,untuk tatapan smua..Cek titipkanlah cebisan lagi al kisah ini..TQ.. ;)

Cuma lepas nie x past bila lagi dpat update,

2 comments: