Thursday, 26 April 2012

Perlukah aku berkeluh kesah?

       Kadang kala..Bila memikirkan masalah-masalah    yang datang,membuatkan semangat dan keinginan yang berkobar-kobar untuk meneruskan pengajian ini terus down.. :(

Kenapa ya?

Meskipun Cek Nursalisa tahu yang semua ini adalah ujian daripada Allah..Ujian yang akan mengajar Cek Nursalisa tentang kesabaran,redha dan ikhlas untuk menjalaninya..

Perjalanan masih jauh,beribu batu jauhnya untuk mencapai apa yang Cek Nursalisa inginkan. Oh Ya Allah! Hanya Engkau yang mengetahui rasa dihati ini..Bantulah hamba Mu ini Ya Allah,sesungguhnya aku ingin meneruskan perjalanan ini meskipun aku tahu ranjaunya penuh berduri. Janganlah dek 'kepenatan' ini,aku menjadikannya sebagai alasan untuk aku mengalah.Sesungguhnya perjuangan ini baru saja bermula!

Thursday, 19 April 2012

Menulis??

Sebenarnya Cek Nursalisa tak bercadang pun nak bukak wordpress nie.

Minat menulis tu memanglah ada..Cuma..Nak perah idea tu susah sikit la..

Pastu Cek Nursalisa tak tau nak tulis apa :(

Sebenarnya Cek Nursalisa ada hati nak tulis novel sendiri.Cerita pun dah ada cuma banyak y tergantung,huhuhu.

Berbalik kepada tulisan dalam blog nie,ada seorang akhi nie pernah cakap.

Bila kita banyak menulis otak kita akan berkembang..

Betullah kot apa yang dia akap nie coz dalam masa yang sama kita juga akan membaca ataupun mencari maklumat dari bahan lain.Betul tak?

Dia pun ada cakap,janganlah asyik tulis ayat-ayat cinta jer :lol:

Apa pun Cek Nursalisa nie masih terlalu baru dalam penulis wordpress.Harap-harap Cek Nursalisa mampu untuk mempertakankan Wordpress nie,insyaAllah :o

Wednesday, 18 April 2012

Novel Sehangat Asmara akan dibuat drama..?

First time bace entry tentang novel Sehangat Asmara yang akan diadaptasikan ke sebuah drama bersiri ini.

Fuh!! Cek Nursalisa rasa teruja sangat-sangat :)

Huhuhu..Mestilah teruja cos pertama kali baca novel nie hati Cek Nursalisa dah terpaut dengan kedua-dua watak dalam cerita nie iaitu watak hero dan heroinnya.Kamilia Najwa dan Zainal Arief..Lagipun Cek Nursalisa memang suka baca karya-karya Kak Aisya Sofea terutama sekali Novel Sehangat Asmara nie Pada pandangan Cek Nursalisa,watak yang paling menyentuh hati Cek Nursalisa adalah watak Zainal Arieflah..Betul tak?

Sebab bagi Cek Nursalisa,Zainal Arief lebih menjadi mangsa keadaan.9 tahun terpaksa meninggalkan perempuan yang paling dia sayang tanpa kerelaannya,mesti semuanya tak semudah yang disangka.

Thursday, 12 April 2012

gegaran gempa bumi..

first time merasai gegaran gempa bumi di sini,hari ini..Huhuhu..

tengah syok2 duk tengok drama filipina y betajuk little star.Tiba-tiba rasa badan nie bergegar.pelik gak sebab masa tu tgah baring depan tv.Dalam hati tu mmag dah terdetik.'ada gempa bumi ke nie?'.So, Cek Nursalisa pun toleh la kebelakang,sebab tau abah pun tengah tengok tv kat belakang.Tapi...Abah pun wat noheng(x tau) jer,macam biasa,masih ralit nengok tv.

Pelik? Masa tu Cek Nursalisa ingat Cek Nursalisa jer yang duk berangan kot.So,Cek Nursalisa pun baring balik,malas nak ambik port dah.Tapi lepas tu pun Cek Nursalisa masih rasa benda yang sama.Time tu gaklah Cek Nursalisa teringatkan kata-kata seseorang yang bunyi die lebih kurang cam nie lah (Kalau nak tau ada gempa bumi ke tak,cuba tenung ikan kat dalam akuarium.Kalau selalu ikan tu nampak tenang jer,tapi bila dia dapat rasakan ada gegaran kat bawah tanah,ikan nie dapat tahu awal.Jadi dia akan berenang laju/ x tntu arah.) Jadi,Cek Nursalisa pun renunglah kearah seekor ikan yang dibela mak dalam satu balang kecil nie,bukan akuarium la.

Semata-mata untuk pastikan apa yang Cek Nursalisa rasa tadi,tapi ikan tu nampak cam steady jer..Cam takde pa pe yang berlaku?.

Last-last hati Cek Nursalisa berbisik sendiri. "Sah! Aku yang duk berangan nie.." Sempat lagi bibir nie tersenyum kecil,geli hati dengan 'kebodohan diri' hehehe..

Sudahnya Cek Nursalisa teruslah menonton drama Little Star,yang endingnya hari ini.

Kebetulan pulak masa tu mak takda kat rumah,pergi rumah jiran sebelah.

Lagi satu hal,masa tu pun adik-adik Cek Nursalisa yang kat dalam bilik pun takda kecoh apa-apa pulak,pasalnya depa lagi kalut kalau terasa ada sesuatu yang berlaku.Itu yang Cek Nursalisa tak peduli sangat pasal rasa gegaran tu.

Sampailah pukul 5.00..Mak pun balik dari rumah jiran.Kami pun tengah bersembang time tu.Kebetulan pulak,citer filipina tu dah tamat..Memang time freelah masa tu,sebab tu kami anak beranak berbual kosong jer.Entah macammana mak boleh terkeluar citer masa dia kat rumah jiran tadi.

Katanya,anak Cik Eda(jiran) ada beritahu dia dengan maknya(Cik Eda) yang kawan dia baru hantar mesej tanya pasal gegaran nie lah,kawan dia cakap dia rasa rumah dia bergegar.

Dengar jer cerita tu,barulah Cek Salisa teringatkan peristiwa yang baru Cek Salisa rasai lebih kurang jam 4.40petang tadi.

Sah! Memang Cek Salisa tak bermimpi..Memang apa yang Cek Salisa rasa tadi merupakan satu gegaran.

Tak sampai beberapa minit lepas tu pulak,mak saudara Cek Salisa dari Kedah pulak telefon kerumah.Bertanyakan perkara ini,sebab dia pun dapat rasakan gegaran tu.Kebetulan masa tu dia tengah kerja (staff nurse) disalah sebuah klinik berbayar di Padang Serai.Apalagi,habis semua dalam klinik tu bertempiaran lari keluar,termasuklah dengan doktornya.

Masa tu barulah Cek Salisa tahu,rupa-rupanya ada gempa bumi Aceh.Masa tu dah terdetik kat hati Cek Salisa nie,moga Allah memelihara saudara-saudara kita disana.Moga Allah mempermudahkan segala urusan mereka.Allahhuakbar,subhanallah...

Lepas tu barulah dengar cerita daripada beberapa orang jiran yang turut rasa gegaran petang tadi.

Ya Allah...Sesungguhnya hanya kepadaMu tempat untuk kami memohon perlindungan.Lindungilah kami ya Allah,seluruh hamba-hamba Mu ini!