
Fuh!! Cek Nursalisa rasa teruja sangat-sangat :)
Huhuhu..Mestilah teruja cos pertama kali baca novel nie hati Cek Nursalisa dah terpaut dengan kedua-dua watak dalam cerita nie iaitu watak hero dan heroinnya.Kamilia Najwa dan Zainal Arief..Lagipun Cek Nursalisa memang suka baca karya-karya Kak Aisya Sofea terutama sekali Novel Sehangat Asmara nie Pada pandangan Cek Nursalisa,watak yang paling menyentuh hati Cek Nursalisa adalah watak Zainal Arieflah..Betul tak?
Sebab bagi Cek Nursalisa,Zainal Arief lebih menjadi mangsa keadaan.9 tahun terpaksa meninggalkan perempuan yang paling dia sayang tanpa kerelaannya,mesti semuanya tak semudah yang disangka.Kemudian,selepas 9 tahun juga baru dia tahu yang dia dah ada seorang anak.Kalau kita yang berada ditempat dia,agak-agaknya apa yang akan kita buat?
Apatah lagi anak tu adalah anak yang lahir dari wanita yang begitu dicintai dan dikasihinya.. Hehehe..ter..feelinglah pulak :)
Dari awal cerita lagi watak Zainal Arief nie dah digambarkan kepada kita sebagai seorang lelaki yang matang...Tenang dalam setiap perkara...Mudah tersentuh hatinya dan pada Cek Nursalisa juga dia seorang lelaki yang cukup setia pada cintanya..
Macam yang umi dia pernah cakap pada Kay,
"...Tapi hati dia, siapa boleh baca. Sebab Zainal ni, tenang.Dia tak cepat melatah macam orang lain.Mungkin dia anak lelaki, itu yang buatkan dia berbeza dari adik beradik yang lain."
Betul tak???
Sekarang pulak tentang Watak Kamilia Najwa,perempuan yang telah berjaya menawan hati lelaki bernama Zainal Arief..
Dari awal cerita sampai ending..Cek Nursalisa nampak Kamilia Najwa nie seorang wanita yang sering bermain dengan emosi tapi dia memang seorang wanita dan ibu yang tabah.
Dalam ketenangan yang dia pamerkan dihadapan orang.Seorang pun tak tahu betapa hebat derita yang terpaksa dilaluinya sebaik sahaja Zainal Arief meninggalkannya.
Sekurang-kurangnya Zainal Arief telah meninggalkan Misya buat Kamilia Najwa tanpa diketahuinya.
Misya jugalah yang telah menjadi sumber kekuatan Kamilia Najwa selama ini.
Itu jugalah alasan utama Zainal Arief ketika dia bertemu semula dengan Kamilia Najwa selepas 9 tahun berlalu.
Selebihnya,siapa yang dah baca tu tahulah kan apa yang jadi kat mereka?
So,sapa-sapa yang tak baca atau tak memiliki novel nie lagi,Cek Nursalisa cadangkan silalah dapatkannya cepat-cepat.Confirm tak menyesal..Silap-silap hari bulan,korang pun fall in love dengan watak Zainal Arief nie .. :lol:
Apa pun,Cek Nursalisa berharap sangat agar drama sehangat asmara nie nanti akan sehangat kisahnya didalam novel..
Cek Nursalisa juga amat-amat berharap agar drama nie nanti takkan menjadi seperti drama Bcara hati.
Serius!! Sebagai peminat no 1 novel Bcara hati karya Kak Damya Hanna nie,Cek Nursalisa kecewa sangat dengan hasil yang telah dipertontonkan kepada kita.Tapi Cek Nursalisa tak tahulah pulak kalau-kalau ada pembaca disini yang puas hati dengan hasil cerita yang telah diadaptasi dari Novel Bcara hati kesayangan kita.
Agak-agaknya,Kak Damya Hanna puas hati ke tidak dengan drama yang telah diadaptasikan dari novel beliau tu??
Entahlah semua,mungkin ada yang tak suka bila Cek Nursalisa cakap macam nie,tapi apa pun alasan mereka.Cek Nursalisa tidak dapat menerimanya,cos Novel Bcara Hati bukanlah novel pertama yang telah diadaptasikan ke sebuah drama tetapi kalau tidak silap Cik Nursalisa.Novel Cinta Pertama karya Kak Norhayati Berahim yang telah diadaptasikan ke drama yang bertajuk Tak Tercapai Akalmu di RTM dulu telah menunjukkan hasil yang cukup baik.Begitu juga dengan drama Nora Elena,Gemersik Kalbu dan Cinta Buat Emelda yang sedang hangat diperkatakan sekarang.Kesemua drama ini telah berjaya mendapat tempat dihati penonton,betul tak? Hakikatnya,novel-novel tersebut juga telah diubahsuaikan jalan ceritanya.Cuma apa yang telah berlaku pada drama Bicara Hati benar-benar mengecewakan kebanyakan peminatnya.
Okeylah..
Sebagai penutupnya..
Disini Cek Nursalisa memperkenalkan dua teraju utama yang akan membintangi drama yang diadaptasi dari Novel Sehangat Asmara ini...
Inilah dia Kamilia Najwa:

Kenalkan...Rita Rudaini. (Walaupun Cek Nursalisa rasa Rita Rudaini agak tua untuk membawakan watak ini,tapi Cek Nursalisa harap Rita dapat buat y terbaik untuk drama ini dan dpat mghidupkan watak Kamilia Najwa yang telah digambarkan oleh Kak AS dalam novelnya itu..)

Dan Heronya...Zainal Arief
Kenalkan Adi Putra :)
Okeylah...Sampai disini coretan Cek Nursalisa tentang Bicara Novel.
InsyaAllah lepas nie,Cek Nursalisa akan berbicara tentang Novel Adam & Hawa pulak..
No comments:
Post a Comment