Hai...Sorry to all my reader,lama ke tunggu...?
Entry y sepatutnya diupdate dua minggu lepas hanya dpat d release n hari nie..

Meniti hari tanpa dirimu disisi membuatkan diri ini kesepian merinduimu wahai sang kekasih,
Seraut wajahmu,secalit senyumanmu,sebening redup matamu..semuanya menjadikan aku sang perindu yang kehilangan.
Nur Imani mengucup naskhah Al-Quran yang baru selesai dibacanya,alhamdulillah..sehingga hari ini dia masih mampu untuk menatap dan melafazkan dengan lisan disetiap huruf yang telah membentuk kalimah-kalimah agung ini.
Ingatannya tiba-tiba kembali kepada Ariff Farhan,telefon bimbit yang berada tidak jauh daripadanya ditatap.
Tidurkah suaminya tadi?
Sudah dua hari mereka berpisah.Hari pertama..tidak dinafikan agak sukar buat Nur Imani,terutama sekali menjelang malam disaat-saat hendak melelapkan mata.Namun malam tadi,alhamdulillah..seperti malam kelmarin mereka suami isteri berbual lagi melalui telefon cuma agak lama berbanding sebelumnya..sempat juga suaminya merakamkan sebuah lagi surah yang untuk isteri dan anaknya ini buat malam kedua,Surah Maryam pula..
Dah ibu dengan anak sudah dibiasakan didendangkan dengan bacaan ayat Al-Quran daripada lelaki mereka ini sejak keluar daripada wad hari tu,memang senanglah nak tidur bila suara itu mengalunkan ayat suci Al-Quran ditelinganya walaupun.. jasad insan itu jauh daripada mereka.
Bukannya apa,ketika dia berbual dengan Ariff Farhan malam tadi suaminya ada memberitahunya yang dia masih tidak dapat terlelap? Jika dia terlena tiba-tiba,agaknya sudahkah dia bangun untuk mengerjakan subuhnya? Kelmarin sahaja dia hanya dapat tidur tidak sampai sejam?
Bimbang pula Nur Imani memikirkannya..bimbang seandainya urusan ibadat ini diabaikan oleh suaminya.Segera Nur mencapai telefon bimbitnya itu tanpa menunggu lagi..Panggilan kepada Arif Farhan terus dibuat.
“Assalamualaikum..”
Nur Imani menyapa lembut sebaik panggilannya bersambut tidak lama selepas itu.
“Waalaikumussalam sayang..” Tenang suara garau insan yang dirinduinya itu menjawab salamnya,rindu..
“Abang tengah buat apa?”
“Baru lepas subuh..sayang buat apa? Rindu ke telefon abang subuh bening nie?”
“Baru lepas subuh juga.Saja,ingatkan abang tak bangun lagi tadi,kan abang kata tak boleh lena semalam? Kotlah tiba-tiba tertidur..langsung terlepas subuh pulak?”
“Terima kasih yang..Alhamdulillah,dapatlah tidur kejap tadi.Sejuk kat sini..memanglah sedap kalau dapat lelap walaupun kejap.Tapi kalau isteri abang ada sekali kat sini,boleh saja abang tidur balik lepas subuh nie..”
Hai..Mulalah tu.
“Sayang..”
“Ya..”
“3 hari lagi genap setahun perkahwinan kita..” Nur Imani diam seketika,bukan terkejut mahupun terlupa dengan tarikh itu.Bahkan dia sendiri setiap hari menghitungnya.
“Jadi..?” Boleh pula perkataan itu yang keluar daripada mulutnya.
Jadi??!
“Sayang nak apa-apa yang istimewa daripada Langkawi nie? Kot isteri abang nie teringinkan sesuatu? Abang belikan..?”
Diam lagi.
“Nak apa? Errmm..Nak apa ye..? Hmm...” Sengaja Nur Imani bersoal jawab sambil memikirkan sesuatu.
“Sayang nak apa?”
“Anak abang nie mengidam nak Jeti Kuah tu duk kat depan rumah,senang nak ulang alik ke Langkawi agaknya? Boleh ke?”
Gulp!
Sunyi sepi seketika..Nur Imani sedang menahan tawa,bukan itu yang dia ingin perkatakan tadi,tak terlintas pun difikirannya untuk meminta perkara merepek seperti itu.Cuma hati kecilnya tiba-tiba berbisik nakal untuk mengusik suaminya.
“Sayang? Biar betul?!” Berubah terus nada suara Ariff Farhan.
Hampir berderai tawa Nur Imani mendengarnya,hilang romantiknya..bimbang tak sudah?! Tau pun! Tulah siapa suruh tanya?
Dengan senyuman lebar yang masih terukir dibibirnya,Nur Imani segera memadamkan resah dihati suaminya.Memang dia sengaja berkata seperti itu..sengaja mahu mengusik suaminya ini.
“Nur bergurau saja abang.”
“Lemah semangat yang..” Tercetus juga tawa dibibir Nur Imani dengan jawapan suaminya.
“Betul ke tak nak apa-apa nie? Duit abang nie banyak lagi sayang..??” Ariff Farhan menginginkan kepastian,harapnya supaya ada sesuatu yang akan diminta oleh isterinya ini.
“Ye bang.Kalau ada pun..Nur nak abang selamat sampai jer nanti.”
“Itu saja?”
“Macam biasa,doakan yang baik-baik untuk anak dan isteri abang nie.” Ucap Nur Imani bersama usapan kasih diperutnya ini.
Ariff Farhan memejamkan matanya rapat,rindu betul dia pada seraut wajah ini.
Sentiasa sayang..abang sentiasa mendoakan Nur dan anak kita..dua-dua dalam ingatan abang.
“Sayang..”
“Hmm..”
“Kalaulah abang boleh petik bintang dilangit tu?”
Nur Imani tersentak.Tiba-tiba pulak topik bintang yang keluar?
“Petik bintang? Nak buat apa? Nur baru suruh abang bawak Jeti Kuah kat depan rumah kita pun abang dah kata lemah semangat?”
Ariff Farhan tertawa rancak dengan soalan isterinya..
“Sebagai hadiah abang untuk isteri kesayangan abang nie.Tanda terima kasih sebab mengandungkan zuriat abang,susah payah sendiri jaga anak abang kat dalam rahim sayang tu.Tanda kasih dan cinta abang yang tak berbelah bahagi buat sayang dan anak kita..”
“Bintang dilangit tu tinggi sangat..kat atas dunia nie mustahil..Kalau abang nak juga bagikan pada Nur,abang kenalah bimbing Nur dan anak menuju Allah..menuju jalan kesyurga.InsyaAllah masa tu..Lebih daripada bintang kat langit tu abang dapat beri pada Nur.Bolehlah Nur mintak macam-macam masa tu.”
“Sayang abang nie..”
“Abang..Nur nak buat sarapan.Semalam Kinah turun dulu,hari nie Nur nak memasak..Adik kesayangan abang tu susah nak dibawak berunding..Hari nie banyak lagi kerja yang menanti,ingat nak mendobi satu rumah pulak.” Sengaja Nur Imani memprovok suaminya dihujung bicaranya..Sudah pasti Ariff Farhan tidak senang mendengar kata-katanya ini.
“Tak habis-habis mengemasnya?” Kan!Mulalah dia keluarkan suara bimbangnya itu.
“Abang...Dah nama pun suri rumah..? Dah nama pun isteri orang..? Dah nama pun perempuan..?” Ujar Nur Imani berkias..
“Suri rumah abang,Isteri abang,perempuan abang..yalah sayang..buatlah apa yang sayang nak selagi mana abang jauh kat sini lagi.Haih,kalau dah macam nie..rasanya lepas nie abang takkan pergi mana-mana kerja luar lagilah nampaknya?”
La...?
Nur Imani sedang leka membersihkan taman mini yang dipenuhi bunga-bunga kesayangannya ketika Sakinah datang menghampirinya.Ligat betul kakak iparnya ini meskipun dalam keadaannya begitu..Daripada dalam rumah tadi lagi Sakinah sudah memerhatikan kakak iparnya ini,cuma dia sahaja yang tidak menyedari dirinya diperhatikan dek sibuk dengan kerja-kerjanya.
Pagi ini dia tidak dapat menyediakan sarapan,turun sahaja kedapur tadi..wajah kakak iparnya sudah tercongok didepan matanya,menu sarapan yang begitu menyelerakan sudah terhidang diatas meja makan..Nak kata apa lagi? Yang penting dapat makan bersama.
“Kak Nur? Buat apa nie?”
Sakinah mendekati..
“Hmm.Kinah? Akak ingat kat dalam bilik tadi? Buat apa lagi Kinah,dah berumput pasu-pasu bunga akak nie.Kena bersihkanlah.”
“Dah sebulan lebih Kak Nur duduk jadi suri rumah sepenuh masa tapi takda sebarang perubahan pun pada landskap rumah.Pasu-pasu bunga nie pun..daripada kak Nur beli dulu,sampailah sekarang..kat situ jugaklah duduknya.” Sambungnya lagi
“Elok jer hidupnya..tengoklah subur jer.”
“Subur sebab abang Kinah yang tolong siram tiap-tiap hari..kalau dia kerja,petang..kalau hari cuti tu.Lepas subuh memang kerja dialah mengemas rumah sejak akak mengandung.Nak harapkan akak? Haih..tak hidup dah pokok-pokok nie rasanya dik.”
“Okeylah tu..sekarang nie memang masanya untuk akak berehat,untuk baby.”
“Hmm.adik dengan abang..sama saja.” Usik Nur Imani apabila jawapan yang sama dan selalu diterimanya daripada suaminya,Sakinah sudah ketawa.
“Betullah Kak Nur..Siapa tak sayang bini,kak!”
“Kalau dah semua kerja akak dalam rumah nie kena catu,apa cerita sayang?” Nur Imani mengangkat keningnya.
Hehe...Sakinah tersengih memahami..
“Tengah hari nie kita nak masak apa?” Topik perbualan sudah bertukar,Nur Imani memandang adik iparnya.
“Kak Nur tak teringin nak makan apa-apa ke? Biar Chef Sakinah masakkan,request jer..?” Soalnya lagi.
“Rasanya takda apa-apa,tapi...”
Tapi?? Sakinah menantikan kakak iparnya menghabiskan kata-katanya.
“Akak ingat kita buat nasi daginglah hari nie,boleh? Buat banyak sikit,boleh hantar ke masjid,bagi jiran-jiran merasa sama..”
“Nasi daging? Ermm..” Sedap! Sedap! Sakinah sudah terliur.Sudah lama juga rasanya dia tidak menjamah salah satu daripada menu kegemarannya itu.Tambahan sekarang dia dan teman serumah jarang makan diluar lagi.Rezekilah nampaknya hari nie.
“Cuma nampaknya kita kena keluar ke pasaraya jugaklah nie?”
“Hmm..daging dalam peti sejuk tu memang tak cukup.”
“Bila kita nak keluar?”
“Sekarang! Dah pukul berapa pun nie..?”
Sakinah mengangguk akur,betul jugak kata kakak iparnya ini.Matahari sudah naik.
Selesai membantu Nur Imani mengemas semula barang-barang dan perkakas yang telah digunakannya tadi.Mereka beriringan masuk kedalam rumah sebelum menghilangkan diri didalam bilik masing-masing.
“Kinah drive..?” Nur Imani menghulurkan kunci Myvinya kepada Sakinah yang baru turun daripada bilik.
Dia tidak menunggu lama untuk menyambutnya.Nur Imani mengukirkan senyuman.Malas pula dia nak memandu hari ini.
Sakinah mencapai sebuah troli sebelum mereka masuk ke dalam Pasaraya Tesco,didepan pintu masuk telefon kakak iparnya berdering.Sakinah sudah dapat meneka siapakah gerangannya!
“Abang..” Nur Imani melirik kearah adik iparnya.
Sakinah tersenyum..benar seperti yang disangka.
Langsung Sakinah sedikit mendahului kakak iparnya,tidak mahu menganggu perbualan kedua-duanya.
“Kat mana nie? Bising jer?”
Nur Imani sudah pun menyambut panggilan daripada suaminya itu.
“Nur dengan Kinah ada di pasaraya nie..”
“Buat apa? Kan stok barang-barang basah ada lagi?”
“Hari nie nak buat nasi daging..ingatkan nak bagi jiran-jiran sikit,hantar masjid jugak.”
“Kenapa tak tunggu abang balik dulu..?”
Emm?
“Tak rancang pun,tiba-tiba teringat tadi.Tak apalah,dengan abang lain kali kita buat..kot lah abang nak buatkan kenduri doa selamat untuk anak pulak?” Nur Imani cuba memancing.
“Dah tentu-tentulah sayang..”
“Boleh ke tu?”
“Boleh ke apa?”
“Nak buat nasi daging tulah..banyak kerjakan sayang?”
“Kinah kan ada?”
“Yalah.Buat kerja tu nanti hati-hati,jangan semua nak dibuat.Kinah mana?”
“Ada sebelah Nur nie..kesian adik abang nie..Jadi assistant tak berbayar.” Ariff Farhan ketawa..
“Cakap kat dia,abang balik nanti,claim.”
“Ah! Gedik!! Jangan mengada-ngadalah abang..! Kinah tolong ikhlas nie,takda maknanya nak claim bagai!!”
Ariff Farhan tersentak mendengar suara halus itu.
“Sayang..Dia dengar ke?”
“Kan Nur dah cakap,dia kat sebelah nie?”
“Haha..Okeylah sayang,abang ada kerja nie.Masak,masak jugak! Hati-hati.Jaga diri,jaga anak..Kerja-kerja berat tu tinggal kat Kinah jer..biar dia yang buat.”
Nur Imani tersenyum sambil mengeleng..Ada pulak macam tu?
“Assalamualaikum...Love you..” Sambungnya lagi,makin lebar senyum bakal ibu ini.
“Waalaikumussalam...”
“Love you too...” Sengaja Sakinah menyahut..tersengih kedua-dua adik beradik itu apabila pandangan mereka menyatu.
“Sibuk anak dara tue..? Abang tak cakap dengan awak!”
Nur Imani gagal mengawal tawanya,langsung telefon bimbitnya dihulurkan kepada adik iparnya ini.
“Haha..Romantik sangat abang Kinah nie?! Dahlah tu,jangan kacau kak Nur,kami tengah sibuk shopping nie.Runsing Kinah,tiap-tiap jam telefon! Tak gunalah Kinah datang sini jaga kak Nur kalau dah abang tak percaya Kinah?”
“Budak nie..bukan tak percayalah..abang rindu isteri dan anak abang jer.Awak tahu apa? Tunggulah dah berlaki esok?!”
“Erk??! Eii..! Malas nak cakap,okeylah..Kinah nak letak nie..babai..Assalamualaikum..” Tergesa-gesa Sakinah ingin memutuskan talian.
Ketawa Ariff Farhan dibuat sibongsu ini.Bukannya susah nak tutup mulut dia..
“Kinah..tengokkan kakak awak tu! Waalaikumussalam..” Sempat lagi dia berpesan.
“Letak dah?”
Sakinah mengangguk tersenyum sambil menghulurkan kembali telefon bimbit kakak iparnya yang berada ditangannya tadi.
Nur Imani menyambut sebelum meletakkan tomato segar yang telah dipilihnya tadi kedalam troli yang ditolak Sakinah.
Satu persatu barang-barang yang disenaraikan mereka tadi diambil dan dimasukkan kedalam troli.
20 minit berjalan,Nur Imani kembali melihat senarai barang yang telah dibuatnya tadi dengan barang-barang yang ada didalam troli dihadapannya ini,tidak mahu ada yang tertinggal apabila tiba dirumah nanti.
Hmm..Hampir kesemua barang-barang yang disenaraikan mereka tadi sudah diambil,tinggal.
Nur Imani mengembalikan pandangannya kearah bahagian barang-barang basah yang tidak jauh daripada mereka.
“Akak kesana kejap Kinah,akak terlupa nak ambik limau nipis.”
“Eh..biar Kinah ambikkan..akak tunggu kat sini.”
“Tak apa..Biar akak ambikkan,Kinah tak nak beli apa-apa?”
“Takda rasanya..”
“Kalau macam tu Kinah terus tolak troli nie ke kaunter bayaran.Kita jumpa kat sana..”
“Okey!” Sakinah menurut,kakak iparnya sudah berjalan bertentangannya.Dia turut mengatur langkah menuju ke arah kaunter bayaran tanpa disedari ada sepasang mata yang tiba-tiba tersinggah ke wajahnya.
“Sakinah?!”
Langkah Sakinah terhenti,agak terkejut dia melihat gerangan jejaka yang berada didepan matanya ketika ini.
Seingatnya,selepas kedatangan lelaki ini kerumah keluarganya.Baru sekali mereka bertemu semula,itupun secara tidak sengaja kerana masing-masing dalam perjalanan hendak kekelas.Namun hari ini boleh pula mereka dipertemukan..didalam pasaraya ini?
“Eh? Hamzah?! Hai! Assalamualaikum..” Tidak tahulah samada dia gembira atau tidak dengan pertemuan ini kerana jauh disudut hati..dia rindu pada lelaki ini sebenarnya.
Aduhai hati! Jangan diungkap rahsia itu.
“Waalaikumussalam...”
“Buat apa kat sini?”
“Saya beli barang dapur sikit,dekat rumah tu cukup untuk dua tiga hari jer lagi.Kinah? Takkan beli barang dapur pun jauh berjalan sampai kesini?” Soal Hamzah agak pelik..
“Owh! Tak.Saya temankan kakak ipar beli barang dapur jugak,rumah abang saya tak jauh daripada sini.Hamzah?”
“Macam tu rupanya...Saya duduk area sini jugak.” Ujarnya agak berminat.
Jangan pulak dia mintak alamat rumah abang Han sudah! Desis hati kecil Sakinah saat melihat air muka Hamzah Hanzalah yang sudah boleh dibacanya itu.
“Dah..?”
“Kinah...” Sakinah tidak jadi meneruskan kata-katanya setelah mendengar kakak iparnya menyapanya.Ibu mengandung itu sudahpun berada disebelahnya ketika dia berpaling.
Cepatnya..?
Hamzah nie pun,pergilah cepat.Seganlah Kak Nur dah ada kat sini.
“Banyak barang shopping?”
Erk?? Alah..awang nie..? Nak jugak tegur? Pergilah..pergilah..
Sakinah agak kekok,ini kali kedua lelaki ini bersemuka dengan ahli keluarganya selepas dia datang kerumah dulu.
“Kawan Kinah?” Nur Imani menyoal sambil merenung wajah adik iparnya,namun dia pula yang menjawab.
“Assalamualaikum..Akak,saya Hamzah.. Hamzah Hanzalah..Kawan sekuliah Sakinah.”
Nur Imani terdiam seketika,hmm...nama itu...?
Hamzah Hanzalah? Macam pernah dengar...?
Nur Imani tidak mengambil masa yang lama untuk mengingati semula saat dimana dia pernah mendengar nama lelaki ini.
Oh! Ye! Budak lelaki nielah yang Ariff Farhan pernah cerita padanya..Pernah datang kerumah mertuanya untuk mengenali ahli keluarga adik iparnya ini.
Ermm..baik orangnya..berbudi bahasa..Alhamdulillah.
Nur Imani mengerling kearah adik iparnya yang tersipu malu sejak tadi.Patutlah.
ehem..ehem..
“Waalaikumussalam..Oh! Nielah Hamzah,abang Kinah pernah sebut tentang Hamzah pada akak.Baru hari nie dapat melihat empunya dirinya.Panggil sahaja Kak Nur..Kak Nur nie kakak ipar Kinah.” Nur Imani terus memperkenalkan dirinya setelah melihat Sakinah membisu sahaja.
“Banyak beli barang?” Nur Imani pula menegur.
“Orang bujang Kak Nur...” Jawabnya pendek namun terselit makna yang mendalam,Nur Imani tersenyum sambil menganguk faham.
“Sebab tu kena kahwin cepat-cepat.Senang..ada orang jaga.Tak gitu Kinah?”
Gulp! Sakinah semakin kelu disisi kakak iparnya.Tidak tahu ingin mengatakan apa lagi apabila dirinya menjadi perbualan.
“Betul cakap kak Nur tu...kahwinlah cepat Hamzah! Senang sikit...”
Sengaja Sakinah menyampuk.Dalam erti kata yang sebenarnya,dia cuba menenangkan dirinya.
“Nak kahwin macammana,tanya orang tu katanya nak habis study dulu?” Hamzah menjawab tenang,wanita dihadapannya dikerling seketika sebelum dilemparkan kesudut lain.
Aikk?
“Susah apa..carilah orang lain.Bunga bukan sekuntum,kan akak?” Tokok Sakinah lagi.
“Hati dah sayang..susah nak patah balik..” Balasnya pula.
“Selagi mampu menunggu apa salahnya,ye tak Hamzah?” Nampaknya kakak iparnya tidak menyebelahinya sebaliknya...awang nie? Hah,akak!
“InsyaAllah akak..akan setia menanti.”
Nur Imani tersenyum,jawapan Hamzah mengembalikan pandangannya kewajah Sakinah,sempat mata mereka bersabung sebelum wajah anak dara itu tertunduk semula.
“Terima kasih Hamzah..” Hamzah sekadar mengangguk sambil menutup kembali bonet kereta Nur Imani yang sudah diisi dengan barang-barang yang dibeli mereka tadi.
“Kalau rasa nak makan nasi daging,datanglah rumah akak.Cuma tak dapatlah jumpa dengan abang Kinah nie sebab dia ada urusan kerja diluar.” Nur Imani mempelawa.
“Boleh ke kak?”
Berminat nampak?
“Apa tak bolehnya..datanglah..Kinah pun ada nie.”
“InsyaAllah.Ada rezeki sampailah saya nanti.Apa-apa pun saya telefon Sakinah.”
“Akak mintak diri dulu..Terima kasih sekali lagi tolong akak dan Kinah tadi.”
“Sikit saja akak..”
Nur Imani menoleh kearah Sakinah yang tidak banyak bercakap sejak kehadiran Hamzah tadi.Langsung dia meloloskan diri ditempat penumpang hadapan terlebih dahulu.Memberikan peluang untuk kedua-duanya mengucapkan salam perpisahan seketika.Mungkin kekok dengan kehadirannya.
“Awak..Saya balik dulu awak.Terima kasih daripada saya juga diatas pertolongan awak tadi.Akak jemput tu,kalau ada masa datanglah..Assalamualaikum..” Hanya itu...
Pun begitu,Hamzah Hanzalah gembira mendengarnya.
“Waalaikumussalam..hati-hati memandu.” Pesannya sebelum Sakinah pula memboloskan dirinya ditempat duduk pemandu Myvi kakak iparnya ini.
Nur Imani sendiri sedikit terkejut melihat Sakinah turut menurutinya sedangkan tak sampai seminit dia masuk kedalam kereta.
Bercakap ke tidak budak berdua nie tadi?
“Kami balik dulu Hamzah.” Sakinah menyapa buat kali terakhir sambil memandang kearah Hamzah Hanzalah yang sedang merenung mereka dari luar tingkap kereta,Nur Imani sekadar bertukar senyuman dengan Hamzah sebelum Myvinya yang dipandu Sakinah mula bergerak dan meninggalkan ruang tempat letak kereta bertingkat di Pasaraya Tesco ini.
________
“Daging nak potong besar nie ke kak?”
Nur Imani meletakkan bahan-bahan yang akan digunakannya untuk menumis nanti diatas meja sebelum menghampiri Sakinah.
Mereka sempat berehat seketika selepas balik tadi sebelum ke dapur dan memulakan kerja.
“Akak rasa potong kecik sikitlah,cepat daging lembut nanti,ye tak?”
Nur Imani kembali ketempatnya,Sakinah meneruskan kerjanya memotong daging sementara kakak iparnya menyediakan bahan-bahan untuk menumis sup serta rempah tumis yang akan dimasukkan ke dalam beras nanti.
Sedang mereka leka berbual dan bergurau sambil meneruskan kerja,Nur Imani mendapat panggilan daripada seseorang.
Nama kawan baiknya,Natasya tertera di skrin telefon bimbitnya sebelum dia menjawab panggilan tersebut.
“Kat depan pintu rumah?” Soal Nur Imani terkejut.Sakinah yang berada tidak jauh daripadanya turut memandang kearahnya.
“Kejap aku keluar.Kau nie..!”
“Kak Tasya?” Sakinah menyoalnya sebaik Nur Imani memutuskan talian..
“Hmm..akak suruh dia datang lepas asar,boleh pulak dia datang sebelum zohor,dia ada kat luar.Akak pergi tengok dia dulu.”
“Tak apa.Akak duduk! Biar Kinah tengok.”
Sakinah menawarkan diri untuk pergi melihat Natasya yang sudah berada diluar rumah.Nur Imani tidak jadi bangun sebaliknya meneruskan kerjanya sementara Sakinah melihat Natasya diluar rumah.
Dari pintu dapur,pandangan Nur Imani sudah tertancap kearah Sakinah dan Natasya yang sedang berjalan beriringan kearah dapur.Sempat juga mata mereka bersabung,Natasya mengerti akan pandangan yang dilemparkan oleh temannya itu tetapi sengaja tidak diendahkannya.
Sebaik Natasya berada dihadapannya,“Kenapa datang awal sangat nie?!”
Natasya memeluk erat bahu sahabat baiknya itu sambil menghadiahkan sebuah kucupan rindu dipipi bakal ibu itu.Makin berisi,bertambah berseri-seri..Aiwah..Gembira Natasya melihatnya.
Nur Imani sedang menjeling manja kearahnya.Faham benar Natasya dengan pandangan itu.
“Kau nie dah tak tahu nak bezakan lepas asar dengan lepas zohor ke Sya?” Natasya ketawa mendengar sindiran temannya itu.
“Aku kenal kau bukan sehari dua..Dah! Jangan nak pandang aku macam tu..Kau sihat? Baby?”
“Alhamdulillah...aku dan anak sihat saja.”
“Kau? Tak merengek ke anak-anak nak ikut?”
“Papa mereka cuti seminggu..so,anak-anak aku..biasalah kalau papa mereka ada.Semuanya nak papa! Makan nak papa,main nak papa,mandi nak papa..tidur pun nak papa.Peluang keemasan mommylah nak lari daripada mereka sekejap.”
“Nie! Apa yang aku boleh tolong?”
“Tak payah nak tolong..
“Dah kau terdatang awal nie,jadi kawan aku dengan Sakinah bersembang jerlah!” Ujar Nur Imani bergurau namun dalam nada suaranya yang serius.
“Bagi sini sini bawang-bawang tu,biar aku buangkan kulit.Kau tu yang kena rehat.Pergi jauh-jauh..biar aku dengan Sakinah yang selesaikan..” Natasya juga membalas dalam nada yang sama.Nur Imani mengetap bibir,sekali lagi wajah teman baiknya itu dijeling.Geram sahaja dilihatnya ibu beranak 3 ini.
“Jangan nak mengada..tu! Ambik pisau kat dalam laci tepi kau tu.”
Hehehe..jawapan Nur Imani membuatkan Natasya geli hati.
“Kan senang macam tu?!”
“Kalau aku tahu Azman ada kat rumah tadi...dah siap nanti baru aku telefon!” Ujar Nur Imani berbaur kemarahan,Natasya tersengih sambil mengangkat bahu.Dia terus menghampir Sakinah sambil mengambil beberapa ketul daging untuk dipotong.
“Lamalah Kinah cuti nie?”
“Lama jugaklah kak Tasya,nasib baik abang Han telefon awal.Kalau tak Kinah dah terus balik kampung naik train jer petang khamis tu.”
“Kak Tasya ingat kakak kesayangan Kinah nie buat semuanya sendiri tadi,risau jugak tambahan lagi memikirkan yang abang Kinah takda kat sini.Itu yang akak datang awal nie.”
“Dah tuan besarnya takda kat rumah,kenalah adik kesayangan dia nie jadi peneman pengarang jantung dia nie Kak Tasya.” Nur Imani ketawa,Natasya tersenyum..Sakinah juga.
Ternyata dengan kehadiran seorang lagi ‘pembantu’ ini menjadikan kerja mereka lebih mudah.Berbual sambil menyiapkan kerja membuatkan masa yang berlalu bagaikan tidak dirasai oleh ketiga-tiganya.
“Alhamdulillah..”
Sakinah menutup Kitab Suci Al Quran yang telah dibacanya tadi,kakak ipar disisinya ditatap dengan senyuman.Hari ini mereka bukan sahaja dapat berjemaah malah dapat mengaji bersama.
“Lega rasanya..tertunai juga hajat kak Nur.” Sakinah mengangguk sambil berpelukan dengan kakak iparnya.
“Alhamdulillah..walaupun bengkak-bengkak habis kaki kak Nur berdiri lama sangat tadi.Nasib baik sikit jer.” Ujar Sakinah pula sambil melihat kearah kaki kakak iparnya yang sudah kembali kepada bentuk asal.
Nur Imani ketawa kecil sambil melihat kearah bengkak dikakinya yang sudah pulih sepenuhnya selepas diurut sebelum maghrib tadi.
Alhamdulillah..
“Nasib baik abang Kinah takda..kalau tak...Tak merasanya akak nak buat semua ini.Nasib baik jugalah Hamzah datang tolong tadi..kalau tidak,tak sempat juga nak hantar kemasjid tadi.”
Sakinah tersenyum lagi sambil mengangguk.
Ya..Ada kebenarannya disebalik bicara kakak iparnya ini.
Hamzah Hanzalah..sibuk pulak lelaki itu nak datang kerumah abangnya ini tadi.Pandai pula dia mencari rumah ini..Dialah yang menghantar makanan yang telah siap berbungkus tadi kemasjid.
Haih! Lelaki seorang itu!
Tanpa sedar,terdengar keluhan kecil keluar daripada bibirnya.
Disedari pula kakak iparnya..
“Kenapa tiba-tiba mengeluh nie? Adik akak nie tengah rindu orang tu.Hmm..Baru tadi jumpa?” Sengaja Nur Imani serkap jarang..
“Tak adalah akak..kesitu pulak.Dia tu? Ish..takda maknanya nak ingatlah..”
“Hmm akak,tadi Hamzah ada telefon,mama dan papa dia puji nasi daging akak..Sedap katanya...Dia pun balik tadi,makan sekali lagi.Mereka ucapkan terima kasih banyak-banyak..”
“Nak terima kasih apanya,dia dah tolong kita.Akak nie yang patut berterima kasih pada dia.” Betul kata kak Nur ini,kalau Hamzah tak datang tadi rasanya sampai sekarang ini mereka masih berada didapur.
Letih namun puas! Puas kerana dapat memberi orang lain juga turut merasa rezeki yang Allah berikan kepada mereka ini bersama-sama.Alhamdulillah.
Sakinah mengetuk pintu bilik yang sedia terbuka itu,entah apa yang sedang dilamunkan oleh kakak iparnya itu.Nampak begitu ralit.
Kehadirannya sedikit mengejutkan wanita itu,
“Boleh Kinah masuk?” Soal Sakinah sambil tersenyum,ditangannya ada dua biji mug.
“Masuklah dik..” Pelawa Nur Imani senang,kehadiran Sakinah tidak sedikit pun menganggunya.
Barulah Sakinah menapak masuk setelah memperoleh kebenaran itu.
“Bolehlah buat bilik baby nie nanti..dekat dengan bilik ibu dengan babah dia.Senang.” Cadangnya tanpa dipinta,bibirnya yang tidak lokek dengan senyuman sentiasa membuatkan wajahnya bersinar ceria.
Gelas ditangan kanannya dihulurkan kepada kakak iparnya.
“Susu kambing akak..” Tanpa dipelawa Sakinah melabuhkan punggungnya diatas kerusi dihadapan kakak iparnya.
“Oh! Terima kasih..” Sakinah menyambutnya dengan anggukan senang sebelum menghirup kopi O’ kegemarannya.
“Kinah ingat akak dah tidur tadi..tengok pintu bilik terbuka.Kinah intai..takda orang.Rupanya kat sini?”
“Sajalah akak duduk kat sini kejap..Duk dalam bilik tu teringatkan abang Kinah jer..”
“Rindu..?” Tebak Sakinah.
“Anaklah duk rindukan babah dia nie..dah duduk dalam rahim ibu,dengan ibu sekali kena penangan.”
Sakinah sudah tersenyum..Melihat air muka kakak iparnya..dia tahu,memang wanita ini sedang merindui suaminya.
“Esok kan babah balik dah..”
“Akak..”
“Hmm..”
“Pejam celik,pejam celik..dah dekat setahun kak Nur kahwin dengan abangkan?”
Nur Imani memakukan pandangannya kewajah Sakinah.Kenapa tiba-tiba perkara ini meniti bibirnya? Baru subuh tadi Ariff Farhan menyentuh mengenainya.
“Cepat sangat Kinah,rasanya baru semalam semua tu terjadi.Kak Nurin menghilangkan diri..Mama kinah,ibu akak..babah...ayah..adik beradik Kinah..semuanya ambik keputusan untuk tetap meneruskan majlis tu dengan menjadikan akak pengganti pengantin perempuan.Disebabkan kakak akak..keluarga Kinah hampir malu besar.”
“Alah akak..bukan itu maksud Kinah.Itu semua perkara lamalah akak..Yang penting akak dah jadi sebahagian daripada ahli keluarga kami,esok-esok..baby pulak yang akan lahir.Bukan setakat pengikat kasih antara akak dan abang,tapi mengeratkan lagi hubungan persaudaraan kita yang telah terjalin.”
Nur Imani tersenyum hambar..
Betul tu Kinah,semua tu perkara lama..tapi akak hidup dengan dendam orang itu hampir setahun lamanya.Hanya akak yang tahu pahitnya Kinah kerana rasa hempedu pun tidak sepahit apa yang akak lalui.
___
Nur Imani membuka lampu meja ditepi katil sebaik naik keatas katil, lama dia berbual dengan Sakinah dibilik lamanya tadi.Pagi esok dia akan menghantar adiknya itu ke stesen kereta api laju kerana Sakinah akan balik bercuti ke Perak.Bercuti dirumah keluarga.InsyaAllah dia akan menyusul.
Malam ini pula malam terakhir dia tidur bersendirian,esok..lelaki itu akan pulang.Ah! Rindunya!!
Sangkanya selepas dua hari Ariff Farhan tiada bersama mereka dia akan lebih baik,rupanya tidak.Malam ini sekali lagi matanya tidak dapat dipejamkan,seminit sahaja lagi jam akan berdetak ke angka 12.30 pagi.Ya Allah! Begini pula jadinya?
Hari ini baru dua kali mereka berbual melalui telefon,subuh tadi Nur Imani yang menghubunginya dan semasa mereka di pasaraya.Baik petang tadi mahupun sehingga sekarang,suaminya terus diam.
Lelaki..jauh bezanya hati mereka dengan kita nie Nur..orang perempuan nie dah memang sifat semulajadinya lembut..beginilah jadinya.Tambah-tambah bila tengah berkongsi nyawa macam Nur sekarang nie,makin cepatlah tersentuh hati..kadang-kadang benda kecil pun boleh jadi masalah besar.Pandai-pandai kawal perasaan tu..biar kita sama-sama ada rasa tolak ansur.
Teringat kembali akan perbualannya dengan ibu dulu,inilah yang selalu mengingatkan dirinya terutama sekali apabila dia sendiri begitu merasakan perubahan dirinya sejak dia mengandung. Banyak yang ketara terutama sekali perasaannya.
Hati wanita..kadangkala dia sendiri tidak mengerti akan perasaannya ini..Tambahan lagi dalam keadaan sekarang.
“Nur ganggu ke?” Kata hatinya dituruti,Nur Imani mendail nombor suaminya dipagi-pagi buta itu.
“Taklah.. Sayang tak tidur lagi ke?”
“Tak mengantuk..Abang?”
“Abang baru balik.Ada jamuan makan dekat bawah tadi,malam nie kan malam terakhir.Letihlah sayang.Dah dua malam abang tak dapat tidur lena,rasanya malam nie mahu sampai ke subuh abang tidur.” Patutlah.
“Tak apalah sampai ke subuh,jangan pulak terlepas subuh sudah?!” Lebar senyuman yang terukir dibibir Ariff Farhan.
“InsyaAllah tak..kalau risau,sayang kejutlah abang masa sayang bangun subuh esok.”
Macam tu pulak?
“Macammana dengan nasi daging sayang buat tadi? Abang pulak yang terliur bila sayang kata nak buat tadi.Kalaulah abang dapat makan..” Rasa bersalah pula Nur Imani mendengar luahan rasa suaminya ini.
“Abang balik nanti Nur buat lain ya? Alhamdulillah..semua berjalan lancar..Lebih lancar daripada yang dirancang.Alhamdulillah,niat baik nak jamu orang makan..Allah permudahkan urusan.Yang menolong pun tadi bukan setakat Kinah saja,Natasya pun ada sama dan...bakal adik ipar abang jugak.”
“Hamzah?” Soal Ariff Farhan tidak percaya.Setahunya Hamzah tidak pernah sampai kerumahnya,takkan Sakinah pula yang beritahu?
“Ya bang..”
“Daripada mana dia tahu tempat tinggal kita??” Soal Ariff Farhan pelik.
“Rumah keluarga dia 15 minit saja daripada rumah kita nie abang.Kebetulan Nur dan Kinah bertembung dengan dia di pasaraya tadi.Dialah yang tolong hantar makanan ke masjid jugak.Alhamdulillah dapat makan bersama-sama mereka sebelum balik.Ibu dengan anak kekenyangan hari ini.”
“Ibu dengan anak kekenyangan..?”
“Nasi daging abang,berkali-kali tambah..Tak tahulah kenapa berselera sangat hari nie..”
“Rugilah babah.”
“Apa pulak rugi? Babahlah untung..dapat makan makanan sedap-sedap kat sana.”
“Sedap kalau isteri dan anak abang ada sekali..” Ye ke?
“Abang bertolak esok petangkan?”
“Ikut perancangan macam tu sayang,jadual abang pun memang tak berubah.InsyaAllah,habis sahaja urusan abang kat sini esok.Abang terus balik.Abang rindu betul pada Nur..baby..”
“Yalah..sudahkan tanggungjawab tu dulu..”
“Sayang...”
“Ye...”
“Ada benda ke yang sayang nak cakap pada abang?”
“Ermm..? Tak adalah abang..Hari nie takda video ke untuk ibu dan anak?”
“Allah! Abang tak sempat nak rakam..lepas maghrib tadi abang langsung tak naik bilik.Ini baru balik..Sayang nak ke?”
“Tak apalah..Video lama ada..Abang rehatlah..esok ada kerja lagi,lepas tu nak balik pulak.”
“Sayang okey ke?”
“Hmm..Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam...”
Ariff Farhan jadi tidak senang pula.Agak hambar perbualan mereka ini.Mengapa isterinya begitu?
Inilah yang membuatkan dia ingin segera kembali kesisi isterinya..
~~~~~~~~~~~~~~~~
Okeylah..Cek mintak diri dulu..diri nie pun masih xpulih sepenuhnya..Assalamualaikum & selamat berpuasa semua.da...:)
erk... habis? huhuhu... nak baca lagilah. semoga penulis kembali sihat dan selamat berpuasa jugak ye
ReplyDeletePuas betul baca... Selamat berpuasa pd penulis...
ReplyDeletebest.selamat berpuasa semua.
ReplyDelete