Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Kebanyakan wanita itu adalah isi Neraka dan kayu apinya.” Sayidatina Aisyah bertanya,“Mengapa, wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah SAW:
"Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan waktu melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja di rumah"
-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<
Bahagian 9 ;
Nur Imani tiba-tiba teringat akan ibunya.Mengingatkan yang dia sudah dua minggu juga tidak mengirimkan khabar ataupun bertanyakan khabar tentang kedua-dua orang tuanya itu.Nur Imani langsung mencapai telefon bimbitnya semula selepas Ariff Farhan keluar daripada biliknya beberapa minit yang lalu.
“Assalamualaikum Ibu..” Tidak sampai seminit,panggilan yang dibuatnya bersambut juga.
“Waalaikumussalam..Nur?” Suara ibu jelas kedengaran gembira menyambut panggilannya.
Lapang hati Nur Imani mendengar suara insan yang begitu dikasihinya,rasa hatinya kuat mengatakan yang ibu masih sihat dan kuat seperti beberapa bulan lalu.
“Nur apa khabar? Dah lama ibu tak dengar suara Nur,semalam ibu telefon Nur..Ariff angkat,katanya Nur demam?”
Ibu telefon semalam?? Eh! Bila masa pulak? Kenapa aku tak sedar? Nur Imani cuba mengingat..
Rasanya Ariff Farhan juga tidak memberitahunya apa-apa.
“Pagi semalam,teruk jugak ibu.Ingatkan demam biasa saja mujurlah menantu ibu tu ada.Kalau tak..tak tahulah apa yang jadi pada Nur.Semalam dialah yang buat semua kerja,hari nie pun sama..walaupun isteri dia nie dah sihat balik!” Terkenang kembali Nur Imani pada suaminya,sebagaimana Ariff Farhan sudi membantunya menguruskan hal ehwal rumah tangga mereka..
“Dah tahu macam tu,kenapa tak nak pergi klinik? Hai..ibu dengar sampai menangis-nangis lagi? Sejak bila Nur takut nak pergi klinik nie?” Duga ibunya.
Err..Nur terkelu,soalan ibu membuatkan bibirnya terkunci dengan sendirinya.
Sampai itu pun dikhabarkan Ariff Farhan kepada ibu? Sengaja nak mengadu ke suami aku nie?
“Nur bukannya tak nak pergi cuma..malaslah.Nur bukannya larat sangat semalam.Tak nak menyusahkan abang pulak.Ibu sendiri tahukan Nur nie kalau demam macammana? Lepas makan ubat,okeylah balik.” Ujarnya lagi.
“Betul ke nie?”
“Ya bu..tak percaya tanya abang.Hari nie,Nur siap...Oh ye bu..sebelum terlupa,Nur nak beritahu ibu.Petang esok Nur dengan abang balik kampung.InsyaAllah,malam esok kami sampai.Nur rindu ibu..Tak sabar-sabar rasanya hati Nur nie nak jumpa ibu,ayah..” Luah Nur Imani gembira,tulus lahir dari hati nuraninya.
Begini jugalah perasaannya tadi ketika Ariff Farhan memberitahunya yang mereka akan pulang kekampung esok.Gembira tak terkata.
“Hmm..Awak tu dah jadi isteri orang.Jangan lupa! Kemana pun suami tu pergi,ikut saja sebab disitu terletaknya syurga.Ibu dengan ayah dikampung nie jangan dirisau,tahulah ibu dengan ayah nak jaga diri.Sebagai isteri,Nur bertanggungjawab pada suami dan rumah tangga.Jaga diri baik-baik.” Pesanan ibu hanya membuatkan perasaan bahagianya sedikit terganggu,kenapa ibu perlu mengingatkannya pada semua itu bila dia sedang menghitung waktu untuk kembali bersatu dengan mereka.
“Ibu..” Tenggelam timbulnya sahaja suara Nur Imani selepas itu,mujur masih jelas ditelinga ibunya.
“Ya,ibu ada kat sini.”
“Nur rindu ibu,paling penting Nur nak ibu sentiasa tahu yang Nur sa...yang.. ibu.” Beritahu Nur Imani jujur.
“Ibu tahu nak..ibu sentiasa tahu..Ibu pun sayangkan Nur.” Terukir kembali senyuman manis diantara dua bibir yang terpaut rapat itu.Barulah Nur Imani sedar,ada sedikit titis jernih ditubir matanya.
Benar kata hatinya! Dia merindui orang tuanya,rindu yang teramat!
“InsyaAllah esok kita jumpa..Nur nak peluk ibu ketat-ketat,tak mau lepas-lepas dah! Nur nak ibu tahu betapa rindunya Nur pada ibu.” Gurau Nur Imani dalam serius.
“Ya Allah! Dah macam budak-budak! Jangan nak bermanja-manja sangat dah dengan ibu nie.Buruk benar rupanya!” Usik ibunya pula,dengan tawa dihujung bicaranya.Entah apa yang sedang dibayangkan oleh ibunya ini.
“Alah..Nur isteri orang tapi Nur juga anak ibu kan? Dunia akhirat Nur adalah anak ibu dan ayah!”
“Sepatah ibu bercakap,berpatah-patah Nur jawab,na?”
“Nur..Ibu nak kena pergi kerumah mama kamu sikit lagi nie.Ibu..”
“Mesyuarat apa lagi ibu?” Laju Nur Imani memotong percakapan ibunya,
Soalan Nur Imani membuatkan bibir tua itu tersenyum kembali.Usikan yang mengandungi makna yang dalam.
“Mesyuarat apanya,tu..pagi tadi kakak ipar kamu yang baru bersalin tu dah balik.Ibu ingat nak melawat tengah hari tadi,tapi ayah kamu nie pulak ajak ibu temankan dia ke pekan.Dah ada masa nie,ibu ingat nak kesanalah.Esok,dah tentu-tentunya sibuk nak buat persedian kenduri Zahim dengan sikecik tu sabtu nie.Nur tahukan?”
“Kak ngah balik dah? Hmm..baiklah ibu,nanti sampai sana..ibu sampaikan salam Nur buat mama,ayah pun..dan mereka semua.Nur dah tahu,abang beritahu..”
Tidak terluah persoalan yang sedari tadi bertandang dihatinya.Nur Imani bimbang jika apa yang bakal diajukannya nanti akan menyebabkan ibunya mengesyaki sesuatu.
“InsyaAllah..Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam..”
Nur Imani mengakhiri perbualan mereka anak beranak,dilihatnya..hujan rintik-rintik sudah mulai turun membasahi bumi Allah ini yang juga turut diiringi angin lembut yang membuatkan sesiapa sahaja akan kedinginan.Itulah yang sedang dirasainya.
Dia sekadar membiarkan pintu bilik itu terbuka dan angin lembut itu masuk kedalam biliknya,betapa sedap bauan semula jadi itu menyapa deria baunya?
Subhanallah..Itulah jawapan yang mampu diberikan Nur Imani kepada perasaan yang bertandang dihatinya ini.
Selepas mendapatkan kebenaran daripada Ariff Farhan untuk keluar,selepas asar Nur Imani keluar bersendirian.Dia ingin mencari buah tangan untuk dibawa balik kekampung petang esok terutama sekali buat cahaya mata kedua kakak iparnya itu.Rasa kekok pula jika tidak menyediakan sesuatu untuk mereka apatah lagi dia langsung tidak menampakkan muka sejak awal kandungan kakak iparnya itu.
Sebaik kakinya melangkah masuk kegedung pakaian bayi dan kanak-kanak.
“Baju baby puan..?”
Seorang jurujual wanita menghampiri Nur Imani yang sedang leka membelek pakaian baby perempuan yang berada didepan matanya.Sapaan mesra itu disambut dengan gelengan oleh Nur Imani serta senyuman manis dibibirnya.
“Cantik nie akak,belilah sepasang..baju baby kalau besar sikit tak apa.Kalau tak boleh pakai masa baru-baru lahir,dua tiga bulan lepas itu dah muat dah.Budak-budak nie cepat membesar.”
“Tak mengapalah,saya tengok-tengok dulu.” Ujar Nur Imani setelah itu barulah jurujual tersebut bergerak ketempat lain,kebetulan pula ramai pelanggan yang berada didalam kedai ini.
Nur Imani memang tertarik ketika melihat pelbagai jenis pakaian baby perempuan yang begitu cantik dan menarik ketika dia masuk tadi.Cuma ketika sampai tadi,dia malas ingin singgah di bahagian ini kerana tujuan asalnya dia masuk kekedai ini hanya untuk mencari hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada kakak iparnya yang baru bersalin itu.
Namun,disebabkan keinginannya yang begitu melonjak-lonjak ingin melihat pakaian baby perempuan yang telah menarik hatinya tadi.Nur Imani singgah juga dibahagian itu semula,benar! Rambang matanya dibuat semua barang-barang keperluan baby perempuan yang terdapat disitu.Mujur anak kakak iparnya adalah lelaki,jika perempuannya mahunya dia membeli belah sakan dikedai ini buat sikecil itu.
Tapi naluri keibuannya pula kuat mengatakan yang anak didalam kandungannya ini adalah anak perempuan.Bukan mengharap malah sebolehnya dia ingin mendapatkan seorang anak lelaki sebagai anak sulongnya dengan harapan dia akan menjadi seorang abang yang akan melindungi dan menjaga adik-adiknya nanti.Cuma…sejak bergelar isteri kepada Ariff Farhan..Nur Imani tidak pernah mengharapkan sesuatu yang terlalu sukar untuk dicapainya.Apatah lagi perkahwinan ini telah diputuskan oleh lelaki itu akan terlerai dalam tempoh setahun.
Apa yang Allah telah anugerahkannya kepadanya ini sdah cukup membahagiakan..
Aduhai..
Jika tidak memikirkan yang dirinya masih lagi isteri Ariff Farhan,masih lagi tinggal dibawah satu bumbung dengan lelaki itu.Pasti sudah lama dia membuat persediaan untuk menyambut kedatangan insan baru ini didalam hidupnya.
Cuma buat masa sekarang,semua itu terpaksa dipendamkannya terlebih dahulu kerana urusannya dengan Ariff Farhan haruslah diselesaikan daripada dia dibebani pula dengan masalah lain yang akan menyebabkannya jatuh lagi dalam perjalanan panjang ini.
Ralit Nur Imani membelek-belek pakaian-pakaian itu,
“Apa yang dilamunkan tu?”
Dia dikejutkan dengan sapaan seseorang.Namun Nur Imani tidak mengambil masa yang lama untuk berpaling kerana dia dapat merasakan suara itu adalah milik seorang lelaki yang dikenalinya.
“Err..Im?” Nur Imani bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya,sekujur tubuh insan yang sedang berdiri dihadapannya ketika ini membuatkan Nur Imani terkedu disitu.Seorang teman yang telah menghilangkan diri sejak beberapa bulan yang lalu…kini??
Sudahpun berada dihadapannya,sedang tersenyum mesra dan dia kelihatan..cukup gembira.
“Hai..!” Terpaku Nur Imani seketika.
“Lama kita tak jumpa..” Itulah perbualan pertama Imran sebaik dia mempelawa wanita dihadapannya ini untuk minum petang bersamanya tadi.
Meskipun berat pada mulanya untuk Nur Imani menerima namun dengan kehadiran seorang wanita yang telah diperkenalkan Imran sebagai tunangnya membuatkan Nur Imani menyertai mereka.
“Ya..Hampir 8 bulan.Kemana Im menghilangkan diri?”
“Membawa hati yang luka..” Ujarnya dalam nada gurauan,dia nampak lebih tenang sekarang.Jauh berbeza dari saat dia melangkah pergi dulu.
Jadi betullah apa yang diberitahu oleh Natasya dan kawan-kawan lain kepadanya?
Lelaki ini sememangnya menyimpan perasaan terhadapnya dulu?
Benar jugalah ura-ura yang pernah kedengaran disyarikat suatu ketika dulu,sebaik dia bergelar isteri kepada Ariff Farhan?
Mungkin itu juga sebab utama mengapa Imran mengambil keputusan untuk meletak jawatan beberapa bulan yang lalu..semua disebabkannya?
“Saya dengar Im nak sambung Phd?” Nur Imani ingin mendapatkan kepastian daripada khabar angin yang pernah didengarinya dulu daripada tuan badan ini sendiri.
Dari air muka Imran,nampaknya berita itu bukan sekadar cerita yang reka-reka.
“Macam tulah nampaknya,insyaAllah dua bulan lagi saya akan berangkat ke UK.Cuma sebelum tu saya kena selesaikanlah dulu apa yang patut saya selesaikan.Sayang..” Imran mengerling kewajah tunangnya yang sedari tadi setia bersamanya,lembut orangnya.
Bertuah Imran bakal mendapatkan seorang isteri seperti Alia Kaisara.
Mengerti maksud pandangan tunangannya,Alia Kaisara lantas membuka beg tangannya sebelum mencari sesuatu didalam beg tangannya.
“Ini kad kahwin kami,jemputlah datang.” Ujar Alia Kaisara akhirnya,sepucuk sampul surat kecil yang sudah diketahui isi didalamnya dihulurkan kepadanya.Nur Imani menyambut senang.
“Bawak suami sekali,” Sempat lagi Imran berpesan langsung membuatkan secangkir senyuman terukir dibibirnya.Nur Imani menyambut huluran kad kecil yang ditunjukkan oleh Alia Kaisara,tunang kepada Imran ini.Dibeleknya seketika kad kahwin yang cantik itu sebelum bibirnya mengeluarkan bicara.
“Ahad ini?”
Soalnya kepada mereka,sedikit terkejut dengan tarikh yang tercatat rasmi diatas kad kahwin ini.
“Kenapa Nur?” Imran menyoal kembali,sepertinya wanita ini tidak ada kelapangan untuk hadir kemajlis perkahwinan mereka nanti.
“Maaflah,rasanya kami tak boleh datang ke majlis perkahwinan Im dan Alia nanti,kebetulan pulak hari tu sepupu suami saya bertunang.” Seperti yang diduga Imran..
“Takda rezekilah nak merasa makan nasi minyak kami?” Ujar Imran lagi tapi kali ini dalam nada gurauan pula.
“Macam tulah nampaknya.Maaf sekali lagi Im,Alia.” Ucap Nur Imani pula dalam serba salah.Kad kahwin yang berada ditangannya tadi disimpan kembali kedalam sampul suratnya sebelum dimasukkan kedalam beg tangannya pula.
Imran dan Alia Kaisara sekadar mengangguk.Mengerti!
“Kami faham..dah ada hal lain,nak buat macammana kan..?” Alia Kaisara turut meluahkan apa yang sedang bermain difikiran Imran.
“Apa pun tahniah buat awak berdua,saya doakan jodoh kalian akan berkekakalan sampai kesyurga.” Doa Nur Imani ikhlas.
“Amin..” Laju bibir Imran menyambutnya.
“Terima kasih Nur.” Itu pula yang disahut oleh Alia Kaisara.
“Jaga Alia baik-baik Im..” Sempat juga dia berpesan lantas menerbitkan senyuman dibibir kedua-dua insan itu.Imran mengangguk sebelum mengucapkan..
“..InsyaAllah.Saya akan menajaganya sebaik mungkin,mengasihinya seumur hidup saya dan menjadikannya terakhir didalam hidup saya walaupun bukan yang pertama,”
Lega betul hati Nur Imani melihat apa yang berada didepan matanya,teman yang pernah terluka disebabkannya kini kembali mendapatkan kekuatannya.
Hampir setengah jam Nur Imani meluangkan masa untuk mereka berdua,berbual sambil berkongsi cerita sebelum berpisah atas urusan dan tanggungjawab masing-masing.Kini dia sedang menuju ke destinasi seterusnya.Destinasi yang tidak tersenarai dalam rancangannya ketika dia mengambil keputusan untuk keluar tadi.
Dia merasakan perlu untuknya singgah ketempat itu semula sebelum kembali semula kerumahnya untuk membuat persiapan balik kekampung pula petang esok.....
Ternyata kehadirannya tidak diduga oleh tuan rumah namun sememangnya dialu-alukan.
“Mari masuk! Bertuah kau nie..! Kenapa tak telefon aku dulu sebelum nak datang? Nie,nasib baik aku ada kat rumah.Kalau tak? Sia-sia jer datang..” Belum apa-apa,Nur Imani sudah disembur dengan Natasya.
Pun begitu dia sudah masak dengan sikap bersahaja Natasya ini,mulutnya sahaja macam tu,tapi..baik orangnya.
“Aku tak rancang pun nak datang kerumah kau nie,kalau memang kau takda tadi.Aku balik sajalah! Saja singgah,nak melawat Sakinah sekali.Mana dianya anak-anak kau nie? Sunyi saja rumah kau nie? Hazim balik dah?” Mata Nur Imani melilau disekitar kawasan rumah Natasya ini,namun tidak kelihatan kelibat Hazim mahupun tiga permata hati tuan rumah ini.
“Hazim mungkin sampai pagi esok.Kerja tak selesai lagi katanya.Sakinah aku dah hantarkan pergi tuisyen.3 kali seminggu,okeylah..untuk dia belajar serba sedikit sebelum masuk ke sekolah rendah.Tak jauh pun,sebelah rumah nie saja.Sikit lagi baliklah tu.Dua orang hero aku pulak.. tu…dah terlena kat depan tv tu ha! Letih sangat! Masa aku ambik kat rumah pengasuh tadi pun dua-dua hampir nak tidur.” Nur Imani melemparkan pandangannya mengikut muncung Natasya.
“Ya Allah,dah terjelepik anak-anak kau tu..” Ujar Nur Imani sebaik sahaja matanya terpandang akan dua orang kanak-kanak yang sedang terlena diatas permaidani sambil memeluk bantal.Tersenyum dia melihat akan kedua-duanya.
“Itu baru letih namanya Nur! Selalunya jarang budak-budak nie tidur petang.Paling cepat pun lepas isyak sat lagi.Hmm..duduklah dulu,aku buatkan air.”
“Tak payahlah Tasya..aku singgah kejap jer nie.” Natasya terus berpaling kearah Nur Imani sebaik mendengar jawapannya.
Nur Imani perasan,Natasya agak tidak puas hati dengan kata-katanya tadi.
“Oh! Tidaak! Aku tak nak kau balik.Dah lama sangat kau tak datang kerumah aku nie.Banyak benda yang aku nak kongsi dengan kau.Apa kata makan malam kat sini saja? Telefon saja suami kau tu,bukannya kau merayap ketempat lain,ada kat rumah aku nie jer.Takkan dia tak bagi kot?” Pandai Natasya menyusun ayat untuk memujuknya supaya berada dirumahnya ini untuk beberapa ketika lagi..
“Mungkinlah dia tak kisah…tapi dia tengah cuti Tasya,tak sedap pulak kalau biarkan dia duduk kat rumah tu seorang diri.Dia cuti pun sebab nak jaga aku.Aku pulak? Dah sihat nie,sedap-sedap merayap ketempat lain.”
“Yalah,kau tu bini orang..Kalau dulu bolehlah duduk kat rumah aku nie,temankan aku dengan anak-anak bila Hazim ada urusan rasmi berhari-hari kat luar tu..”
“..kalau ya pun..Duduklah kejap! Takkan baru sampai dah nak balik? Dapat basahkan tekak pun jadilah.” Pelawa Natasya semula.
Dah itu yang dicakapkan Nur Imani..bermakna dia memang hendak pulang awal.
Faham! Bini orang..Aku pun bini orang juga! Natasya berbisik pada dirinya.
“Aku ke dapur dengan kau sajalah,budak-budak nie tengah tidur..Senang kita bersembang kat sana.Biarkan mereka berehat.”
“Jomlah,aku baru jer kukus kuih limas tadi,kejap lagi masaklah tu.” Beritahu Natasya setelah mereka berada masuk kedapur.Dia pun baru teringat akan kuih yang sedang dimasaknya tadi.
“Langkah kananlah aku nie?” Natasya mengukirkan senyuam dengan soalan Nur Imani itu,langkahnya dialihkan kearah kuih yang dimasaknya diatas dapur itu.Sebaik penutup periuk kukus itu dibukanya,dia terus menutup gas yang terpasang.
Dah masak!
“Sakinahlah yang nak makan nie..minggu lepas lagi dah dia suruh aku buat,cuma kau fahamlah kan mama dia nie macammana orangnya,malas!” Ujar Natasya sambil ketawa dihujung bicaranya..Mengingatkan diri mungkin..
“Ini baru dinamakan supermommy.Sibuk macammana pun seorang ibu tu,dia takkan abaikan anak-anak dia.Macam kau! Masih cuba untuk memenuhi kehendak anak-anak walaupun terlewat.Besar pahalanya tu..!” Nur Imani membalas,dia yang sudah melabuhkan punggungnya diatas kerusi meja makan tidak jauh dari dapur kering Natasya.
“Dah nama pun ibu..Tunggu sajalah anak kau nie lahir nanti.Jujur aku katakan..melihat mereka membesar dengan baik didepan mata kita..itulah perkara paling bermakna buat ibu macam kita Nur.”
“Aku pun dah tak sabar-sabar nak melihat sikecil nie Tasya,tapi tulah..makin besar perut nie nie,makin hampir waktunya.Bedebar-debar rasa kat hati aku nie,Tasya..kadang-kadang takut pun ada.”
Luah Nur Imani sambil mengusap perutnya…
“Takda apa-apalah Nur,yang penting kau kena banyak ingat Allah,istighfar,selawat…banyakkan buat solat sunat..Aku dulu pun macam kau juga.Ingat tak masa aku nak lahirkan Sakinah dulu? Dekat 20 jam aku duduk dalam bilik bersalin tu barulah dapat aku bersalinkan dia.Mujurlah Hazim ada sepanjang masa tu,temankan aku,berikan kata semangat walaupun aku perasan dia yang menangis masa tengok aku duk bertarung nyawa nak melahirkan zuriat kami tu..” Cerita Natasya semula,jika waktu itu..dia berdoa sangat kepada Allah agar mempercepatkan waktu itu tapi sekarang,semuanya adalah kenangan yang cukup manis untuk dikenangnya dan suami..
Masakan aku boleh lupa..Aku pun ada kat situ masa kau lahirkan Sakinah dulu.
Bertuahlah kau Tasya,ada suami yang mengasihi kau,menyayangi kau..Aku nie pula? Sikecil ini langsung tidak diharapkannya.Dia bukan sentuh aku disebabkan rasa cinta dihatinya buat aku,tapi kerana hak yang sengaja dituntutnya untuk melihatkan hidup aku sengsara.Tapi dia tak tahu Tasya..aku tidak pernah menyesal memberikan apa yang telah menjadi haknya ini dan sekarang..Allah dah menganugerahkan anak ini pula buat aku sebagai balasannya.
“Nur?? Makanlah kuih nie dulu..aku buatkan air untuk kau,nak air apa?”
“Bagi air mineral saja..”
“Tak nak ais?”
“Aku tak minum ais dah sejak mengandung nie..Biarlah berpantang kejap.”
“Okeylah ibu…kau makan dulu..”
“Terima kasih Tasya..”
“Sama-sama..”
“Mommy…! Mommy…”
Baru Natasya ingin melabuhkan punggungnya diatas kerusi di meja makan dihadapan Nur Imani,suara lantang seorang kanak-kanak perempuan mengejutkan mereka.Kedua-dua ibu itu dikejutkan dengan kepulangan anak dara Natasya yang begitu ceria orangnya.
“Hai…! Balik dah anak bertuah nie? Berapa kali mommy nak cakap..”
“…Sebelum masuk…bagi salam! Assalamualaikum mommy..” Laju Sakinah memotong percakapan mommynya.
“..Eh! Cik Nur pun ada?” Baru dia perasan akan kehadiran seorang tetamu yang sudah lama tidak dilihatnya..
Natasya mengeleng melihat sikap anak daranya yang seorang nie.Nur Imani pula sudah tersenyum sambil menyambut huluran salam anak sahabatnya itu,dibawa tubuh kecil itu kedalam dakapannya sebelum dikucup kasih kedua-dua belah pipi dan ubun-ubun Sakinah.
“Rindunya Cik Nur pada dia…”
“Lamanya Cik Nur tak datang? Hari jadi Sakinah pun Cik Nur tak datang?” Soalnya,seperti mahu merajuk nampaknya? Terhibur hati Nur Imani melihat telatah anak dara seorang ini.
“Maaf sayang,Cik Nur bukan tak nak datang tapi Cik Nur tak berapa sihat..Rasanya tak lambat lagi Cik Nur nak ucapkan selamat hari jadi untuk anak Cik Nur yang seorang nie.Cik Nur ada hadiah istimewa untuk Sakinah,istimewa untuk sayang Cik Nur nie.” Nur Imani menghulurkan beg kertas kecil yang telah diletakkan hadiah untuk Sakinah yang dibelinya tadi.
“Hadiahlah mommy…!” Laju Sakinah memberitahunya kepada mommynya yang sedang memandang kearah mereka.Natasya hanya mengangguk saja..
“Apa nie Cik Nur?” Soal Sakinah setelah beg kertas yang berada ditangan Cik Nurnya tadi telah bertukar ketangannya.
“Bukaklah..” Suruh Nur Imani.
“Rantailah Cik Nur??” Ujarnya teruja,langsung membuatkan mata Natasya singgah kearah hadiah yang telah dibuka oleh anaknya tadi,dia sendiri terkejut dengan hadiah tersebut.
Langsung pandangannya dikembalikan kewajah teman yang sedang leka menjamah kuih limas yang dimasaknya tadi.
“Mahal tu Nur?” Tegur Natasya,
“Rezeki anak kau Tasya..Aku memang dah berniat nak berikannya pada Sakinah.Anak dara kau nie dah besar ha! Sesuailah dengan perhiasan macam nie.”
“Terima kasih Cik Nur..”
“Sama-sama..Tapi Sakinah kena janji sesuatu dengan Cik Nur??”
Sakinah memandang wajah Nur Imani penuh persoalan..
“Janji dengan Cik Nur..Belajar rajin-rajin,kena jadi anak yang baik pada mommy dan papa..dan,jadi kakak yang baik juga untuk adik-adik.Boleh?”
Terukir senyuman lebar dibibir anak itu bila dia berkata begitu…Mungkin dia tidak menyangka yang Cik Nurnya ini akan memintanya berjanji perkara itu sahaja.
“Sakinah janji Cik Nur..!” Ucapnya yakin sebelum memeluk tubuh Cik Nur semula,manjanya dia..
Natasya hanya mampu memandang sambil mengucapkan syukur kepada Allah kerana dikurniakan anak sebaik Sakinah.Sememangnya sejak dari kecil lagi,Sakinah memang seorang anak yang bertanggungjawab,baik dan paling penting dia seorang yang berdikari..boleh diharapkan untuk menjaga adik-adiknya jika mommy dan papanya terpaksa mendahulukan kerja dalam satu-satu masa.
Nur Imani meninggalkan rumah Natasya sebelum azan maghrib berkumandang,itupun anak-anak Natasya sedikit berat untuk melepaskannya.Selesai sudah urusannya,kini dia cuma ingin balik kerumahnya.Agak-agaknya Ariff Farhan masih berada dirumah ke??
Terasa jauh perjalanan baliknya ini,ditambah lagi telah berlaku satu kemalangan jalan raya dipersimpangan keluar lebuh raya menuju kerumahnya.Mujur dia sempat singgah dimasjid yang berhampiran dengan rumah Natasya sebaik mendengar azan magrib berkumandang tadi.Jika tidak terlepas sudah maghribnya kerana azan isyak baru sahaja berkumandang beberapa minit yang lalu.
40 minit masa yang sepatut dilaluinya sebelum tiba dirumah menjadi hampir satu setengah jam akibat kesesakan lalu lintas yang membuatkan Nur Imani terperangkap tadi.Habis sakit seluruh pinggangnya ini kerana duduk terlalu lama didalam kereta.
Susah pula hatinya melihat kereta Ariff Farhan yang terparkir digaraj kereta ketika dia sampai.Kedudukan kereta itu masih sama sepertimana dia keluar tadi.Bermakna Ariff Farhan langsung tidak keluar rumah sebaik saja dia keluar tadi,bermakna??
Mungkinkah Ariff Farhan menantikan kepulangannya?
Takkan lelaki itu tidak kemana-mana sejak tadi?
Selalunya dia tidak akan lekat dirumah? Inikan pula untuk tempoh masa yang agak panjang seperti sekarang?
Nur Imani sudah resah sebelum keretanya sempat diparkirkan disebelah Harier Ariff Farhan.Bimbang pula dia ingin masuk kedalam rumah,bimbang jika apa yang diduganya memang benar! Ariff Farhan sedang menantikan kepulangannya?
Lama juga Nur Imani duduk didalam keretanya sebelum dia mengambil keputusan untuk melangkah masuk juga.Bila difikirkan semula,dia tidak membuat kesalahan apa-apa.Lagipun dia telah meminta keizinan daripada Ariff Farhan sebelum keluar tadi cuma dia tidak memberitahu lelaki itu bila dia kan balik?
Hmm..masuk jelah Nur..Kau nak tunggu sampai bila? Takkan nak tidur dalam kereta pulak?
Akhirnya dia bermonolog sendiri.
“Kau kemana? Dah isyak baru balik?”
Berderau darah Nur Imani tubuh kaku Ariff Farhan yang sedang berdiri betul-betul menghadapnya dianak tangga menuju kebilik mereka.Mencerlung pandangan yang dilemparkan Ariff Farhan kepadanya,kenapa pulak nie? Pagi tadi okey jer? Suami aku nie..mengalahkan orang perempuan,ada anginnya!
“Nur singgah dirumah Tasya kejap.Dalam perjalanan balik tadi ada kemalangan pulak.Jalan raya sesak teruk.” Ujar Nur Imani,berlagak tenang namun rasa takut sudah mula menyelinap kesanubarinya.
Nur Imani perasan,mata Ariff Farhan sedang merenung kearah benda-benda ditangannya.
Memang banyak benda yang dibelinya tadi,namun ini semua bukanlah barang-barangnya melainkan buah tangan untuk dibawa balik kekampung nanti.
“Banyak barang kau shopping..?” Soalnya semula,agak sinis.
“Adalah sikit bang,.Nur beli buah tangan untuk keluarga dikampung nanti.”`
“Kenapa tak beritahu aku!” Soal Ariff Farhan sedikit keras,tapi tidaklah begitu mengejutkannya.Seperti dulu-dulu..
“Ha?”
“Dah tahu balik lewat,lain kali beritahu aku! Kalau malas nak telefon,mesej! Takkan itu pun tak boleh?” Dia terus menyinga..
Nur Imani mendiamkan diri..Pelik benar dia dengan soalan yang baru diajukan Ariff Farhan kepadanya itu. Selama ini dia keluar masuk rumah ini,pergi kerja! Buat itu buat ini,tanpa meminta izin pun daripada lelaki ini! Okey jer?
Hari nie pulak? Tiba-tiba saja? Mengapa begitu pula?
“Kau dengar tak nie?!”
“Nur dengar bang..Yalah,lain kali kalau Nur terlewat balik ke apa ke..Nur beritahu abang...” Balas Nur Imani pula meskipun dia masih kehairanan.
“Kenapa terjegat lagi kat situ? Pergi masuk! Maghrib tu entah kan sudah entahkan tidak??”
Hampir terukir senyuman dibibir Nur Imani dengan pertanyaan suaminya itu.Rasanya ini kali pertama soalan seperti yang cukup baik itu diajukan kepadanya.
“Dah abang..Nur dah tunaikan kat masjid tadi.Terima kasih...sudi ingatkan Nur.”
“Hmm..”
Itulah balasannya,disebabkan itu juga Nur Imani mengatur langkahnya menuju kebilik.Dengan rasa pelik yang masih bersisa.
Selepas menikmati makan malamnya bersendirian,Nur Imani kembali kebilik dengan satu tujuan.Beg diatas almarinya diturunkan sebelum dia memilih pula pakaian-pakaian didalam almarinya yang akan digunakan untuk 3 hari dikampung esok.
Semangat ingin pulang kekampung itu semakin dirasainya meskipun Nur Imani sedar..Sakit dipinggangnya sejak balik tadi masih tidak hilang.Malah makin terasa pula…mungkin dek rindunya terhadap kedua-dua orang tua yang dikasihi membuatkan Nur Imani tidak berasa letih pun untuk melakukan semua ini bersendirian.Ditemani pula dengan lunakan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Sheikh Sudais dan Sheikh Mishari menambahkan lagi ketenangan yang dirasainya.Ayat-ayat suci al-Quran ini menjadi halwa telinga yang cukup indah untuk didengar terutama sekali buat sikecil ini.
Tv didepan mata juga sudah tidak disentuh,kalau ada pun..Ariff Farhanlah yang memasangnya semalam.
10 helai pakaian miliknya siap disimpan rapi didalam begnya tadi selain beberapa keperluan asas yang lain. Buah tangan untuk ibu,ayah,mertua dan anak-anak buah suaminya yang sempat dibeli tadi turut diletakkan ditempat yang sama.Bimbang jika ada pula yang tertinggal esok.
“Assalamualaikum..Abang..” Nur Imani sekadar memberhentikan langkahnya dihadapan tepi pintu bilik suaminya yang sedikit terbuka itu.Ariff Farhan masih belum tidur kerana Nur Imani perasan tiada kelibat insan itu pun diatas katilnya melalui pintu yang sedikit terbuka ini.
Salamnya juga masih tidak kedengaran disahut oleh lelaki itu.Takda pulak ke?
“Abang ??” Nur Imani memanggil semula untuk mendapatkan kepastian.
“Aku ada kat dalam nie! Tolak pintu tu!” Kedengaran juga suara garau itu.
Arahan itu membuatkan Nur Imani menolak pintu bilik suaminya itu terus kedinding,wajah Ariff Farhan menyapa pandangan.Tidak sedikitpun dia membiarkan kakinya masuk kekawasan bilik yang terlarang buatnya ini.
“Kenapa?” Soalnya sebaik terpandang akan wajah Nur Imani.
“Nur dah kemas pakaian yang nak dibawa balik esok,kalau boleh Nur nak siapkan malam nie.Abang nak Nur tolong kemaskan pakaian abang sekali ke?”
Ariff Farhan diam seketika,seolah-olahnya sedang memikirkan sesuatu,kemudian..
“Hmm..Masuklah! Kau ambik 2 helai kemeja,singlet dua helai dengan seluar slack saja.Seluar kecik-kecik tu pun ambiklah dalam tiga empat helai..Kain pelekat jer tak payah.Satu lagi! Ambik sehelai baju melayu jugak! Aku tak tinggal sepasang pun baju melayu kat kampung tu.”
Ariff Farhan nampak sibuk dengan kerja-kerjanya.Disebabkan itu,Nur Imani segera mengikut arahan suaminya.Dia juga tidak mahu kehadirannya menganggu tugas lelaki itu.Mungkin itu kerja yang terpaksa ditangguhkan untuk dua hari ini kerana menjaganya.
“Itu saja ke?” Selesai semua pekerjaannya,baru Nur Imani bertanyakan soalan seterusnya.
“Barang-barang asas lain tu bawaklah jugak.” Ariff Farhan turut mengingatkan,Nur Imani mengangguk faham.
“Baiklah..ada apa-apa lagi ke?”
“Cukuplah tu..Ada apa-apa lagi ke kau nak tanya aku?” Mengerti maksud soalan itu Nur Imani segera mengeleng.Namun selepas itu masih ada juga soalan yang meniti bibirnya.
“Baju-baju nie abang nak Nur masuk sekali dengan beg pakaian Nur atau nak asingkan dalam beg lain?”
“Masukkan sekali,senang! Tak payah nak bawak beg banyak-banyak sangat.” Ariff Farhan merenung kearah pakaiannya yang berada ditangan Nur Imani,nampak sikit..Tapi cukup rasanya untuk 3 hari berada dikampung.Lagipun banyak pakaiannya dikampung yang sememangnya ditinggalkan disana untuk kegunaannya ketika bujang dulu kerana dia pasti akan balik melawat kedua-dua orang tuanya setiap dua minggu sekali.
“Kalau macam tu...Nur keluar dulu.”
“Yalah..tutup balik pintu tu macammana sebelum kau masuk tadi!”
“Baiklah bang..” Jawab Nur Imani,seterusnya berlalu keluar daripada bilik suaminya dan kembali semula kedalam biliknya untuk menyudahkan kerjanya.
#########################################################################################
-> Buat yang menanti..Maaf terlewat..Cek Nursalisa sibuk dengan final exam,baru semalam kertas terakhir selesai..hope,semua puas hati dengan titipan kali nie..
Terima kasih sudi menanti,hehehehe ;)
thanks update... :)
ReplyDeleteda habis exam ea??msti lpas ni byk update entri kan?kan?kan?heee
ReplyDeleteda Farahim..alhamdulillah..:)
ReplyDeleteinsyaAllah. ;)
wcome dear ,;)
ReplyDeletetq.....lama sya mnanti n3 nim....akhirnya dpt jua mbacew........tqqq :-)
ReplyDeletemenanti..bila la nak update lagi cite ni... hrmmm :(
ReplyDelete