Sunday, 26 February 2012

DEMI CINTA INI...




                  

         Aisya Humaira merenung kearah kerlipan bintang yang sedang menyinari langit malam milik penciptanya yakni Allah.Tanpa dipinta hati yang tadinya penuh kedamaian jadi sebak dan sayu tiba-tiba.Mengenangkan kehidupannya kini,Aisya Humaira tahu dia tidak perlu untuk berpaling kebelakang lagi kerana semua kenangan itu telah menjadi sejarah hidupnya.Berbanding beberapa bulan yang lalu,Aisya Humaira tidak menafikan yang kehidupannya adalah lebih baik daripada dulu meskipun jauh dilubuk hatinya dia begitu rindu..Rindu pada insan itu,rindu pada lelaki yang pernah berkongsi hidup dengannya.